ALIAS (tengah) memeriksa topi keledar yang tidak mengikut piawaian SIRIM pada operasi kedai aksesori motosikal di Sentul, Kuala Lumpur di sini kelmarin
KUALA LUMPUR – Para peniaga di seluruh negara mempunyai tempoh masa enam hari lagi untuk mematuhi segala peraturan dan akta yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, mulai 28 Februari ini, jika ada peniaga dan penjual yang masih berdegil dengan melakukan kesalahan seperti gagal mempamer tanda harga atau menaikkan harga sewenang-wenangnya, pegawai penguat kuasa akan terus mengambil tindakan serta-merta tanpa sebarang kompromi.
"Kerajaan memandang serius untuk memastikan hak pengguna dapat dilindungi daripada diambil kesempatan oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab.
"Oleh itu, pihak kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memastikan ketelusan dan kejayaan operasi tersebut dapat ditingkatkan," katanya.
kesian peniaga...dah jadi mangsa...dah...tapi jangan lupa yang jadi mangsa akhir nanti kita sebagai pengguna...bila peniaga yang x mahu rugi akan pass kepada pengguna..kementerian kangkung tu buat kerja hangat2 taik ayam...percayalah...berapa banyak dia nak kawal peniaga di seluruh negara...inilah angkara menteri2 kangkung bila otak kangkung kering idea bagaimana nak mengatasi defisit negara sedangkan rasuah dan penyelewengan kelas tinggi tidak di hapuskan..
ReplyDelete