keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

27 February 2014

siapa makan cili dia terasa pedas....apa nurse nurse pikir dia orang betul betul perfect ke...?




Air Asia didesak supaya menarik balik iklan terbarunya di atas pesawat yang didapati menyakitkan hati para jururawat.

Iklan yang ditampal pada belakang tempat duduk penumpang itu berbunyi, “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses” (Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).

Ayat ini sebenarnya digunakan bagi mengiklankan pakej perlindungan Tunes Insurance Malaysia.

Terdapat jururawat yang terlihat iklan ini di atas pesawat, kemudiannya memberikan mesej jelas bahawa mereka terasa hati apabila memuatnaik gambar iklan terbabit di laman Facebook pemilik Air Asia, Tony Fernandez bersama luahan perasaan.



Disebabkan aduan diterima, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut meminta supaya Air Asia memohon maaf kepada seluruh jururawat di Malaysia kerana dianggap memperkecilkan pekerjaan mulia tersebut.

Presiden MMA Datuk Dr N.K.S.Tharmaseelan berkata, iklan ini sudah pasti dibaca oleh ramai penumpang dari pelbagai latar belakang dan tempat yang menaiki pesawat Air Asia sekaligus memberikan gambaran negatif tentang kerjaya jururawat di negara ini

1 comment :

  1. presiden MMA jenis orang yang x paham ayat...so baik dia diam ajer...apa nuse nurse yang kerja kat hospital ni semua baik baik belaka ke...kenapa ada nurse nurse terasa dengan apa yang di iklankan oleh air asia...iklan itu di tujukan kepada nurse nurse yang kerja sambil lewa dan tidak ikhlas sedangkan pelbagai kemudahan termasuk elaun khas yang telah di beri kepada mereka.cuba lah jadi pesakit biasa dan datang minta rawatan di hospital ...perhatikan layanan mereka...baru tau sikap dan mutu perkhidmatan mereka...yang beri komen kunun melenting dengan tindakan air asia tu pun 2 x 5 juga...siapa makan cili dia terasa pedas...!!!

    ReplyDelete