keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
13 March 2014
BN bertanding di DUN Kajang untuk menipu rakyat....!!!
Kita amat yakin pengundi di Kajang tahu tujuan Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil itu adalah untuk semata mata menipu rakyat, lebih lebih lagi tanpa manifesto khusus untuk menyatakan janji itu dan ini .
Rakyat tidak perlu bimbang untuk menolak calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23 Mac ini sekali lagi kerana kemenangan beliau akan menjadi penghalang antara majoriti penduduk di Kajang yang menyokong pembangkang dengan kerajaan persekutuan.
Sama ada (BN) akan lancar manifesto baharu atau guna manifesto lama pada pilihan raya umum lalu, rakyat tidak perlu bimbang untuk menolak memberi sokongan kepada calon BN.
PKR hari ini melancarkan manifestonya yang menumpukan kepada empat perkara iaitu menangani kesesakan lalu lintas, membanteras jenayah, pembangunan anak muda dan usahawan kecil.
Kita diharap BN tidak memutar belit projek pembinaan MRT Sungai Buloh-Kajang dengan mengakui projek berkenaan adalah hasil usaha mereka sedangkan ia merupakan projek yang diperuntukkan kerajaan pusat menggunakan dana rakyat termasuk majoriti yang menyokong pembangkang
Kita turut menyelar kempen BN yang cuba menutupi isu kenaikan harga cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dengan itu telah membebankan rakyat .
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment