keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 March 2014

industri kotor di negara china



DAGING tikus dikatakan daging kambing, produk tenusu dicampur bahan kimia berbahaya, buah dan sayur mengandungi bahan pengawet dan toksin serta ‘minyak longkang’ kitar semula digunakan untuk memasak antara isu keselamatan makanan di China. Minggu lalu, negara terbabit sekali lagi terpalit skandal terbaharu apabila peruncit terbesar dunia Walmart mengeluarkan arahan akan mengetatkan pemeriksaan terhadap pembekal produk makanan China selepas terpaksa menarik semula daging keldai dipercayai mengandungi daging musang.

Menurut syarikat berpangkalan di Arkansas, Amerika Syarikat itu, pihaknya juga akan mengubah peraturan di China bagi memastikan penghantaran daging diperiksa dan didokumenkan lebih terperinci sebelum dipasarkan. Penarikan semula dibuat selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah Shandong memaklumkan, produk daging keldai dengan lima rempah mengandungi daging musang. “Antara keperluan diperlukan termasuk menyediakan label kandungan produk, laporan ujian makmal ke atas makanan dan permit pengilang,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Selain itu, vendor juga perlu mengesahkan produk dikeluarkan adalah organik atau mempunyai kebaikan kepada kesihatan pengguna. Penyelidik makanan dan farmaseutikal peraturan keselamatan China, Profesor Mao menyifatkan penghasilan makanan di negara itu kini telah menjadi skala lebih besar dan lebih berteknologi.

Namun, masalah timbul apabila penggunaan teknologi canggih digunakan untuk menipu penyediaan makanan dan pengguna. Sebahagian produk makanan tercemar dikesan Kambing Disember tahun lalu, tujuh pekerja Cina ditahan didakwa menyuntik air kolam tercemar ke dalam daging kambing bagi menambah berat ketika ditimbang untuk dijual. Kesemua suspek dipercayai menyembelih lebih 100 ekor kambing di sebuah gudang haram dan mengepam sehingga 6 kilogram bakteria ke dalam haiwan itu dan kemudiannya dijual di gerai makan, restoran di bandar Guangzhou dan Foshan.

Serbuan dilakukan pihak berkuasa ke rumah penyembelihan haram di Guangdong menemui kira-kira 30 bangkai kambing telah disuntik, 335 kambing biri-biri masih hidup dan setem pemeriksaan palsu. Menurut laporan Pusat Penyelidikan Pew tahun lalu, dianggarkan hampir 40 peratus penduduk China berdepan masalah keselamatan makanan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada syarikat tempatan dan antarabangsa.

Sekitar Mei tahun lalu, Kementerian Keselamatan Awam China merampas daging tikus untuk dijual sebagai daging kambing di Shanghai bersebelahan wilayah Jiangsu bernilai AS$1.6 juta (RM5.3 juta).

Daging tikus, musang dan cerpelai yang dijual sebagai daging kambing dipercayai telah dimasukkan gelatin, pigmen merah dan nitrat.




Minyak longkang adalah istilah digunakan di China untuk menggambarkan minyak masak haram dikitar semula daripada sisa minyak dikumpul dari longkang pembetungan, perangkap gris dan sisa
rumah sembelihan.

Pemprosesan semula dilakukan dengan cara menapis, mendidihkan, menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan dan kemudian dibungkus serta dijual semula sebagai alternatif lebih murah daripada
minyak biasa.

Terdapat versi lain dalam penghasilan minyak longkang iaitu menggunakan bahagian haiwan yang dibuang seperti lemak, organ dalaman, kulit atau daging berkualiti rendah lalu direbus hingga mengeluarkan minyak.
Minyak ini dijual ada harga antara AS$859 (RM2,900) dan AS$937 (RM3,100) untuk 907 kilogram (1 tan), manakala produk dibersihkan dan ditapis semula dijual pada AS$1,560 (RM5,200).

Beberapa ujian sampel minyak longkang turut mendedahkan, terdapat polycylic aromatic hidrokarbon (PAH), sejenis pencemar organik berbahaya dan aflatoksin serta sebatian karsinogenik sangat tinggi di dalam minyak itu.

Skandal makanan terbaru di China ialah penemuan hampir separuh daripada beras diuji di bandar besar Guangzhou mengandungi kandungan logam tinggi yang boleh merosakkan organ dalaman
dan menyebabkan kanser.

Data dikeluarkan Pentadbiran Makanan dan Dadah Guangzhou mendapati, daripada 44 peratus beras yang diuji, kira-kira 12 juta orang menunjukkan kandungan kadmium yang tinggi.

Media Nandu News melaporkan, beras dipercayai datang daripada pengeluar beras di wilayah Hunan dan produk beras dari dua kilang di bandar Dogguan tidak jauh dari Guangzhou.
Beras kadmium biasanya berlaku kerana kawasan tanaman tercemar kerana petani menggunakan terlalu banyak baja untuk tanaman mereka.

Sesetengah baja itu dikatakan kekal di dalam tanah sehingga 20 tahun.
Data dikumpul Universiti Pertanian Nanjing mendapati, masalah ini adalah paling teruk di wilayah selatan di mana di sesetengah kawasan, 60 peratus daripada sampel telah tercemar dan sehingga kini
masih dalam ujian pengawasan.

Februari 2011 menyaksikan satu lagi skandal makanan di China melibatkan pencemaran susu.
Kali ini menggunakan protein kulit dihidrolisasikan seperti melamin digunakan untuk meningkatkan protein kandungan susu bagi meningkatkan nilainya.

Ia dikesan seawal Mac 2009 menerusi laporan media China Daily yang mengumumkan menutup hampir separuh daripada kilang tenusu dalam usaha membersihkan industri terbabit.

Penghujung tahun lalu juga, Menteri Kesihatan China berkata, negara itu akan mengetatkan peraturan ke atas susu tepung dalam usahanya untuk meningkatkan keyakinan pengeluar tempatan dan
meredakan kebimbangan yang telah sekian lama berhubung isu keselamatan makanan terhadap pasaran susu formula kanak-kanak yang bernilai AS$12.4 bilion (RM45 bilion).

Di China, pengeluar tidak perlu ayam untuk menghasilkan telur. Mereka hanya memerlukan bahan kimia seperti asid sodium agla, air, gelatin, baifan, sodium benzoate, lactone, selulosa carboxymethyl, calsium carbid, lysine, ejen pewarna makanan, calsium cloride, parrafin wax dan serbuk gypsum.

Difahamkan, isu telur palsu mula memasuki pasaran China sebelum Sukan Olimpik Beijing pada 2008. Bagaimanapun, pernah juga terdapat laporan sama berhubung isu ini pada tahun 2003.
Telur palsu dilaporkan bermula di utara dan tengah China, kemudian berkembang ke seluruh negara hingga merebak ke negara pengimport utama seperti Amerika Syarikat dan rantau Asia.

No comments :

Post a Comment