keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 March 2014

JKM patut ambil perhatian terhadap orang tua nie...yang sebatang kara di ladang ayam



Kuantan: Hampir 30 tahun lalu, seorang lelaki warga emas hidup sebatang kara dengan menjadikan stor di sebuah ladang ayam di Kampung Alor Batu, dekat Jabor, di sini, sebagai rumahnya.

Lelaki itu yang dikenali Ismail Mohd Said, berusia 70 tahun bukan sekadar uzur dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai bagi menguruskan kehidupan hariannya, malah daya ingatan yang tidak baik menyebabkan kesukaran penduduk mengesan latar belakangnya atau mencari waris.

Menyukarkan lagi keadaan Ismail atau dikenali sebagai Pakcik Mail dalam kalangan penduduk di situ, dia dikatakan tidak mempunyai kad pengenalan menyebabkan urusan mendapatkan bantuan sukar dilakukan.

Penyelia ladang itu, Mohd Shukri Yusof, 46, berkata, dia mengenali Pakcik Mail sejak mula bekerja di ladang berkenaan kira-kira 29 tahun lalu, namun tidak mengetahui latar belakang lelaki itu kerana tidak pernah diceritakan kepadanya selain tiada dokumen pengenalan diri bersamanya.

“Dia pernah beritahu berasal dari Leban Condong, Rompin, namun masalah kesihatan dan daya ingatan yang semakin teruk menyebabkan saya sukar membantu mencari warisnya,” katanya

No comments :

Post a Comment