keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

16 March 2014

pulak dah...selepas permainan kangkung yang di popularkan oleh najib kini muncul pula permainan bomoh mh370 yang di popularkan oleh raja bomoh 1 malaysia...!!!



permainan kangkung yang di popularkan oleh  najib






kini permainan  bomoh mh370 di popularkan oleh raja bomoh 1 malaysia


Kuala Lumpur: Di sebalik kekecohan aktiviti perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, timbul pula permainan video yang dinamakan Bomoh diterbitkan kelmarin.

Permainan yang hanya boleh diakses melalui platform Android itu memerlukan pemain mencari pesawat yang hilang dengan cabaran musuh bernama ‘Black Garuda’.

Individu yang bermain berlakon seakan-akan bomoh terbang dengan permaidani sakti dan hanya membawa ‘senjata’ seperti air suci, kelapa dan kayu.

Pemain perlu mencari pesawat yang tersembunyi di dua kawasan iaitu udara dan darat bagi mendapatkan markah untuk peringkat seterusnya. Pemenang akan dikira dengan jumlah pesawat dijumpai.

Kegiatan mengambil untung di atas kesusahan orang ramai seperti menawarkan khidmat mencari pesawat MH370 dengan sejumlah upah atau menjual domain www.mh370.com di laman lelong e-Bay adalah perbuatan tidak bermoral dan mementingkan diri.

Jika usaha bagi mengisi tabung membantu misi SAR ia tindakan mulia, namun apabila hanya masuk poket sendiri, itu dikategorikan sebagai mementingkan diri.

Penggunaan bomoh dalam usaha mencari dan menyelamat itu juga disifatkan sebagai tidak relevan, bertentangan dengan syarak dan memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Segelintir masyarakat percaya insiden kehilangan pesawat ini atas faktor luar biasa. Namun, majoriti menganggap kaedah bomoh itu tidak rasional seolah-olah mempersendakan senario yang kini mendapat perhatian dunia.

No comments :

Post a Comment