keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 May 2014

alasan bapak syaitan ini merompak duit rakyat untuk di beri kepada anak anak dan kroni kroni haramjadahnya semasa era pemerintahanya....!!!

Kekayaan tidak jamin Malaysia jadi negara maju, kata Dr Mahathir







Kekayaan semata-mata tidak akan menjamin Malaysia menjadi sebuah negara maju, sebaliknya negara ini memerlukan lebih ramai rakyat menguasai ilmu pengetahuan bagi menjadikan visi menjadi negara maju itu suatu realiti, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tanpa menguasai ilmu pengetahuan, faktor seperti pendapatan tinggi dalam kalangan rakyat, sumber alam dan bangunan pencakar langit yang banyak tidak akan memberi sebarang makna pada usaha negara untuk menjadi negara maju.

Katanya, Malaysia memerlukan rakyat yang mampu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang sains, teknologi dan matematik, bidang yang dilihat sebagai tunjang dalam pembangunan sesebuah negara pada masa ini.


"Kita perlu lihat negara seperti China, Korea Selatan dan Jepun dahulunya mundur serta terasing dapat memajukan negara mereka apabila ramai rakyatnya menguasai ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan matematik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program 'Chancellor's Talk' di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.

Dr Mahathir berkata, penguasaan ilmu pengetahuan juga dapat melahirkan lebih banyak ilmu dan teknologi baharu yang merupakan pemangkin penting dalam pembangunan sesebuah negara.

Beliau berkat, kerajaan sedar tentang kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan apabila memperuntukkan sekurang-kurangnya 25% belanjawan negara setiap tahun untuk bidang pendidikan, malah 600,000 daripada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara adalah guru.

"Kesedaran oleh kerajaan tidak cukup jika tiada kesedaran dalam kalangan rakyat, apa pun realitinya masa ini ilmu pengetahuan tahap tertinggi dikuasai oleh negara-negara barat maka usaha mendapatkan ilmu daripada negara barat ini perlu dilakukan terutamanya dalam kalangan rakyat kita," katanya.

Sehubungan itu, katanya, adalah penting bagi rakyat menguasai bahasa yang digunakan oleh negara barat antaranya bahasa Inggeris bagi mencari ilmu pengetahuan untuk pembangunan negara.

"Belajar bahasa Inggeris tidak bermakna kita menolak bahasa Melayu atau menjadikan kita orang barat, cuma bahasa ini gerbang bagi ilmu, tidak guna ada emas sebesar mana pun di bawah rumah kita kalau kita tidak tahu macam mana hendak keluarkan," katanya. – Bernama

1 comment :

  1. fatwa dari syaitan...kah kah kah....nak merompak duit rakyat macam 2 fatwa muncul...itulah dia UMNO dan mamak penipu...kerjanya x lain nak meremabat duit rakyat..

    lagi satu macam mana nak menguasai ilmu pengetahuan lebih mendalam,sedangkan kerajaan menghadkan,mengawal atau menghalang pemikiran rakyat. Lihat kaum pribumi di Sabah dan Sarawak yang selalu kena di tindas dari segi kerja,kebajikan dan pendidikan dari dulu hingga sekarang.

    ReplyDelete