Masalah baharu pula timbul...perlis darul koyak pulak dah...!!!
Tidak sampai sehari Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, Azizan Ab. Rahman mengesahkan bahawa semua kemudahan serta venue Sukan Malaysia (Sukma) 2014 selamat digunakan tiba-tiba kanvas yang dijadikan sebagai bumbung di bahagian kolam renang, Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Negeri, Kangar terkoyak.
Insiden tidak diduga itu terjadi selepas kira-kira 10 minit hujan pada pukul 2.05 petang semalam, sehingga menyebabkan kanvas itu terkoyak di bahagian tengah kerana tidak dapat menampung lebihan takungan air. Mujur, tiada insiden lebih buruk berlaku.
Namun, akibat insiden tersebut, 10 acara renang akhir yang sepatutnya bermula pada pukul 4.30 petang ditangguhkan selama 30 minit bagi membolehkan pihak kontraktor menyelesaikan tugas mereka 'menanggalkan' kanvas tersebut.
Insiden itu sudah pasti memberi tamparan hebat kepada beberapa pihak terlibat, antaranya kontraktor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, penganjur Sukma 2014 serta Persatuan renang Amatur Malaysia (ASUM) kerana Pusat Akuatik berkenaan sebelum ini mencetuskan pelbagai polemik.
Bagaimanapun, kini timbul persoalan siapa yang harus bertanggungjawab ekoran insiden tersebut sehingga ada yang didakwa mula 'lepas tangan' dan mula menuding jari antara satu sama lain.
Bagi kontraktor utama yang diberi tanggungjawab 'membina' semula Pusat Akuatik itu - Lima Corporation Sdn. Bhd., mereka mempunyai alasan konkrit mengapa insiden itu boleh berlaku.
"Kami ada surat daripada syarikat pembekal kanvas ini yang menyatakan bahawa kanvas itu adalah kukuh dan selamat digunakan. Kanvas itu dibuat berdasarkan reka bentuk bumbung di Pusat Akuatik ini.
"Jadi pihak terbabit harus bertanggungjawab kerana mereka yang telah memberi jaminan kanvas itu selamat digunakan," jelas Pengarah Operasi Lima Corporation Sdn. Bhd., Hishamuddin Abdul Hamid kepada pemberita semalam.
Hishamuddin turut memberitahu, kanvas itu yang dikenali sebagai shade sail merupakan material yang boleh ditembusi air.
"Apabila hujan tadi (semalam) saya dah perasan ada berlaku koyakan tetapi saya sendiri tidak sangka kanvas itu akan koyak sepenuhnya dari hujung ke hujung. Disebabkan itu, kami membuat keputusan untuk menanggalkan kanvas itu.
"Dalam situasi ketika ini, memang tidak sempat jika kita hendak menukar dengan kanvas baharu. Selepas berbincang dengan pihak ASUM, kolam renang ini tidak akan dipasang dengan kanvas baharu disebabkan kesuntukan masa," katanya.
Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, pihaknya juga mempunyai alasan mengapa mereka gagal menyiapkan fasiliti di Pusat Akuatik itu dalam tempoh masa yang sepatutnya.
"Kami hanya memulakan projek di sini pada Februari lalu...itu pun selepas pihak ASUM bersetuju dengan beberapa pindaan yang telah dibuat mereka. Dalam waktu yang singkat ini, kami cuba sedaya upaya untuk menyiapkan Pusat Akuatik ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat ASUM, Edwin Chong enggan mengulas mengenai beberapa fasiliti di Pusat Akuatik tersebut yang dilihat masih belum siap sepenuhnya.
"Itu bukan tanggungjawab saya... pihak ASUM hanya akan memantau mengenai pertandingan. Pertanyaan mengenai perkara di luar pertandingan harus ditanya kepada pihak yang terlibat," ujarnya.
Edwin menambah, acara renang Sukma 2014 tetap akan berlangsung mengikut jadual walaupun kanvas di Pusat Akuatik tersebut telah dibuka.
keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
30 May 2014
macam macam hal berlaku di negara PANDA-KUTTY...rasuah punya pasal dari terngganu darul runtuh sampai perlis darul koyak...SPRM jadi tunggul berkulat...!!!
Labels:
koyak
,
rasuah
,
rembat duit rakyat
,
runtuh
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ha ha ha ha....
ReplyDeletebangau oh bangau bermula....baravo....menuju era 2020...semakin banyak bangau dan langau di negara kita