keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 May 2014

TNB juara serantau dan juara global dalam bab meniaga sambil merompak rakyat ...makin untung makin haloba...!!!




Tarif elektrik naik demi masa depan TNB, kata Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberi perhatian terhadap tindakan yang perlu diambil bagi menjamin Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi sebuah organisasi berstatus juara serantau dan juara global dalam pembekalan elektrik pada masa depan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menimbangkan perkara yang kadang-kala amat sukar dan ia termasuk menaikkan tarif elektrik, iaitu tindakan yang dilaksanakan, baru-baru ini.

"Sebab itulah kita kena menimbangkan perkara yang kadang-kadang agak sukar misalnya sama ada tarif elektrik hendak dinaikkan atau tidak," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kerja TNB sempena sambutan Hari Pekerja di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie.

Najib yang juga menteri kewangan berkata pertumbuhan ekonomi negara akan terjejas dan perjalanan Malaysia untuk menjadi negara maju mungkin tinggal sebagai impian jika satu daripada fundamental negara iaitu bekalan elektrik terjamin dengan harga kompetitif, tidak diutamakan.

Pada majlis sama enam Bidang Keberhasilan Utama dalam program Transformasi 1TNB mampu mengangkat maruah dan imej organisasi berkenaan ke tahap yang lebih tinggi.

Najib berkata, program transformasi itu, yang dilancarkan hari ini, merangkumi penambahbaikan hubungan dengan pihak kawal selia dan melangkaui kepuasan pelanggan.

Ia turut menggariskan usaha untuk meluaskan perniagaan baharu, mengurus kos dan operasi secara efisien, mentransformasi organisasi dan memperkukuhkan Sabah Electricity Sdn Bhd.

"Kita mesti pastikan wujudnya budaya kecemerlangan, maknanya kita mesti memburu kecemerlangan, kita mesti sentiasa efisien (dalam) mengurangkan kos, empowerment, mencari peluang perniagaan. Segala-galanya mestilah diberi perhatian.

"Jangan lupa integriti sebab segala-galanya tidak ada makna kalau tidak ada integriti.

"Sejarah TNB begitu gemilang, saya tahu mereka yang berkhidmat dengan TNB mempunyai kesetiaan yang cukup tinggi. Sekali bersama TNB, sentiasa bersama TNB," katanya. – Bernama

1 comment :

  1. kerajaan lebih berminat menjaga kepentingan sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

    BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.

    Sedangkan rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal. Ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.

    Keuntungan TNB pada tahun lepas ialah RM4.61 bilion. Apakah kerana mengenajar matlamat untuk mencapai keuntungan yang lebih besar daripada itu menyebabkan leher rakyat perlu dijerut dengan kenaikan kadar tarif?

    pemimpin yang menipu rakyat tidak akan masuk syurga...Kami rakyat M'sia bukan mendoakan kamu pemimpin masuk neraka tapi kamu semua memilihnya dengan menipu rakyat...


    memang haramjadah dan sial punya najib....pemimpin macam ini wajib di ludah dan di tampar mukanya...!!!

    ReplyDelete