Penyelesaian pinjaman Deepak belakangi keputusan lembaga pengarah, kata Sabbaruddin Chik
sekawan menteri samseng...zahid demi survival politik membodek najib dengan campurtangan dalam penyelesaian hutang piutang kawan baik bini rosmah ini...!!!
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik menjelaskan keputusan memberikan penyelesaian pinjaman menerusi cek "post-dated" kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang didedahkan semalam membelakangi keputusan awal yang dibuat oleh lembaga pengarah.
Sabbaruddin berkata pada awalnya lembaga pengarah menolak cadangan tersebut tetapi kemudiaannya terpaksa akur susulan campur tangan seorang menteri dalam isu tersebut.
"Cuma saya hendak terangkan sekali lagi, yang tidak bersetuju itu bukan saya tapi yang tidak bersetuju adalah keputusan keseluruhan oleh lembaga pengarah, bukan saya tidak bersetuju," kata Sabbaruddin.
Menurut Sabbarudin, lembaga pengarah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai hutang yang belum dilangsaikan oleh Deepak.
Dalam mesyuarat itu, lembaga pengarah sebulat suara menolak kaedah penyelesaian mudah kepada Deepak.
"Mereka (Bank Rakyat) kena jelaskan, bagaimana fungsi kaedah sedemikian kerana si penghutang membayar jumlah yang dipinjamnya sama dengan jumlah asalnya yang dipinjam," katanya.
Sabbaruddin mendakwa Deepak diberikan kelonggaran menyelesaikan baki hutangnya bernilai RM32 juta menerusi 120 keping cek "post-dated" untuk tempoh 10 tahun.
"Kalau bayar 120 post-dated cek selama 10 tahun, belum pernah ada individu berhutang buat sedemikian," kata Sabbaruddin.
Kaedah pembayaran cek "post-dated" bermakna bank hanya boleh menunaikan cek tersebut pada tarikh yang tertulis di atas cek dan wang akan ditolak daripada akaun penghutang.
Semalam, Sabbaruddin mendedahkan Deepak menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
Sabaruddin mendedahkan Deepak bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.
Malah, beliau juga mendakwa kontraknya tidak disambung berpunca daripada keengganan memberikan kaedah penyelesaian mudah pada awalnya.
Bank Rakyat dalam satu kenyataan semalam tidak menafikan mengenai dakwaan bekas pengerusinya tersebut, tetapi menegaskan mereka tidak mengenakan faedah kepada pelanggan memandangkan mereka menggunakan sistem perbankan Islam.
Dalam pada itu, Bank Rakyat juga menafikan menamatkan kontrak Sabbaruddin sebaliknya menjelaskan khidmatnya tidak disambung kerana kontrak luput.
Deepak pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd, dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah
hutang boleh kira cincai bila ada KAITAN dengan yang ini...dan menteri yang terlibat dalam campurtangan tersebut adalah kaki bodek kuat najib dan rosmah..almaklum lah PM dan bini PANDAKUTTY kepala mafia...maka pembodek dia pastinya menteri menteri samseng
Kawan Baik Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan Bongkar Skandal Najib Mengenai Altantuya Dan..?
keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
28 May 2014
UMNO memang paling celaka...campurtangan menteri samseng pembodek najib PANDA-KUTTY punca penyelesaian pinjaman Deepak belakangi keputusan lembaga pengarah...!!!!
Labels:
najib pandakutty
,
UMNO celaka
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
mana pengarah SPRM....mana ketua POLIS...mana PEGUAM NEGARA....MANA INTEGRITI KERAJAAN YG MENJALANKAN AMANAH MENTADBIR NEGARA... ko ingat DUIT MAK BAPAK KO je!!!!!.....kes NFC xselesai lg.... CUKUPLAH kita di bodoh n di bahalolkan umno....pru14 ...mesti tukar kerajaan yg lebih amanah...
ReplyDeleteagak agaknya la...Bolehkah peminjam Bank Rakyat yang lain bayar hutang guna kaedah ni?
syok la mcm tu kan..klau semua peminjam dapat layanan mcm tu kan bagus.