keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

15 June 2014

anak kucing jadi ratahan orang gaji



ANAK kucing yang dimakan oleh suspek sebelum ditinggalkan di halaman rumah.

HAMPIR luluh hati seorang wanita apabila halaman rumahnya disimbahi percikan darah anak kucing. Curiga dan terkejut melihat peristiwa yang tidak pernah berlaku di kediamannya, wanita itu kemudian menceritakan perkara yang baru sahaja terjadi kepada orang gajinya, bagi meredakan perasaan celaru.

Perasaan tersebut bagaimanapun bertukar sebaliknya selepas orang gaji warganegara Indonesia yang baru lima bulan diambil bekerja mengaku perkara tersebut berpunca daripada perbuatannya.

“Saya sungguh tidak menyangka apabila dia mengakui perbuatan pelik itu.

“Sebelum ini, saya langsung tidak menaruh syak terhadap wanita berusia 30-an itu memandangkan dia mempunyai tingkah laku yang baik. Kerjanya juga teliti,” katanya yang enggan mendedahkan identiti diri.

Jelasnya, orang gaji tersebut mengaku meratah kesemua daging haiwan malang itu sebelum meninggalkan kulitnya di halaman rumah majikannya.

Wanita itu kemudian mendesak orang gajinya untuk memberitahu kenapa dia berkelakuan seperti itu.

Namun, dia enggan memberitahu sebabnya.

“Selepas beberapa minit dia mengaku meratah daging kucing itu, dia secara tiba-tiba naik angin bagai dirasuk.

“Lebih teruk, dia cuba menyerang suami dan dua anak saya yang kebetulan berada di situ,” katanya.

Bimbang orang gajinya bertindak di luar kawalan, wanita itu kemudian mengurungnya di dalam kereta dengan tangan serta kakinya diikat.

“Selepas dia nampak pulih, kami buka ikatannya dan berbincang untuk menghantarnya semula ke kampung halamannya di Pontianak, Kalimantan Barat,” ujarnya.

Bagaimanapun, sebelum sempat berbuat demikian, kelakuan ganjil amah tersebut berulang kembali selang beberapa hari apabila dia mengamuk selepas dibawa ke restoran di Ramin Way Sibu, Sabah, untuk membeli nasi ayam.

“Kami tidak pasti apa yang tidak kena kepadanya kerana dia terjerit-jerit dan tidak mahu masuk ke dalam kereta. Bila sudah masuk (dalam kereta), dia buang semua barang ke luar.

“Disebabkan ramai yang menyaksikan kejadian tersebut, beberapa orang awam kemudian membantu saya melaporkan kejadian tersebut kepada polis,” jelasnya.

Wanita warga Indonesia itu kemudian dibawa ke balai sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan susulan.

Kejadian tersebut biasa berlaku, terutamanya dalam kalangan amah yang datang daripada Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Myanmar.

Perkara ini kadangkala bukan berkaitan dengan penyakit mental kerana di negeri mereka, mereka rasa makan haiwan secara hidup-hidup merupakan perkara normal. Jangan terperanjat, bukan sahaja kucing atau anjing, ada sesetengah penduduk di sana turut menjadikan daging manusia sebagai juadah lazat.

Ini mungkin disebabkan faktor kepayahan untuk mendapatkan bekalan makanan akibat kemiskinan, atau kepercayaan keturunan dan suku kaum itu sendiri.

Di dalam kajian antropologi sendiri mengakui kewujudan kaum tersebut yang dikatakan tidak mempunyai pegangan agama dan menjadikan mana-mana binatang sebagai makanan.

Rata-rata mereka biasanya berasal dari bahagian pedalaman, bukit-bukau dan hulu kawasan.


No comments :

Post a Comment