keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
26 June 2014
macam macam cara nak halalkan dosa dan tempah neraka dan ini adalah hadis riwayat imam katak...bukan satu dosa jika ahli Umno dapat projek UiTM...baru ku tahu rasuah dan penyelewengan bukan dosa....kah kah kah....!!!!
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengatakan ia bukan suatu dosa untuk ahli Umno mendapat projek Universiti Teknologi Mara (UiTM) sambil membidas serangan PKR baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata tindakan mempersoalkan pemimpin Umno mendapat projek menunjukkan seolah-olah ia menjadi dosa apabila kaum Melayu diberikan peluang berniaga.
"Saya bukan ahli Umno, tapi seolah-olah sekarang ini ia menjadi dosa kalau mereka beri kontrak kepada ahli Umno," kata Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabatnya di Jalan Ipoh hari ini.
Beliau berkata seperti rakyat lain, ahli Umno juga berhak mendapat projek sekiranya berkelayakan.
"Secara prinsipnya, semua rakyat berhak untuk berniaga.
"Tapi sekarang ini, apabila orang Melayu mendapat kontrak ia menjadi dosa," kata beliau.
Bagaimanapun, Ibrahim menekankan proses yang dilalui dalam mendapatkan projek mestilah mengikut prosedur dan saluran yang sah.
"Kami tidak kisah siapa pun mereka. Sesiapa sahaja boleh dapat peluang berniaga.
"Tapi dengan syarat apabila mereka jalankan projek mestilah secara telus, kompetitif dan mematuhi syarat," kata beliau.
Ibrahim juga menuduh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga mendapat projek menerusi kerajaan negeri yang diperintah.
"Di Kelantan, adakah tidak ada pemimpin PAS dapat projek balak?
"Di Selangor adakah tiada pemimpin pembangkang dapat projek pasir?" soal beliau.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli minggu lalu membuat pendedahan beberapa konsesi UiTM terutamanya di Melaka, Negeri Sembilan dan Pasir Gudang yang membabitkan beberapa pemimpin Umno.
Rafizi juga menuduh kerajaan sudah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.
Katanya, jumlah itu menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.
Kos untuk membina setiap kampus ini di antara RM280 juta ke RM315 juta.
Melalui Bajet 2015, pemegang konsesi akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dimohon dalam Bajet Tambahan.
UiTM dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, kaedah konsesi pembinaan UiTM melalui PFI memmberikan keuntungan kepada universiti Bumiputera itu ekoran tidak menanggung risiko terhadap bangunan berkenaan
Labels:
ibrahim katak
,
rembat duit rakyat
,
UMNO celaka
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Pada orang yang telah biasa berasuah, ber krony, memang tak salah......perkara biasa jer.
ReplyDeleteBukan 1 dari 8 tetapi kelapa lapan kampus diberikan kepada orang UMNO. Dari RM1.8 sekarang kena bayar RM8 billion. Negara kaya ke?
Soalnya mereka guna duit rakyaat buat perniagaaan kayakan kroni ...memang sial UMNO nih...!!!