keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

29 June 2014

‘bunian’ atau pelajar tahfiz yang di rakam dalam gambar





Minggu ini antara yang menjadi viral atau paling banyak mendapat perkongsian di WhatsApp adalah gambar kaki tangan TM di Gunung Jerai.

Gambar yang diambil selepas melakukan pemeriksaan ke atas pencawang TM di puncak gunung pada petang 22 Jun lalu, didapati turut merakam imej tiga lelaki berjubah putih sedang solat di satu penjuru kawasan.

Difahamkan, pihak yang mengambil gambar tidak perasan jika ada manusia lain selain mereka di situ hinggalah selepas gambar tersebut diteliti. Hal ini membuatkan banyak pihak membuat kesimpulan imej tiga lelaki solat itu adalah makhluk halus atau orang bunian.

Berdasarkan info daripada penduduk tempatan, kawasan puncak gunung yang dikenali sebagai Padang Pak Syeikh itu sememangnya biasa dikunjungi anak-anak tahfiz.

Jadi tidak mustahil jika imej yang dirakam adalah pelajar tahfiz yang tidak disedari kaki tangan TM terbabit turut berada di sana pada petang tersebut.

Apa pun tak kisahlah sama ada imej dalam gambar yang disebarkan menerusi WhatsApp ini orang bunian atau pun tidak, yang penting kewujudan makhluk selain manusia adalah BENAR.

Kesemuanya diciptakan ALLAH SWT dan jika makhluk dalam gambar ini dirakam sedang solat maka mereka itu nyata jauh lebih baik daripada orang yang asyik membelek handphone sambil buat-buat lupa waktu solat dah nak habis

No comments :

Post a Comment