keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

14 June 2014

wow...Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pow penyewa dan pelanggan tapak berniaga bazar ramadan...melampau tu...dah kemaruk sangat macam dah tak berduit....ini nak tolong melayu ke nak kasi mampos sama melayu...?



MELAKA - Kenaikan kadar sewa tapak Bazar Ramadan Megadi di Jalan Hang Tuah di sini sehingga belasan ribu ringgit disebabkan penambahbaikan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Datuk Bandarnya Datuk Zainal Abu Bakar berkata kadar sewa itu meliputi kos penyediaan kemudahan seperti elektrik, air, kawalan keselamatan jalan raya dan kos menceria serta memperindah kawasan.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Zainal turut menafikan kadar sewa tapak terbesar iaitu 20x20 kaki persegi mencecah RM13,400 tetapi hanya RM11,400 termasuk deposit RM2,000.

"Kadar sewa bagi khemah bersaiz 20x10 (kaki persegi) pula hanya RM6,800 termasuk RM1,500 deposit, manakala khemah bersaiz 10x10 pula hanya RM2,300 termasuk RM1,000 deposit," katanya.

Beliau mengulas dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) bahawa MBMB meletakkan kadar sewa tapak bazar Ramadan yang dianggap keterlaluan dan membebankan sehingga mencecah RM13,400.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah dilapor berkata tindakan MBMB menaikkan sewa sehingga sekali ganda itu akan memberi kesan kepada pengguna apabila peniaga terpaksa menaikkan harga barang jualan.

Mengulas lanjut, Zainal berkata kadar sewa sebelum ini ialah kira-kira RM7,000 dan merupakan kadar promosi MBMB sebagai percubaan memindahkan tapak bazar berkenaan di Jalan Hang Tuah.

"Harga promosi pada tahun lepas mendapat sambutan menggalakkan dan berdasarkan maklum balas ada peniaga yang memperoleh keuntungan RM7,000 dalam masa empat hari berniaga," katanya.

Katanya berkata tahun ini sebanyak 235 lot tapak ditawarkan kepada peniaga berbanding 224 pada tahun lepas. - Bernama

Namun apa pun alasan yang dikemukakan oleh MBMB, ianya amat tidak logik kerana yang menjadi mangsa akhirnya ialah rakyat terbanyak yang terpaksa membeli barangan dengan harga yang tinggi kerana para peniaga akan terpaksa meningkatkan harga jualan semata-mata untuk membayar sewa bazar berkenaan.

Sementara pihak pembeli kenalah bantu para peniaga untuk boikot tapak sewaan MBMB. Cara boikot sahaja yang boleh ajar pihak MBMB supaya jangan bongkak dan sombong dek kerana mereka fikir mereka ada kuasa. Biasalah kalau tanya ADUN atau AP atau menteri BnUMNO , mereka akan kata kalau rasa MAHAL SEWAAN TAPAK MBMB pergilah berniaga kat tepi longkang atau tepi sungai Melaka.

No comments :

Post a Comment