keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

15 February 2014

pulau okunoshima di jepun dipenuhi oleh arnab.






Siapa yang geram melihat haiwan bertelinga panjang dengan bulu tebal ini ? Ya , arnab memang salah satu haiwan ramah yang banyak dipelihara oleh manusia . Kerana kelucuannya , haiwan ini juga menjadi kegemaran kanak - kanak . Bagi anda penggemar arnab , anda tidak boleh terlepas tempat yang pasti anda suka ini iaitu Pulau Arnab . Pulau Arnab ini berada di Okunoshima , Jepun .

Pulau Okunoshima terletak di antara Hiroshima dan Shikoku yang merupakan tempat rahsia untuk pembuatan senjata kimia selepas Perang Dunia II . Apabila kilang - kilang ditutup , sejumlah arnab liar kelihatan berkeliaran di pulau itu . Khabarnya arnab-arnab ini merupakan arnab projek ujian senjata kimia yang gagal dibanteras apabila kilang dimusnahkan . Sekarang , arnab berbulu ini merupakan penghuni utama pulai ini .

Penduduk mereka telah berkembang menjadi lebih dari 300 ekor dan akan terus bertambah . Dewan pelancongan melarang kucing , anjing atau pemangsa - pemangsa lain masuk ke dalam pulau seluas 700,000 meter persegi ini . Mereka boleh didapati di setiap sudut pulau dan sangat ramah terhadap pengunjung . Bahkan , anda boleh memberi makan mereka dengan membeli makanan khas yang disediakan oleh sebuah resort hotel di pulau tersebut .

Walaupun beberapa orang meragukan tentang kebersihan dan bahaya kesihatan dari pulau yang dulunya dianggap penuh dengan racun ini , ternyata arus pelancong tidak pernah berhenti melawat tempat ini .

No comments :

Post a Comment