Mahathir cadang Tambak Johor dirobohkan untuk bina ‘Jambatan Persahabatan’
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad (gambar) hari ini mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan "Jambatan Persahabatan" yang dicadangkan kerajaan.
Beliau berkata Tambak Johor menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.
"Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor.
"Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk "Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward" di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak, hari ini.
Beliau berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.
"Ia (Tambak Johor) perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan," katanya.
Mahathir juga melahirkan kekecewaan beliau berhubung pembatalan projek pembinaan "Jambatan Bengkok" di Selat Johor, sebelah Malaysia menghubungkan Tambak Johor ke Singapura.
Beliau berkata sewajarnya jambatan berkenaan dibina kerana Tambak Johor menghalang pergerakan aliran air timur-barat yang boleh digunakan bagi tujuan komunikasi.
Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan pembinaan "Jambatan Persahabatan" semasa sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di Putrajaya.
keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
17 April 2014
bina jambatan untuk kroni kenyang .......makin nyanyuk orang tua ini dan semakin kecut pula buah najib layan karenah tua kutuk nak mampos nie...!!!!
Labels:
syaitan yang di kenali
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
mamak ni nak cipta sejarah dia sahaja...sejarah Malaysia habis di padamkan....generasi depan tidak akan tahu adanya Tambak Johor yang menghubungi Malaysia dengan Singapura....
ReplyDeletedia nak bagi kontrak roboh dan bina kepada anak dia , supaya ia kukuh macam dia