keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 April 2014

selfie penyebab penyebaran kutu kepala



Berfikir dua kali sebelum mengambil gambar selfie bersama rakan… kerana mendekatkan kepala dengan rakan anda mungkin membawa kepada penyebaran kutu!

“Saya melihat peningkatan yang banyak dalam penyebaran kutu kepala di kalangan remaja dalam tahun ini, umumnya dahulu saya merawat ramai kanak-kanak kerana mereka memiliki risko head-to-head contact yang tinggi, namun sekarang remaja mendekatkan kepala masing-masing untuk mengambil gambar menggunakan telefon bimbit,” kata  Marcy McQuillan dari syarikat Nitless Noggins.

Syarikat berkenaan menyediakan perkhidmatan pengawalan dan pembuangan kutu.

Vanessa Mor dari Pusat Kawalan Kutu Oakland turut mengesahkan peningkatan kes kutu di kalangan remaja dan individu dewasa.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan selfie tetapi pada masa yang sama tidak pula menolak kemungkinan peningkatan berkenaan berpunca daripada tingkah laku sosial yang demikian.

“Ia memang benar-benar masuk akal. Untuk dijangkiti kutu, anda perlu mempunyai hubungan yang terus seperti menggunakan tuala yang sama, berkongsi headphones atau menggunakan alat pengkerinting rambut milik orang lain atau berkongsi topi, baju dan skaf,” kata Mor.

Namun, tidak semua menerima dakwaan demikian. Malah seorang pakar berpendapat peningkatan jangkitan kutu kepala ada kaitan dengan ‘sesuatu pihak cuba menjual sesuatu barang’.

“Bebila ada salon tak guna yang membuka cawangan baru, pasti akan ada epidemik, ia bagus untuk perniagaan,” kata Dr Richard J. Pollack dari Sekolah Kesihatan UMUM Harvard kepada NBC News.

Pollack yang menjalankan perkhidmatan petunjuk dan pengenalan serangga – IdentifyUS berkata, beliau tidak melihat sebarang bukti penyebaran kutu di kalangan remaja yang gemar mengambil gambar selfie atau mana-mana kumpulan remaja yang lain.

“Remaja hampir tidak ada kutu,” katanya.

Bagaimanapun, Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat mempunyai beberapa tip berkaitan mengekang penyebaran kutu… yang pertama sekali ialah elakan mengelakan head-to-head contact semasa bermain atau sebarang aktiviti lain.

Jadi, mengelakkan selfie dengan rakan lain mungkin satu pilihan yang bijak.

No comments :

Post a Comment