keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

15 April 2014

mati atas pokok selama 3 tahun tanpa di ketahui sesiapa



SEORANG lelaki (kanan) turut menyerahkan beberapa tulang manusia yang ditemui di kawasan itu, tahun lalu.


London: Mayat seorang lelaki ditemui 12 meter di atas pokok di sebuah padang golf selepas anjing dilihat menggongong lengan manusia.

Mangsa dikenal pasti sebagai Jurij Sliachtecov, 21, warga Lithuania yang dilaporkan hilang sejak tiga tahun lalu.

Polis dan rakannya pada mulanya menyangka Sliachtecov pulang ke negara asal kerana turut membawa pasport ketika menghilangkan diri.

Kali terakhir dia dilihat bersama rakannya di Bournemouth pada lewat April 2011.

Kehilangan dia disedari tidak lama selepas itu malah disebarkan media tempatan di Lithuania.


Misteri itu akhirnya terungkai apabila seekor anjing yang bermain di kawasan semak di padang golf Meyrick Park dilihat menggonggong lengan manusia pada 31 Mac lalu.

Berikutan itu, pihak polis menjalankan usaha pencarian besar-besaran sebelum cebisan mayat manusia ditemui di atas pokok.

Mayat itu dipercayai reput menyebabkan cebisan tulangnya jatuh ke tanah.

Seorang lelaki yang tinggal berhampiran kemudian membawa beberapa lagi tulang manusia yang disimpan dalam beg plastik yang didakwanya ditemui tahun lalu di kawasan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis Dorset memberitahu Western Daily Press, identiti sebenar mayat itu belum dikenal pasti namun pihaknya yakin ia milik Sliachtecov.

Inkues akan dijalankan hujung minggu ini manakala punca kematian belum dikenal pasti. Bagaimanapun, pihak polis tidak mengesyaki kejadian jenayah.

Sementara itu, penduduk berhampiran terkejut dengan penemuan itu.

“Kasihan. Bayangkanah ada orang yang mati di sini dan mayatnya selama ini tidak ditemui tanpa diketahui sesiapa,” kata seorang penduduk.

No comments :

Post a Comment