keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

22 April 2014

TUDM...dulu skandal seludup enjin jet pejuang sampai ke uruguay kini seludup pistol pulak dah ...!!!

SELUDUP SENJATA: Mejar TUDM Dipindahkan Ke Penjara Lubbock County, AS




KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar yang ditahan kerana cuba menyeludup sepucuk pistol jenis PT-22 Taurus di Lapangan Terbang Mathis, San Angelo, Amerika Syarikat (AS) pada 16 April lalu dipindahkan dari Penjara Taylor County ke Penjara Lubbock County di Texas semalam.

Markas Tentera Udara Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media memberitahu, perbicaraan ke atas pegawai TUDM tersebut, Mejar Mohd. Faiz Abdul Jalil yang dijadualkan semalam turut ditunda ke tarikh baru yang akan ditetapkan oleh Mahkamah Lubbock Texas.

“Pada peringkat awal, Mohd. Faiz dicadangkan untuk dikenakan empat pertuduhan oleh pihak pendakwa, Namun beliau hanya dipertuduhkan atas satu kesalahan sahaja iaitu “a non-immigrant in possession of a weapon and/ or ammunition”,” kata kenyataan itu hari ini.

Markas Tentera Udara Kementerian Pertahanan bagaimanapun memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap kebajikan keluarga pegawai TUDM dalam menghadapi situasi sukar tersebut.

Sementara itu, Pejabat Atase Pertahanan Malaysia di Washington sedang memantau rapi perkembangan kes itu dan akan memaklumkan setiap perkembangan kepada Kementerian Pertahanan bagi tindakan lanjut.

Media pada 20 April lalu melaporkan Mohd. Faiz ditahan kerana disyaki menyeludup sepucuk pistol jenis PT-22 Taurus di Lapangan Terbang Mathis, San Angelo AS.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pegawai itu mahu semasa mahu berlepas pulang ke Malaysia.

Menurut laporan sebuah portal berita antarabangsa, kelmarin, pegawai TUDM itu ke Pangkalan Tentera Udara Goodfellow di San Angelo, AS, untuk menjalani kursus, sejak 5 Januari lalu.

Hasil siasatan mendapati Mohd. Faiz mengaku membeli senjata terbabit ketika menghadiri satu pertunjukan senjata dengan harga AS$200 (RM648).




dulu seludup enjin  sampai  ke uruguay...anggota  pangkat tinggi  yang rembat  anggota pangkat rendah pulak  jadi kambing hitam...kah kah  kah



No comments :

Post a Comment