keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

03 May 2014

gurauan kapal titanic karam dari mangsa feri karam di dedahkan



SEOUL - Satu rakaman telefon bimbit berkamera yang memaparkan sekumpulan pelajar berada di atas feri Sewol beberapa minit sebelum ia terbalik dan karam menunjukkan mereka bergelak ketawa dan berjenaka tentang kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik.

Klip video itu dirakam oleh seorang pelajar berusia 17 tahun yang mayatnya kemudian ditemui bersama telefon bimbitnya di dalam feri tersebut.

"Tolong, selamatkan saya," kata seorang pelajar lelaki secara berjenaka manakala seorang pelajar lain menyatakan klip video tersebut menyeronokkan untuk dimuat naik ke laman perkongsian sosial Facebook.




RAKAMAN video itu juga menunjukkan seorang pelajar  berbual dengan rakannya.


"Suasana kini seperti di atas kapal Titanic," kata seorang lagi rakan mereka ketika feri Sewol mula senget.

Perakam waktu dalam telefon bimbitnya menunjukkan pelajar berkenaan, Park Su-Hyeon mula merakam klip video itu pada pukul 8.52 pagi pada 16 April lalu, beberapa minit sebelum kru Sewol menghantar isyarat kecemasan pertama.

Rakaman itu diserahkan kepada media Korea Selatan oleh bapa mangsa.

Wajah pelajar-pelajar terbabit pula dikaburkan untuk menyembunyikan identiti mereka.

Ketika rakaman itu dilakukan, kedengaran arahan melalui pembesar suara yang meminta para penumpang supaya berada di lokasi mereka.

Feri itu karam di luar pantai Jindo, Korea Selatan




DALAM rakaman video telefon bimbit Su-Hyeon, beberapa pelajar sekolah yang merupakan rakannya bergurau beberapa minit sebelum feri itu karam.




Dalam pada itu, kapten feri berkenaan, Lee joon-seok bersama 14 krunya telah ditangkap dengan mereka turut dikecam kerana menangguhkan arahan meninggalkan feri sehingga kenderaan laut itu terlampau senget yang menyebabkan hampir mustahil untuk para penumpang menyelamatkan diri.

Feri itu membawa 476 orang dengan 325 daripada mereka terdiri daripada pelajar sebuah sekolah tinggi yang menganjurkan lawatan sambil belajar ke pulau peranginan Jeju, di selatan negara itu.

Setakat semalam, angka kematian rasmi tragedi tersebut adalah seramai 226 orang manakala 76 mangsa masih hilang.
pg=du_01.htm#ixzz30bZRiHuk
Hakcipta terpelihara

No comments :

Post a Comment