keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 June 2014

rasmi BN menang menipu di PRK Teluk Intan...menang macam pondan setakat 238 undi sedang ramai pengundi luar di halang SPR untuk pergi mengundi...!!!



menang macam pondan..apataknya seluruh jentera kerajaan dan mediamassa arus perdana di gunakan berkempen untuk calon BN...akhir nasib baik dapat 238 undi



SPR...dajjal tak sudah sudah  yang membantu  BN menang menipu...seronok lah dapat halang pengundi luar kawasan tak balik mengundi...salah satu komponen sial BN


Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Mah berjaya memperoleh 20,157 undi manakala Dyana meraih 19,919 undi.

PRK Teluk Intan hari ini menyaksikan peratusan keluar mengundi adalah 66.67% bersamaan 40,236 pengundi, menyaksikan kedua terendah dalam PRK yang pernah diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam sidang media selepas pengumuman SPR, Mah mengucapkan terima kasih kepada pengundi Teluk Intan kerana masih memberi peluang kepadanya setelah gagal dua kali untuk merebut jawatan Ahli Parlimen Teluk Intan.

“Saya juga berterima kasih kepada mredia kerana memberikan liputan. Kita akan bekerjasama untuk Teluk Intan,” kata Mah.

“Walaupun tidak berjaya menang PRK Teluk Intan setelah berkempen selama dua minggu, pihak kami cuba sedaya upaya menghadapi jentera kerajaan persekutuan,” kata Dyana Sofya dalam satu kenyataan malam ini.

“Keputusan kali ini adalah pencapaian yang bagus bagi Dyana and langkah progresif bagi parti. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Mah Siew Keong. Saya ingin merakamkan perhargaan ikhlas kepada setiap pengundi Teluk Intan.”

Turut hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tengku Adnan berkata kemenangan Mah membuktikan bahawa penduduk Teluk Intan sememangnya mahukan perubahan setelah berada dua penggal dalam cengkaman DAP.

Katanya, kemenangan ini satu kenangan berharga kerana tidak mudah untuk memberi keyakinan rakyat kepada BN.

“Ini merupakan titik permulaan kepada BN kerana di Teluk Intan pengundinya berbeza bangsa dan agama melambangkan keadaan yang dekat dengan BN, konsep 1Malaysia.

“Kesilapan DAP adalah mereka terlebih yakin dan mereka ingat undi Cina dalam poket mereka. Sebab itu mereka mahu cuba undi Melayu,” katanya.

“Kami percaya janji yang kami taburkan, akan tepati. Itu BN.”

Beliau berkata hubungan anak muda di kawasan itu akan diperbaiki dengan lebih memfokuskan kepada golongan itu.

“Saya akan minta Mah melihat perkara itu kerana pembangkang tahu bagaimana untuk memainkan emosi anak muda,” katanya.

Ketika diminta mengulas, signifikan majoriti 238 undi kepada BN, Tengku Adnan berkata angka 238 tidak boleh dilihat kecil kerana DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu memperoleh majoriti lebih dari 7,000 undi.

“Untuk kita dapat balik dan menang 238 undi bukan satu perkara yang mudah. Ini yang patut kita lihat. Kami dapatkan semula 7,000 undi yang tidak mengundi kami,’ katanya.

Sementara itu, Shahrizat berkata PRK Teluk Intan merupakan cabaran besar buat BN kerana terpaksa berdepan dengan kempen besar-besaran DAP.

“PRK Teluk Intan mencabar sekali. Pengundi menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan apabila menolak cara perkauman.

“Pengundi di Teluk Intan menolak politik berbaur perkauman dan memilih parti yang membawa perpaduan, kestabilan dan pembangunan negara,” katanya

1 comment :

  1. takziah kepada Be end kerana memang menipu..takziah kerana demokrasi dah lama mampos di negara ini...dah patot pun menang menipu...habis segala jentera kerajaan termasuk SPR buat propaganda buruk /fitnah terhadap pembangkang siang dan malam...hasilnya 238 undi ajer..itu pun SPR yang bantu menipu...kalau tidak jangan haraplah BN nak menang....itu ramai pengundi pembangkang x keluar mengundi sbb di luar kawasan...dan ini di gunakan oleh SPR untuk buat manipulasi

    Pastinya ada penipuan dalam proses pengiraan undi. Kemungkinannya beberapa kertas undi dimasukkan sejurus sebelum atau ketika pengiraan undi dikira, tanpa disedari oleh wakil calon. Terdapat 122 buah peti kesemuanya, andai disetiap peti dimasukkan 2 atau 3 kertas undi tentu tidak terperasan. Ini menyebabkan angka2 penjumlahan tidak tally. Perlu diingat, SPR adalah komponen BN. Harapan yg ada hanyalah petisyen, itupun dimanipulasi oleh SPR juga.

    ReplyDelete