keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 April 2014

sifat munafik ahli parlimen tomboi ini mengajak kerajaan dan pembangkang bersatu sambil membela nasib juruterbang yang di tomah oleh media asing.....err najib tuduh juruterbang berkenaan sebagai perampas mh 307 apa cerita...tak nak kutuk ke...?



Kementerian Luar dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia diminta bertindak segera menangkis laporan tidak tepat mengenai Malaysia yang tidak henti-henti dilaporkan media antarabangsa.

Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) (BN-Pengerang) berkata kedua-dua kementerian itu perlu memainkan peranan lebih proaktif mempertahankan imej negara supaya dunia tidak berterusan melabel dan melihat Malaysia sebagai negara pengganas.

"Kita kena ambil tindakan, takkan mereka boleh tuduh kita sama ada secara langsung dan tidak langsung seolah-olah kita negara yang kononnya ala keganasan tetapi kita tidak menjawab.

"… kita mesti jawab di peringkat antarabangsa sebab ini imej negara," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014 bagi bacaan kali kedua peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat.

Azalina berkata laporan tidak bertanggungjawab itu seolah-olah mengaitkan juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid dengan tindakan berunsur subversif perlu dihentikan demi maruah negara.

Katanya, kerajaan melalui kedua-dua kementerian berkenaan perlu bertindak tegas terhadap media antarabangsa seperti itu kerana kebanyakan laporan mereka dibuat tanpa kajian mendalam, sebaliknya hanya agresif membuat laporan untuk menarik tontonan ramai.

"Bagaimana nak buat laporan yang baik kalau sebut nama perdana menteri pun salah. Jadi saya pohon kementerian bertanggungjawab di peringkat antarabangsa membuat kenyataan segera mengenai keadaan Malaysia yang sebenarnya.

"Tolong Menteri Luar dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, bantulah negara supaya imej tidak terus tercalar," katanya.

Sebagai tanda simpati dan membela nasib juruterbang dan pembantunya itu, Azalina menggesa pembangkang bersatu bersama kerajaan menangani tragedi kehilangan pesawat MH370 agar negara luar dan media antarabangsa tahu kesepakatan seluruh rakyat dalam mempertahankan maruah negara.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata tragedi kehilangan MH370 memberi banyak iktibar kepada negara, khususnya dalam menangani laporan media antarabangsa yang seboleh-bolehnya mahu menggambarkan Malaysia sebagai sarang pengganas.

Samsul Anuar berkata kerajaan dan kementerian bertanggungjawab perlu merangka sesuatu bagi memperbetulkan tanggapan itu kerana sejarah membuktikan pelabelan sebegitu kepada beberapa negara lain sebelum ini membuka jalan kepada negara kuasa besar masuk dan menjajah negara berkenaan.

"Laporan sebegitu perlu ditangani segera kerana cukup bahaya. Banyak negara telah dijajah atas alasan awal ia dilabel sebagai negara pengganas... dan saya cukup bimbang perkara itu berlaku kepada Malaysia," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ketika menggulung perbahasan berkata bagi membendung penularan laporan negatif berkenaan kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah melaksanakan kaedah tangkis, tahan dan serang terhadap penyebaran berita palsu membabitkan individu atau kerajaan.

"Pengurusan dan laporan pemberitaan bergantung kepada agenda sesebuah agensi media dan kerap kali dipengaruhi faktor persaingan dalam kalangan agensi media dan perkara ini adalah di luar kawalan dan bidang kuasa kerajaan," katanya.

Pesawat MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan membawa 239 penumpang serta anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi




1 comment :

  1. Siapa yang menjahanamkan nama baik Malaysia dimata dunia? PR atau menteri2 umngok cap ayam nih?? Jika dalam negara keraajaan minorities boleh kawalselia semua media tapi media dunia, boleh kawal ke?? Harga getah dan kelapa sawit merundum kerja sapa? Sapa yang kata syiah itu haram sampai Iraq dan Iran baikot barangan Malaysia? Adakah PR atau menteri cap ayam?

    Hendak minta pembangkang bersatu..?
    Kenapa semasa taklimat pada mulanya dibuat hanya untuk ahli parlimen BN sahaja..?

    negara ini bukan sarang pengganas. tetapi kerajaan umno/be end sebenarnya pengganas berdasarkan rekod samseng, kejam, dan zalim selama hampir 60 tahun memerintah. terutama mahathir dan najib......

    ReplyDelete