keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 July 2014

bila orang yang kununnya cerdik pandai dalam agama pesongkan konsep jihad

Fahami konsep jihad supaya tidak mudah terpengaruh



Umat Islam perlu memahami konsep jihad supaya tidak mudah terpengaruh dan ditipu dalam keterujaan mereka mahu berjuang untuk mendapatkan pahala.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ramai memahami jihad daripada pandangan orientalis yang mengaitkannya sebagai 'The Holy War', bermaksud menentang musuh bukan beragama Islam.

"Sebab itu jihad tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks isu di Syria kerana melibatkan sesama Islam, dan adalah tidak adil untuk kita mengisytiharkan pihak yang ditentang sebagai bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, perkara itu juga selari dengan sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:”Apabila dua pihak Muslim bertemu (saling berbunuhan) dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh masuk neraka”, memandangkan yang dibunuh turut berniat untuk membunuh, cuma tidak berpeluang terlebih dahulu.
Katanya, bagi mereka yang berpegang kepada alasan mahu menentang pemerintah yang zalim untuk berjihad di Syria, perkara itu perlu dilihat daripada konteks lebih mendalam pelaksanaannya.

"Jika perbalahan ini berlaku lebih lama, ia akan membawa kemudaratan lebih besar kepada penduduk di sana, khususnya kepada golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua.

"Mengambil kira hal ini, kita boleh merujuk kepada pandangan apabila jika berlaku dua kemudaratan, maka kita perlu pilih yang mana lebih kecil kesannya, apatah lagi jika ulama di Syria sendiri meminta orang ramai untuk bersabar," katanya.

Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berpendapat kekeliruan konsep jihad boleh mempengaruhi individu untuk terjerumus dalam kegiatan ekstremis.

"Umat Islam di negara ini perlu meningkatkan lagi kefahaman mengenai erti jihad untuk mengelakkan keliru sehingga menyebabkan mereka mengaplikasi konsep jihad pada landasan tidak tepat," katanya.

Menyentuh pembabitan beberapa individu Malaysia di Syria, Mahmood Zuhdi yang juga pengerusi Majlis Dekan-Dekan Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berpendapat terdapat cara lain untuk umat Islam di negara ini berjihad.

Mahmood Zuhdi berkata, ini kerana erti jihad adalah sangat meluas dan merangkumi pelbagai aspek termasuk pemikiran, tenaga, harta dan pendidikan.

"Di Malaysia juga boleh berjihad, walaupun caranya berbeza daripada pemahaman orang mengenai jihad di Syria. Sebagai contoh, umat Islam di sini boleh berjihad ekonomi kerana ekonomi kita masih lemah.

"Jihad untuk memupuk penyatuan antara ummah juga harus diberi tumpuan dan boleh dilakukan memandangkan perpaduan ummah di negara ini masih ada ruang untuk diperbaiki bagi melahirkan umat Islam yang mantap dan bersatu padu," katanya.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin secara peribadi juga berpendapat umat Islam tidak seharusnya berjihad hingga ke Syria jika tidak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai situasi di sana.

"Mereka mungkin mengalami masalah seperti kekangan bahasa menyebabkan terpaksa bergantung kepada perantara dan jika individu itu berbohong untuk menarik simpati, maka kita sudah terpedaya," katanya.

Asri juga mengingatkan ulama di Syria yang menasihatkan umat Islam untuk tidak menyokong kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (Isil), kerana ia membabitkan peperangan sesama Islam, yang tidak selari dengan konsep jihad.

"Agama kita juga menyatakan kita boleh mengkritik, membantah atau berbeza pendapat sesama Islam, tetapi tidak boleh berbunuhan sesama sendiri dan terdapat jalan lain untuk menyelesaikan apa jua perbalahan yang ada," katanya.

Beliau berkata, jika benar umat Islam mahu berjihad, mereka boleh melakukannya dalam isu yang lebih jelas seperti di Palestin, bukan hanya daripada sudut tenaga, tetapi menghulurkan bantuan kewangan untuk masyarakat Islam di sana


1 comment :

  1. presiden basr tu islam ke? syiah tu islam ke? Kalau mereka tu islam maka kerajaan Malaysia mesti bikin fatwa yang mengatakan bahawa Syiah tu adalah umat islam juge. Kalau kitaa baca dalam fatwa di Malaysia ini , kitadapati Kerajaan Malaysia mengharamkan Syiah.

    kalau dia islam pula,,,cubalah baca sejarah zaman sahabat nabi kisah al hajaj peruntuh kaabah...al hajaj tu kafir ke...dia dah bunuh beribu umat islam yang berani menegur cara pemerintahannya sebagai seorang gubernur di Baghdad di bawah pemerintahan Khalifah Bani Umayyah, ‘Abdul Malik bin Marwan....dan ramai umat islam bangkit menentangnya habis di bunuh...so kezaliman jenis macam ini nak di biarkan ke..?...ingatlah kezaliman terhadap bukan islam pun wajib di tentang inikan sesama islam...fikir fikirkan lah....baca lanjut...Al-Hajjaj..panglima kejam pada abad pertama Hijrah..

    ReplyDelete