keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label kurung. Show all posts
Showing posts with label kurung. Show all posts

29 June 2014

kurung langkah terbaik demi keselamatan



Ismail (kiri) melawat Nasitah di Hospital Tumpat, Kelantan semalam. Di kanan ialah Dr. Norlaili.

TUMPAT – Anggota keluarga wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung di sebuah bilik kecil di bawah rumah di Kampung Pasir Ulu di sini kelmarin menyifatkan tindakan itu jalan terbaik yang mampu mereka lakukan.

Ismail Ibrahim, 57, abang tiri kepada Nasitah Yahya, 44, berkata, beliau dan anggota keluarga yang lain berbuat demikian kerana bimbangkan keselamatan adik tirinya itu.

“Saya nak lepaskan dia tidak boleh sebab dia perempuan dan dia tidak boleh bergaul dengan orang ramai sebab dia garang, rumah pun pernah dia bakar kerana dia agresif,” dakwanya.

“Pernah sekali ketika di Pulau Pinang, dia buang mangkuk dari tingkat dua rumah ke bawah. Tidak tahu hendak buat macam mana lagi, kami dah ikhtiar,” katanya ketika ditemui di Hospital Tumpat di sini



berita sebelumnya...




ITA dipercayai dikurung lebih 10 tahun di sebuah bilik bawah rumah.



ITA dipapah keluar dari bilik kurungannya.

Tumpat: Bagaikan dalam penjara. Itu kehidupan terpaksa dilalui seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung dalam bilik konkrit di bawah rumah sejak lebih 10 tahun lalu.

Selepas mendapat aduan orang ramai, wanita itu diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Pasir Pekan Hulu, semalam.

Pasukan berkenaan pergi ke rumah berkenaan kira-kira jam 3 petang dan mendapati wanita dikenali sebagai Ita itu dalam keadaan lesu serta kurus kering selepas sekian lama hidup terkurung dalam bilik gelap yang berkunci dari luar.

Mangga yang mengunci pintu bilik berkenaan terpaksa dipotong pihak berkuasa bagi membolehkan wanita OKU terbabit dibawa keluar.

Wanita berkenaan dikatakan dijaga abangnya selepas kematian ibu bapa, tetapi ahli keluarganya tidak kelihatan di sekitar kawasan berkenaan semalam.

Tinjauan  mendapati hanya ada beberapa lubang kecil yang ditebuk di bahagian atas dinding konkrit dipercayai bagi memudahkan ahli keluarganya menghulurkan makanan.

Biarpun bilik berkenaan disediakan tandas, paip air ditempatkan di luar menyebabkan wanita itu sering merintih kepada orang yang melalui kawasan itu membantunya mendapatkan air.

20 April 2014

dikurung 10 tahun Bersama anjing dan monyet




Buenos Aires – Polis Argentina menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang didakwa dikurung dalam garaj bersama-sama monyet dan anjing.

Mangsa yang dikurung sejak berusia tiga tahun, dikatakan diberi makan makanan sama seperti haiwan yang dikurung bersamanya.

Ketika ditemui, berat badan remaja itu seberat 19 kilogram.

Semalam, remaja tidak bernama itu diberikan rawatan rapi di hospital di Buenos Aires. Penjaga yang cuba mengambilnya sebagai anak angkat ditahan di penjara.

Mereka dilaporkan penganut agama Saint Death yang dianuti sebahagian penduduk di Paraguay, timur laut Argentina dan selatan Brazil.

Aktiviti mereka, seperti sembahyang, dikecam oleh sebahagian penganut Katolik.

Remaja itu dikatakan diserahkan kepada oleh ibunya yang miskin dan mempunyai enam anak lagi kerana tidak mampu menjaganya dengan baik.

Kakak mangsa yang berusia 18 tahun membuat laporan polis selepas menemui rumah tempat adiknya dikurung.