keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label oku. Show all posts
Showing posts with label oku. Show all posts

01 July 2014

majikan jamin ibu firdaus sementara tunggu bicara



Seremban: Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 40, dibebaskan dengan jaminan selepas wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim's Airline Catering (BAC) membayar wang jaminan berjumlah RM7,000 di Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, semalam.

Terdahulu, wanita terbabit mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu didakwa sengaja mengabaikan anaknya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi serta dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan tidak berpatutan.

Lolanopita berdepan dua tuduhan itu pada Jumaat lalu dan mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Dua wakil syarikat itu kelihatan masuk ke kompleks mahkamah pada jam 3.30 petang dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Innova sebelum ke kaunter bayaran. Turut hadir peguam Lolanopita, Hanif Hassan.

Difahamkan, wang jaminan terbabit dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja terbabit terhadap nasib menimpa Lolanopita.

Lolanopita yang hadir ke mahkamah dengan diiringi polis kelihatan memakai tudung berwarna merah jambu dan menutup mukanya sebaik menyedari gambarnya dirakam media.

Dia perlu hadir semula ke Mahkamah Sesyen, di sini, pada 24 Julai ini untuk sebutan semula kes.

29 June 2014

kurung langkah terbaik demi keselamatan



Ismail (kiri) melawat Nasitah di Hospital Tumpat, Kelantan semalam. Di kanan ialah Dr. Norlaili.

TUMPAT – Anggota keluarga wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung di sebuah bilik kecil di bawah rumah di Kampung Pasir Ulu di sini kelmarin menyifatkan tindakan itu jalan terbaik yang mampu mereka lakukan.

Ismail Ibrahim, 57, abang tiri kepada Nasitah Yahya, 44, berkata, beliau dan anggota keluarga yang lain berbuat demikian kerana bimbangkan keselamatan adik tirinya itu.

“Saya nak lepaskan dia tidak boleh sebab dia perempuan dan dia tidak boleh bergaul dengan orang ramai sebab dia garang, rumah pun pernah dia bakar kerana dia agresif,” dakwanya.

“Pernah sekali ketika di Pulau Pinang, dia buang mangkuk dari tingkat dua rumah ke bawah. Tidak tahu hendak buat macam mana lagi, kami dah ikhtiar,” katanya ketika ditemui di Hospital Tumpat di sini



berita sebelumnya...




ITA dipercayai dikurung lebih 10 tahun di sebuah bilik bawah rumah.



ITA dipapah keluar dari bilik kurungannya.

Tumpat: Bagaikan dalam penjara. Itu kehidupan terpaksa dilalui seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung dalam bilik konkrit di bawah rumah sejak lebih 10 tahun lalu.

Selepas mendapat aduan orang ramai, wanita itu diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Pasir Pekan Hulu, semalam.

Pasukan berkenaan pergi ke rumah berkenaan kira-kira jam 3 petang dan mendapati wanita dikenali sebagai Ita itu dalam keadaan lesu serta kurus kering selepas sekian lama hidup terkurung dalam bilik gelap yang berkunci dari luar.

Mangga yang mengunci pintu bilik berkenaan terpaksa dipotong pihak berkuasa bagi membolehkan wanita OKU terbabit dibawa keluar.

Wanita berkenaan dikatakan dijaga abangnya selepas kematian ibu bapa, tetapi ahli keluarganya tidak kelihatan di sekitar kawasan berkenaan semalam.

Tinjauan  mendapati hanya ada beberapa lubang kecil yang ditebuk di bahagian atas dinding konkrit dipercayai bagi memudahkan ahli keluarganya menghulurkan makanan.

Biarpun bilik berkenaan disediakan tandas, paip air ditempatkan di luar menyebabkan wanita itu sering merintih kepada orang yang melalui kawasan itu membantunya mendapatkan air.

28 June 2014

ibu remaja OKU yang di temui kurus kering tidak sedih bila di dakwa di hadapan Hakim Mahkamah



LOLANOPITA didakwa di Mahkamah Sesyen 1, kelmarin.

Seremban: Tiada reaksi sedih terpapar pada wajah ibu kepada remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang berdepan dua pertuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 ketika prosiding kesnya didengar di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh di Mahkamah Sesyen 1, di sini, kelmarin.

Ketika diiringi masuk oleh anggota polis wanita dari lokap mahkamah ke kandang pesalah pada jam 10 pagi, Lolanopita Sadi, 40, yang memakai baju lokap warna jingga dan bertudung merah jambu kelihatan tenang serta hanya menoleh sepintas lalu ke galeri awam.

“Saya tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan,” katanya dalam nada perlahan sambil menggelengkan kepala sejurus ditanya jurubahasa mahkamah yang membaca dan menerangkan pertuduhan kepadanya.

Dalam prosiding hampir setengah jam itu, galeri awam padat dengan wartawan dan orang awam yang mengikuti kes terbabit.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini, antara Januari hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.



anaknya yang di biarkan kurus kering..gambar sebelah remaja OKU sebelum di temui kurus kering .

Sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu, tertuduh boleh didenda maksimum RM20,000 atau dipenjarakan sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, Lolanopita berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 33 (c) akta sama kerana dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan tidak berpatutan di tempat sama jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.

Pendakwaaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.

Terdahulu, Hanif memohon anak guamnya dilepaskan dengan ikat jamin paling minimum sementara menunggu perbicaraan selesai atas alasan tertuduh mempunyai tanggungan dua anak iaitu mangsa dalam kes itu dan adiknya berusia tujuh tahun.

selepas remaja OKU kurus kering kini wanita OKU yang di kurung di selamatkan



ITA dipercayai dikurung lebih 10 tahun di sebuah bilik bawah rumah.



ITA dipapah keluar dari bilik kurungannya.

Tumpat: Bagaikan dalam penjara. Itu kehidupan terpaksa dilalui seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung dalam bilik konkrit di bawah rumah sejak lebih 10 tahun lalu.

Selepas mendapat aduan orang ramai, wanita itu diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Pasir Pekan Hulu, semalam.

Pasukan berkenaan pergi ke rumah berkenaan kira-kira jam 3 petang dan mendapati wanita dikenali sebagai Ita itu dalam keadaan lesu serta kurus kering selepas sekian lama hidup terkurung dalam bilik gelap yang berkunci dari luar.

Mangga yang mengunci pintu bilik berkenaan terpaksa dipotong pihak berkuasa bagi membolehkan wanita OKU terbabit dibawa keluar.

Wanita berkenaan dikatakan dijaga abangnya selepas kematian ibu bapa, tetapi ahli keluarganya tidak kelihatan di sekitar kawasan berkenaan semalam.

Tinjauan  mendapati hanya ada beberapa lubang kecil yang ditebuk di bahagian atas dinding konkrit dipercayai bagi memudahkan ahli keluarganya menghulurkan makanan.

Biarpun bilik berkenaan disediakan tandas, paip air ditempatkan di luar menyebabkan wanita itu sering merintih kepada orang yang melalui kawasan itu membantunya mendapatkan air.

jiran remaja OKU pulak bermasalah....pasangan gay dan anjing tak dapat di pisahkan...memang kerja gila...!!!



ZUL selesa dengan cinta terlarangnya dan merancang untuk tinggal di Kanada.

Nilai: “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.

Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu.

Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.

Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam.

27 June 2014

Ibu remaja OKU yang di jumpai kurus kering dituduh di mahkamah mengabai dan meninggalkan anak sendiri



lola di dakwa mengabai anak sendiri



anak lola yang di abaikan oleh ibunya ...


Seremban: Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas dua kesalahan iaitu sengaja mengabaikan anaknya itu sejak Januari lalu hingga minggu lalu dan membiarkannya tanpa pengawasan.

Lolanopita Sadi, 40, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-5-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini.

Bagi pertuduhan pertama, pekerja pembantu penyajian di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di rumah mereka antara Januari lalu hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda hingga RM20,000 atau penjara 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membiarkan anaknya itu tanpa pengawasan yang berpatutan pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 33(c) Akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau keduanya sekali.

Pendakwaaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili Peguam Hanif Hassan.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh, menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kes pada 24 Julai depan.


24 June 2014

sapu duit lembu dan berjolisakan demi panda....kini betina lembu nak tubuh tabung membantu remaja OKU untuk sapu licin duit derma dari orang ramai....!!!!




BERLANJUTAN penemuan seorang insan malang, Muhammad Firdaus seorang OKU berusia 15 tahun di Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai baru-baru ini di mana ditemui di dalam keadaan amat menyedihkan, maka ramai di antara kita melahirkan simpati.  Alhamdulillah, mangsa ditemui dan InsyaAllah akan dapat dipulihkan kembali keadaannya.





Di dalam kita melahirkan rasa simpati, paling memeranjatkan Kak Ijat umumkan untuk buat tabung derma khas bagi membantu Muhammad Firdaus.  Kita ingatkan boleh Kerajaan bantu serta merta tanpa mengutip derma dari rakyat sebagaimana Kerajaan boleh sewa Panda dan biayai penginapan berhawa dingin untuk binatang dari China tersebut dengan kos puluhan Juta Ringgit.  Mengapa untuk Muhammad Firdaus tidak sanggup untuk biayai?



Setelah kamu songlap RM250 Juta duit lembu kondo untuk tembolok keluarga kamu, kamu mahu rakyat menderma?  Bukan rakyat tidak mahu bantu malah kita telah lama buat kerja menderma ini, tetapi di mana sikap dan tanggungjawab kamu?  Tidakkah merasa berdosa bertindak sedemikian?  Atau, alang-alang berbuat dosa makan duit rakyat maka elok saja diteruskan.

Sebab itu aku kata tidak boleh biarkan jenis bangsat ini berkuasa!!

melampau tu...gaji bersih Lola RM1,549.38 masih dalam kesempitan menjadi alasan mengabaikan anaknya yang OKU....!!!



Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai cara untuk membantunya.

Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.

“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.

“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.

Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih.

memang kurang ajar dan tak ade hati perut...OKU terlantar mangkuk hayun nie suruh buang dalam loji....binggai punya manusia...!!!




Ramai antara kita berasa sedih dan pada masa sama marah apabila mendapat tahu terdapat ibu yang tergamak membiarkan anaknya yang merupakan OKU terkurung dalam keadaan tidak cukup makan.

Bagaimanapun dalam ramai-ramai yang tersentuh melihat keadaan anak OKU tersebut rupa-rupanya ada juga manusia yang tidak berhati perut di luar sana.

Sudahlah tidak berhati perut, diberitahu pula pemikiran negatifnya itu kepada orang ramai tanpa rasa bersalah.

Itulah yang boleh dikatakan terhadap status yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook menggunakan nama akaun Amelina Amelie.

Menggunakan bahasa sms ‘budak-budak sekarang’ Amelina membayangkan kanak-kanak OKU sebagai hodoh dan buat semak je jadi kalau dia jadi menteri maka mereka akan dibuangnya ke dalam loji.

Amboi, bahasa pun ke laut ada hati nak jadi menteri? Rasanya ibu bapa Amelina perlu memantau anak mereka ini kerana dia mempunyai masalah sivik yang kronik.



Satu lagi  bab menghina manusia lain ni jangan dibuat main-main. Silap-silap Tuhan bayar cash kat dunia lagi!

Ibu OKU terbiar perlu dibantu







 Kuala Lumpur : Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta Dr Rabai'ah Mohd Salleh menyarankan supaya ada pihak tampil memberi bantuan kepada ibu remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah, 15, termasuk aspek kewangan, tempat tinggal dan pekerjaan yang lebih baik.

Tindakan itu perlu dilakukan bagi meringankan beban ditanggung ibu remaja itu selain kembali dapat menjaga anaknya.

“Kita perlu selidik apakah masalah sebenar dihadapi ibu remaja OKU itu dan kemudian barulah kita boleh ambil alternatif untuk menyatukan mereka kembali," katanya ketika dihubungi harian Metro.

Beliau mengulas kejadian yang menimpa Muhammad Firdaus yang mengundang simpati dan meruntun air mata jutaan rakyat Malaysia apabila gambarnya dalam keadaan kurus kering seperti mayat hidup dan separuh bogel dipapar kan media, semalam.

Remaja itu ditemui terkurung dalam bilik yang kotor serta dipenuhi najis dan air kencing di sebuah rumah di Flat Semarak Taman Semarak, Nilai, ketika penguatkuasa imigresen melakukan operasi menahanpen datang tanpa izin, awal pagi Sabtu lalu.

Dr Rabai’ah berkata, memang sukar menjaga remaja yang menghidap penyakit 'cerebral palsy' dan pengalamannya dalam bidang psikiatri lebih hampir 10 tahun mendapati tiada tempat sesuai untuk menempatkan pesakit yang serius.

"Di Malaysia saya tidak tahu di mana tempat khusus untuk menempatkan pesakit 'cerebral palsy' serius. Hospital Bahagia pula hanya menempatkan pesakit mental saja.

"Bantuan yang diterima daripada jabatan tertentu kadangkala tidak mencukupi. Oleh itu, perlu ada bantuan sepenuhnya daripada pihak bertangungjawab diberikan kepada ibu remaja OKU sedemikian bagi memastikan remaja terbabit berada di bawah jagaan ibunya dan bukan dihantar ke pusat penjagaan.

Katanya, kaedah rawatan seperti Tender Loving Care ( TLC) atau pun layanan kasih sayang akan membantu remaja itu menjalani kehidupan seperti orang lain kerana mampu memberi keyakinan bahawa dia masih disayangi.

"Mereka juga beremosi walaupun tidak seperti orang lain dan dengan bantuan TLC ini, Insyaallah dapat membantu remaja terbabit menjalani kehidupan lebih sempurna," katanya.

23 June 2014

ibu budak OKU terabai tak sedar diri...sempat berselfie dan berfacebook...!!!

Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung dan kebuluran di Nilai semalam, ditahan polis malam tadi.

Wanita ini menggunakan nama Imashima Lola di facebook dan beliau jga turut meletakkan 2 keping foto lama anaknya remaja OKU





Sementara itu beliau juga mendakwa hidup susah dan tidak mampu menjaga anaknya.

Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.


Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

PENGARAH Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman merupakan orang pertama menemui remaja terbabit dalam sebuah bilik rumah pangsa di Taman Semarak,Nilai, semalam.

Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu dirahsiakan berkata, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya, menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup.

Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya.

“Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.



Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa.

Ditanya mengenai keadaan bilik anak yang kotor, katanya sebelum pergi bekerja, dia meninggalkan makanan tetapi anaknya bukan saja tidak pandai makan, malah menaburkan makanan hingga bersepah.



KEADAAN remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai semalam kini semakin pulih.

Remaja berusia 15 tahun itu, Muhammad Firdaus Dullah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam dan kini menerima rawatan pemulihan. 

rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang. 

"Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang," katanya kepada wartawan selepas melawat remaja berkenaan. 

Faizal berkata, remaja berkenaan juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil. 

Respon pembaca:


22 June 2014

keadaan adik Muhammad Firdaus Dullah sebelum & selepas di aniayai Ibunya sendiri

Keadaan adik Muhammad Firdaus Dullah, 15 tahun yang dikurung oleh ibunya, di sebuah flat di Nilai.

Gambar di bawah adalah adik Firdaus sebelum dikurung, dan gambar selepas dikurung sehingga kelihatan seperti mayat hidup.



 keadaan adik Muhammad Firdaus sebelum dikurung





Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung dan kebuluran di Nilai semalam, ditahan polis malam tadi.

Remaja malang itu ditemui anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Taman Semarak semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati).

Remaja tempatan, berusia 15 tahun itu, ditemui pihak imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus.

Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Lebih menyedihkan, bilik di mana remaja malang itu dikurung penuh dengan sampah, najis dan tanah.

Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ

Remaja berusia 15 tahun itu, Muhammad Firdaus Dullah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam dan kini menerima rawatan pemulihan.




KEADAAN remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai semalam kini semakin pulih. -

Rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang.

"Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang," katanya kepada wartawan selepas melawat remaja berkenaan.

Faizal berkata, remaja berkenaan juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.

alasan kunun kesempitan hidup menyebabkan remaja OKU di kurung....memang zalim perbuatan ibunya ini...!!!



kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.





Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.



00

20 June 2014

remaja buta jadi jurubahasa



KEFASIHAN Alexia bertutur dalam empat bahasa dunia melayakkan dia berkhidmat di Parlimen Eropah di Brussels, Kanada ketika usianya baru 10 tahun.


SUARA Alexia Sloane yang kedengaran menerusi corong fon telinga lancar menterjemahkan teks ucapan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Perancis.

Selain kedua-dua bahasa itu, remaja berumur 13 tahun tersebut turut fasih berbahasa Sepanyol dan Mandarin.

Kefasihan Alexia bertutur dalam empat bahasa utama dunia itu melayakkan dia berkhidmat di Parlimen Eropah di Brussels, Belgium sebagai penterjemah biarpun ketika itu dia hanya baru berumur 10 tahun.

Pekerjaan separuh masa itu ditawarkan oleh Ahli Parlimen Eropah untuk Timur England, Robert Sturdy.

Menariknya, kanak-kanak yang berasal dari Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat itu sebenarnya buta di kedua-dua belah matanya ekoran penyakit Neurofibromatosis Tahap 1 (NF1).

NF ialah sejenis gangguan genetik yang menyebabkan ketumbuhan pada bahagian saraf di samping mengganggu pertumbuhan tisu seperti tulang dan kulit.

Menurut ibu Alexia, Isabelle, 46, anaknya disahkan menghidap penyakit tersebut ketika usianya baru mencecah dua tahun.

Katanya, ketika ketumbuhan itu dikesan, ia berada betul-betul di antara saraf mata Alexia.

"Namun, belum sempat dibedah, ia sudah meragut deria penglihatan anak kami," ujarnya seperti dipetik portal Daily Mail.

Menceritakan kembali bagaimana Alexia didiagnos menghidap NF, Isabelle memberitahu, anaknya itu tidak berhenti menangis dan berkelakuan aneh sepanjang percutian mereka di Perancis.

"Pada awalnya, dia ceria tetapi kelakuannya berubah menjadi pendiam secara tiba-tiba. Dia seolah-olah berada dalam ketakutan dan tidak henti-henti menangis," kata Isabelle.

Wanita yang bertugas sebagai guru di Cambridge itu bertambah runsing apabila anaknya kerap bertanyakan mengenai keadaan sekeliling kerana mendakwa tidak dapat melihat dengan jelas.

Sangsi dengan kelakuan anak perempuannya itu, dia dan suami, Robert, 64, membawa Alexia ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Menerusi imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), Alexia disahkan menghidap penyakit NF1.

Lanjutan daripada ujian itu, doktor merancang untuk menjalankan pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut.

Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa dibatalkan memandangkan doktor yang merawat Alexia menjangkakan akan ada komplikasi timbul memandangkan usianya yang masih muda.

"Justeru, doktor memilih untuk menjalankan rawatan kemoterapi selama 18 bulan. Namun, baru 10 minggu rawatan dijalankan, Alexia sudah menjadi buta sepenuhnya," jelasnya.

Bercerita lanjut, Isabelle memberitahu, Alexia juga perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan scoliosis atau kelengkungan tulang belakang ketika dia berumur lapan tahun.

"Sejenis pendakap logam terpaksa diletakkan di tulang belakang bagi menyokong pergerakan dan struktur tubuhnya," ujarnya.

Pun begitu, kecacatan itu tidak menjadi penghalang buat Alexia untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Buktinya, dia sudah pandai menulis dan membaca tulisan Braille dengan lancar pada usia empat tahun.

Selain itu, anak sulung daripada dua adik-beradik itu turut mendapat gred A dalam subjek bahasa Perancis dan Sepanyol yang didudukinya ketika berumur sembilan tahun.

"Saya menggunakan pita rakaman dan berlatih bercakap dalam bahasa yang dipelajari menerusi perbualan harian," katanya yang turut mempelajari bahasa Arab, Jerman, Itali dan Rusia.

"Saya ingin menjadi pakar bahasa dan bercita-cita menyambung pelajaran dalam bidang linguistik di Universiti Cambridge apabila dewasa nanti," katanya.

23 May 2014

nasib malang bila jadi OKU...di tuduh meraba orang




NIK menunjukkan kad OKU miliknya.

Serdang: “Saya tergamam apabila tiba-tiba ditampar seseorang. Bukan sekali, tetapi dua kali dilempang di pipi kanan dan kiri,” kata seorang lelaki buta yang dituduh mencabul isteri orang di sebuah pangsapuri di Serdang, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nik, 32, menaiki tangga menuju ke kediamannya di tingkat empat pangsapuri.


“Ketika itu, saya baru baru pulang dari tempat kerja. Seperti biasa, saya berjalan sambil berpaut pada besi di tepi tangga itu.

“Tangan kanan saya memegang tongkat, manakala tangan kiri meraba besi di tepi tangga itu. Bagaimanapun, saya rasa seperti tersentuh seseorang. Saya mahu meminta maaf, namun saya tidak mendengar suara sesiapa ketika itu,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai juru urut di Kompleks Kejiranan Putrajaya terus pulang ke rumahnya

21 May 2014

dah nasib OKU ....angkara pegawai JKM atau baitulmal..? beliau disuruh pakai cermin hitam dan duduk di jalan Chow Kit untuk minta sedekah..memang dah melampau nie..?



ISA dan Fauziah hanya bergantung bantuan anak dan Baitulmal.

Kuala Lumpur: “Saya hanya meminta bantuan, bukan peminta sedekah, tapi disuruh saya pakai cermin hitam dan duduk di jalan Chow Kit, itu ke contoh pegawai yang berkhidmat kepada rakyat?” kata Isa Ibrahim, 60, yang mengidap penyakit strok sejak empat tahun lalu.

Katanya, dia tampil ke pejabat pihak berkaitan untuk meminta bantuan ekoran kesempitan hidup, namun jawapan yang diberikan pegawai ketika itu sangat mengecewakan.

Menurutnya, dia sudah berjumpa dengan pelbagai pihak sejak beberapa tahun lalu bagi memohon bantuan, namun sudah serik dan kecewa dengan setiap alasan yang diberikan.

“Dulu datang berjanji macam-macam, tapi semua sama saja,” katanya dirumahnya di Jalan Jujur 4, Bandar Tun Razak, di sini,kelmarin.

Katanya, dia memerlukan sejumlah wang bagi membaik pulih bumbung rumahnya yang bocor serta menampung perbelanjaan ubat-ubatan serta barang keperluan dapur.

01 May 2014

orang buta pun boleh membaca buku biasa


























Buku Braille dicipta oleh Louise Braille pada tahun 1824 bagi membolehkan golongan buta membaca dengan menggunakan hujung jari mereka. Braille mencipta sistem bacaan ini selepas buta pada usia 15 tahun akibat sebuah kemalangan.

Masalah utama buku Braille ialah ianya jauh lebih tebal, berat dan mahal berbanding buku biasa. Sebagai contoh sebuah Al Quran Braille dijual pada harga RM240. Ini adalah berpuluh kali ganda lebih mahal dari Al Quran biasa.

Tidak kesemua buku yang ada di pasaran ada di dalam versi Braille dan ini menghadkan keupayaan membaca golongan buta. Sekiranya anda seorang buta yang ini melakukan kajian sarjana sebagai contoh, tidak ada jurnal kajian di dalam versi Braille.

Jadi apakah yang boleh dilakukan bagi membantu golongan buta membaca buku-buku ini?

Finger Reader ialah sebuah cincin yang boleh dipakai oleh orang buta bagi membaca buku biasa. Ianya adalah projek yang sedang dibangunkan Massachusetts Institute of Technology bagi memperkasakan golong buta dengan menggunakan teknologi pengenalan teks.

Finger Reader mempunyai kamera yang mengimbas bahagian buku yang ditunjuk jari si pembaca buta dan kemudian menukarkan teks kepada suara menggunakan perisian khas.

Buat masa ini prototaip Finger Reader masih lagi terlalu besar dan tidak cukup praktikal untuk digunakan di dalam dunia sebenar. Tetapi kami percaya dengan penambahbaikan ianya boleh dikecilkan dan menjadi teknologi boleh-pakai untuk golongan buta.

03 March 2014

wanita OKU tukang emas terbaik



BIARPUN mengalami kekurangan fizikal, Gabbedey tidak memerlukan peralatan khas untuk menghasilkan barang kemas.

SEORANG tukang emas terkenal di Britain telah menjual beribu-ribu barang kemas dan berjaya mencipta perhiasan rumit itu walaupun dilahirkan tanpa jari tangan.

Annette Gabbedey, 48, menghasilkan cincin, anting-anting dan gelang yang dihias dengan berlian, permata dan batu-batu berharga lain di bengkelnya di Frome, Somerset, England.

Dia tidak menggunakan peralatan khas untuk membantu kerja-kerjanya itu.

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana orang yang mempunyai jari bekerja.

"Saya sudah terbiasa dan sama sekali tidak merasakan ada kekurangan fizikal. Sebaliknya saya berasa dihargai apabila orang sering terpesona melihat saya mereka sesuatu dengan senang.

"Mencipta barang kemas memerlukan sentuhan dengan jari tetapi ada pelanggan yang bertanya bagaimana saya berjaya melakukannya," ujarnya.

Tambahnya, semasa masih bersekolah dia telah digalakkan oleh keluarganya supaya mengatasi kekurangan fizikal tersebut. Oleh sebab itu, dia berusaha meneliti barang kemas serta cuba membuatnya di sekolah dan kolej sebelum mengikuti latihan di Hatton Garden, London.

Dia berpindah ke Somerset 24 tahun lalu dan kini diiktiraf sebagai pakar permata dan salah seorang tukang emas terbaik di Britain.

"Ia hanya persepsi anda tentang bagaimana anda melihat diri sendiri. Bagi saya, kekurangan fizikal tidak pernah menghalang saya mencapai apa yang dihajati.

"Saya sekadar mencari cara yang berbeza untuk melakukan sesuatu. Walaupun tanpa jari, saya mampu menghasilkan barang kemas, dapat merasakan segala-gala yang disentuh dan boleh membuat banyak pergerakan dengan tangan yang ada.

"Saya ada cara yang betul untuk memegang benda-benda kecil menggunakan tangan kudung saya ini," ujarnya yang suka menjawab soalan-soalan remeh daripada kanak-kanak yang bersifat ingin tahu.

Jelasnya, keinginan untuk mempelajari banyak benda baharu pada usia muda itu merupakan perkara normal apatah lagi dunia ini dihuni oleh orang yang berbeza-beza.

"Orang melihat kerja saya dan kemudiannya terpegun bagaimana saya boleh membuatnya," katanya.

Tambahnya, koleksi barang kemas paling mahal yang pernah diciptanya berharga £25,000 (RM136,779). Ia diperbuat daripada emas 18 karat berserta batu permata dan kalung berlian.

"Ramai orang menghadapi cabaran yang berbagai-bagai dan cabaran saya adalah tangan saya," ujarnya.

28 February 2014

nasib OKU bila di anggap sampah masyarakat oleh JKM ...elaun di potong kerana kerja tetap tukang urut....dah melampau ...apa guna daftar sebagai OKU kalau macam nie.....!!!



ZULKIFLI menunjukkan dokuman OKU miliknya ketika ditemui Kosmo! di rumah di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan kini dihimpit kesusahan ekoran bantuan elaun yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditamatkan tanpa sebarang notis.

Berikutan keadaan itu, Zulkifli Jaidin, 44, dan isterinya, Teh Faridah Muhammad, 31, terpaksa menyerahkan anak sulung mereka Nurul Fatin Zulaikha, 5, kepada saudara terdekat.

Seorang lagi anak, Nur Farah Zarihah, 2, pula terpaksa hidup susah bersama mereka.

Zulkifli mendakwa, bantuan elaun sebanyak RM300 sebulan yang diterimanya sejak 2008 itu ditamatkan pada Ogos tahun lalu manakala elaun isterinya pada bulan ini dengan alasan mereka sudah mempunyai pendapatan tetap sebagai tukang urut.