keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

16 May 2014

dah habis di perlingkup kroni dari zaman mahafiraun ke zaman najib.....baru najib kangkung kata sudah terlewat untuk selamatkan MAS selepas MH370...!!!



salah seekor kroni haramjadah pura pura terkejut MAS rugi lagi...lu dah curi laluan MAS pura pura pulak terkejut...!!!

Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370.

Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.

"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan  para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ.

MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia.

Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat  MH370 pada 8 Mac.

Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS.

Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober- Disember 2011.

MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu.

"Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak," kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis.

"Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS," katanya.

WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan.

"Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial," katanya.

Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia.

Ketua kesatuan itu, Alias ​​Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya.

"Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami.

"Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan," katanya.

Penganalisis  bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan “jalan keluar yang pahit”, walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu.

"Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan.

"Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal," kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor


ini rupanya  dajjal perlingkup  MAS




Kes Halim Saad Bukti "RASUAH" dan UMNO memang tak boleh dipisahkan





keluarga malaun jadi proxy  rosmah



rosmah....dalang utama pelingkup MAS...!!!


proksi rosmah betina sial  turut jadi pelingkup  MAS

padah lupa tarik brek tangan Viva langgar pesawat MAS



KEADAAN kereta jenis Perodua Viva yang bergerak sendiri ketika ditinggalkan sehingga melanggar pesawat MAS di KLIA, Sepang kelmarin.


SEPANG - Kealpaan seorang pekerja vendor Penerbangan Malaysia (MAS) yang tidak menarik brek tangan dengan kemas menyebabkan sebuah kereta jenis Perodua Viva bergerak sendiri sebelum terperosok di bawah sebuah pesawat syarikat itu semalam.

Kejadian pukul 8.30 pagi yang berlaku ketika kerja-kerja pemung- gahan barang-barang ke dalam pesawat dilakukan telah menyebabkan penerbangan pesawat MAS MH740 ke Yangon, Myammar itu terpaksa ditunda.

Pengarah Operasi MAS, Kapten Izham Ismail berkata, insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu berlaku apabila kereta berkenaan ditinggalkan seorang kakitangan berhampiran pesawat tersebut.


09 March 2014

Malapetaka TERBESAR Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS)



SEBELUM pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing disahkan hilang dari radar pada awal pagi Sabtu, 8 Mac 2014, MAS hanya mencatatkan satu tragedi yang menyayat hati iaitu insiden di ruang udara Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada Isnin 4 Disember 1977.

Ia merupakan tarikh yang paling menyayat hati seluruh rakyat Malaysia apabila pesawat MAS MH653 meletup di ruang udara Tanjung Kupang dan mengorbankan kesemua 93 penumpangnya termasuk tujuh anak kapal itu.

Terdapat pelbagai versi berhubung insiden tersebut tetapi yang paling popular ialah, berlaku letupan di udara sebelum ia terhempas dan versi satu lagi berlaku pergelutan di dalam kokpit sehingga menyebabkan ia terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor itu.

Rangka pesawat Boeing 737 itu bertaburan sekitar dua kilometer persegi.

Untuk rekod, kawasan itu kini diwartakan sebagai sebahagian daripada kawasan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Tragedi yang berlaku 33 tahun lalu itu turut mengorbankan nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys juga merupakan penumpang dalam pesawat malang itu.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu seminar di Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku sejurus selepas Maghrib itu berpunca daripada percubaan untuk merampas pesawat berkenaan hasil daripada laporan yang disampaikan oleh Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil kepada Menara Kawalan di Subang.

Pesawat itu sebenarnya sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Tetapi kemudian pesawat itu tidak mendarat di Subang sebaliknya mereka telah diarahkan oleh para perampas supaya terus menuju ke Singapura.

Pesawat itu hilang dari radar pada jam 8.15 Ia kemudiannya disahkan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Kesemua mangsa yang terkorban yang berjaya ditemui kemudiannya disemadikan di dalam satu liang lahad yang besar.

27 February 2014

patutlah cepat bangkrap...dulu hidang nasi lemak ' telanjang ' kini hidangkan makanan ' hospital ' pula....beginikah identiti syarikat penerbangan kebangsaan negara kita yang wajar di banggakan dan di pertahankan....!!!!




SUDAHLAH mengalami kerugian kira-kira RM1 Bilion baru-baru ini, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terus dirundung malang apabila menerima lagi kritikan daripada chef terkenal dari Malaysia.

Kali ini kritikan diterima dari Chef Zam di laman Instagramnya dengan melabelkan makanan yang disajikan di dalam pesawat MAS itu sebagai ‘makanan hospital’.

Menu yang jadi mangsa kritikan kali ini ialah masakan Asam Pedas yang dikutuk Chef Zam tanpa kewujudan ikan.

Chef Zam turut mengkritik ketiadaan makanan pencuci mulut seperti coklat atau sebagainya dan keadaan nasinya yang dikatakan lembik.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan makanan yang dihidangkan MAS dalam pesawat mereka. Ia adalah amat memalukan bukan sahaja kepada penumpang penerbangan domestik tetapi juga penerbangan antarabangsa. Bagaimana anda boleh mempromosikan Malaysia sebagai syurga makanan apabila hidangan pertama yang disaksikan mereka seteruk ini?

“Adalah amat memalukan apabila melihat usaha kerajaan contohnya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Tourism Malaysia yang membelanjakan berjuta-juta ringgit wang pembayar cukai untuk mempromosikan makanan Malaysia kepada dunia,” katanya di laman Instagramnya chef_zam.

Kritikan terbaru ini menjadikan makanan sajian dalam pesawat MAS telah dikritik tiga kali dalam tempoh beberapa bulan oleh dua chef iaitu Chef Wan dan Chef Zam. Satu lagi kritikan hadir daripada seorang Aktivis Sosial iaitu Josh Hong mengenai Nasi Lemak.

Sebelum itu, Chef Wan turut mengkritik menu Nasi Lemak sajian MAS dalam penerbangan ke Bangkok dan mengatakan ia seperti ‘telanjang’.

Pihak pengurusan MAS sepatutnya mula mengambil serius kritikan-kritikan seperti ini yang dilihat semakin kerap muncul dilakukan secara terbuka di laman sosial.