keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label PLUS. Show all posts
Showing posts with label PLUS. Show all posts

18 April 2014

cara Kerja SAMDOL PLUS menaikan kemarahan pengguna lebuhraya





SUDAH menjadi kebiasaan jalan raya di negara ini berada dalam keadaan sesak khususnya pada waktu puncak ketika orang ramai pergi dan pulang dari kerja.

Selain waktu berkenaan lalu lintas akan menjadi sesak ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali ketika orang ramai pulang ke kampung dari bandar.

Kita akui, ada sesetengah pengguna jalan raya yang tidak berpuas hati dengan keadaan jalan raya khususnya ketika jalan sesak lebih-lebih lagi jika ia berlaku di lebuh raya.

Manakan tidak, pengguna membayar dan bukannya lalu secara percuma. Sesetengah pemegang konsesi berperangai macam negara ni bapak mereka yang punya.

Di kala kesesakan pun mereka yang berpunca daripada cara kerja bodoh mereka, tetapi mengenakan caj tol yang sama.

Sampai  ada  yang memaki operator panggilan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) ini  kerana turut menderita akibat masalah yang sama iaitu kesesakan di lebuh raya berkenaan di sekitar kawasan plaza tol Seremban.

“Aku balik pukul sembilan, jem, aku balik pukul 11 jem, pukul berapa yang sepatutnya aku balik haa, bangsat,” kata  individu  berkenaan  dengan nada yang betul-betul marah.

Dia yang mendakwa sering berulang dari Melaka turut  mendakwa dia mempunyai anak dan dalam kesusahan ekoran penutupan sesetengah bahagian di lebuh raya itu untuk kerja pembaikan.

PLUS sepatutnya tidak boleh bersikap macam bangsat yang tamak duit. Kalau ada apa-apa perubahan yang perlu dilakukan, rancang dengan teliti.

Dari 3 lorong jadi 1 lorong… sudah tentu sesak… lepas tu masih mengenakan caj tol yang sama… bodoh dan tamak kedua-duanya sekali.

Kalau tak boleh elak, cuba kurangkan caj tol dalam tempoh kesesakan berlaku, rasanya rakyat kita ramai yang faham konsep give and take.

Hak kepenggunaan langsung tidak diberikan perhatian, majoriti persatuan pengguna pula macam dah dibeli… bersuara macam jurucakap kerajaan aje sepanjang masa… isu camni haram tak dengar sepatah pun kuar mulut.

Penulis tidak menyokong bahasa kasar yang digunakan wanita itu, tetapi akar umbi dan punca kemarahannya boleh difahami.

Samdol dalam pentadbiran PLUS mungkin tak faham dan rasa mereka raja di negara ini. Mentang la beli iklan sekali sekala kat media arus perdana, jadi media jenis tu pun tutup mulut dan tidak mahu laporkan kesukaran yang dialami pengguna.

Namun begitu  jika  kita  kerap menggunakan jalan raya  bertol  mungkin anda boleh menggunakan jalan biasa tidak bertol untuk mengelakkan kesesakan itu dan masuk semula di lebuh raya di Nilai sebelum terus ke Kuala Lumpur.



Zaman moden ini, banyak teknologi canggih seperti alat navigasi satelit (GPS) dan juga aplikas GPS komuniti iaitu Waze yang betul-betul boleh membantu

21 March 2014

Plus Mobile papar maklumat trafik terkini



SEJAK dilancarkan tiga bulan, Mobile Apps yang dikeluarkan oleh Plus Malaysia Berhad (Plus) telah dimuat turun lebih 150,000 pengguna. Pecahan tersebut meliputi 80,000 pengguna Apple dan 70,000 untuk Android.

Ia mempunyai perbezaan ketara dengan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps kerana ia tidak bertindak sebagai penentu arah secara total tetapi lebih kepada rangkuman maklumat terkini aliran trafik di lebuh-lebuh raya Plus.

Pengguna perlu memahami kedua-dua konsep tersebut memandangkan wujud salah faham antara aplikasi tersebut.

Plus Mobile menjurus kepada aplikasi yang membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka. Maklumat yang diterima dari aplikasi tersebut perlu diambil perhatian sebelum bergerak ke destinasi perjalanan mereka.

Perancangan itu penting terutamanya ketika musim perayaan yang sering berlakunya kesesakan jalan raya. Jika pengguna mengambil langkah merancang perjalanan, mereka dapat mengelak daripada tersekat di lebuh raya.

Mengenai cadangan penambahbaikan yang diberikan oleh pengguna Plus Mobile, Plus mengambil berat perkara tersebut dengan menimbangkan beberapa usul yang bersesuaian.

Pihak PLUS  akan melakukan penambahbaikan bagi memastikan aplikasi ini terus relevan kepada pengguna lebuh raya. Malah, kemas kini aplikasi turut dilakukan secara kerap agar ia mudah digunakan tanpa sebarang gangguan.

Dalam pada itu, sistem kemas kini maklumat diselenggarakan oleh pusat kawalan trafik dengan kerjasama 17 pejabat seksyen di sepanjang lebuh raya Plus. Ia akan dimuat turun secara serentak ke Plus Mobile dan Twitter rasmi Plus (@plustrafik) bergantung kepada keadaan trafik semasa.