keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label hina rakyat. Show all posts
Showing posts with label hina rakyat. Show all posts

05 July 2014

gara gara menteri kabinet kangkung....undang-undang sedia ada cukup atasi peminta sedekah tapi menteri bertaraf raja kapor sibuk nak buat kerja mudah cari duit tepi...!!!!



gara gara  menteri keterunan  raja kapor  otak kangkung....cari jalan mudah untuk dapatkan duit tepi...!!!


Kerajaan tidak perlu melaksanakan peraturan mendenda pemberi sedekah dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani masalah itu.
 
Jika kerajaan  benar benar ikhlas,ianya  hanya perlu fokus pada undang-undang sedia ada kerana ia sudah mencukupi untuk mengatasi masalah peminta sedekah dan gelandangan di ibu kota.
 
Bagi pengemis kanak-kanak serta orang tua yang bergerak melalui kegiatan sindiket, tindakan boleh diambil atas pertuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda.
 
Mereka boleh ditangkap dengan mudah dan ada antaranya dengan berani membawa surat daripada jabatan agama, sekolah tahfiz dan kementerian. Jika ditangkap dan disiasat tentang siapa penganjurnya (aktiviti mengemis) didapati dokumen adalah palsu.
 
Apa yang perlu dilakukan ialah penguatkuasaan secara serius kerana mereka mengemis secara terang-terangan di pusat beli belah, restoran dan stesen minyak.
 
Ini  mengulas berhubung cadangan kerajaan mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah itu.
 
Memandangkan perlakuan peminta sedekah dan gelandangan di negara ini berlaku secara terang-terangan, ia sepatutnya memudahkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan mengikut peruntukan sedia ada.
 
Jadi tidak perlulah  lagi  mewujudkan undang-undang khusus membabitkan pengemis ini sebab masalah orang miskin dan gelandangan sememangnya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
Untuk selamatkan mereka..itu adalah tanggungjawab kementerian terbabit yang perlu menyediakan tempat tinggal, pekerjaan dan pusat pemulihan bagi melatih mereka dengan kemahiran untuk memperbaiki diri,.
 
Bagi pengemis yang membabitkan warga asing, kebanyakan mereka berada di negara ini tanpa visa dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Imigresen.
 
Jika pihak Imigresen tangkap mereka, setiap hari lakukan pemeriksaan, takkan ada lagi mereka ini...semua akan lari. Tidak susah untuk laksanakan.
     
Berhubung cadangan mengenakan denda RM150 kepada pemberi sedekah yang dijangka dilaksanakan tidak lama lagi, Tindakan itu dianggap sebagai keterlaluan dan 'pemikiran yang tidak  bertamadun'.
 
Islam sendiri menggalakkan umatnya bersedekah. Apabila adanya undang-undang tersebut ia seolah-olah menyekat masyarakat berbuat kebaikan.
 
Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu memberi kesedaran dan membuat hebahan secara berterusan kepada orang ramai berhubung cara menyalurkan derma atau segala bentuk bantuan kepada pihak yang berhak.
 
Selain peruntukan dalam Kanun Keseksaan bagi kes jenayah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudahpun mempunyai Akta Kerajaan Tempatan 1976.
 
Di bawah akta berkenaan, DBKL diberi kuasa untuk mengatasi masalah kacau ganggu di kalangan pengemis terhadap orang awam.
 
Undang-undang sedia ada telah cukup jika dilaksanakan dengan sempurna. Pengemis kadang-kala memberi gangguan kepada orang awam namun jika pihak kerajaan ingin membendung masalah ini, mereka perlu melihat dari pelbagai aspek termasuk mengkaji bagaimana dan punca lambakan pengemis.

Cadangan mengadakan peraturan ini juga adalah satu bentuk tekanan bagi golongan miskin yang benar-benar memerlukan bantuan.
 
Mungkin ada di antara pengemis yang terlibat dengan sindiket namun ia boleh diatasi dengan peruntukan yang telah ada dalam Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan beberapa akta di bawah JKM. Kerajaan bukan sahaja perlu menangani tetapi juga perlu mengkaji kemelut (pengemis) yang tidak berkesudahan ini.
 
Kita berharap agar cadangan pelaksanaan denda terhadap pemberi sedekah tidak dilaksanakan kerana ia akan menjadi bahan ejekan.
 
Tidak ada di dunia ini orang yang memberi sedekah dikenakan denda. Denda itu akan menghalang orang lain daripada membuat kebajikan.

04 July 2014

memang kurang ajar bila menteri berketurunan raja haramjadah hina dan halau golongan peminta sedekah dan gelandangan keluar dari pusat bandaraya kuala lumpur

‘Soup kitchen’ diberi tempoh hingga Isnin untuk pindah, kata Ku Nan



serasa aku nak bagi  pelempang ajer menteri keturunan raja haramjadah  kaki botol ini...!!!


Badan bukan kerajaan (NGO) Soup kitchen yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelmarin

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan gelandangan dan pengemis di ibu negara.

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

"Mengenai gelandangan ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka  mendapatkan makanan.

"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.

Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.

Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak dua kilometer dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.

"Kalau mereka nak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang dua kilometer dari pusat belah Lot 10," katanya.

Beliau juga mengakui tindakan itu akan menyebabkan masyarakat tidak berpuas hati akan tetapi menegaskan ia adalah demi kebaikan.

"Saya tahu orang tidak gembira tapi percayalah ini untuk kebaikan. Jangan tempelak saya, tuduh saya bukan Islam kerana halang orang bagi sedekah.

"Kalau sedekah ada caranya, kita ada masjid, majlis agama Islam. Kalau bukan Islam di gereja, kuil bagi saja dan mereka akan agihkan," katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan DBKL juga tidak akan memberi muka kepada kegiatan peminta sedekah.

Beliau berkata pihaknya mendapati kebanyakkan peminta sedekah bukan merupakan warga Malaysia.

"Kerana itu dalam masa satu atau dua minggu kita akan buat standard prosedur penguatkuasaan dengan mengenakan bayaran saman kepada pemberi sedekah."

Katanya pihaknya akan mengeluarkan resit disertakan dengan nombor bersiri dan ia perlu dibayar serta-merta.

"Ini semua salah pembangkang suka putar belitkan kenyataan saya kata saya tidak Islamik hey... nak bagi sedekah bukan cara tepi jalan.

"Pembersihan peminta sedekah turut dilakukan negara Islam seperti Mekah dan Madinah.‎ Sekarang apa yang berlaku di sana terjadi di sini, di kompleks beli belah Pavillion dan Starhill," katanya