keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label esscom. Show all posts
Showing posts with label esscom. Show all posts

15 April 2014

esscom jadi lawak april fool bila dengan kos rm 300 juta serupa jadi gajah putih atau harimau tidak bertaring...!!!



Kita tidak mahu Esscom menjadi lawak termahal April Fool kerana dengan kos lebih RM300 juta, ia menjadi harimau tidak bertaring atau gajah putih yang tidak membawa makna kepada keselamatan timur Sabah.
Kita juga  menggelar kenyataan Mohamad sebagai lawak April Fool kerana kurang daripada 24 jam kenyataannya berhubung Esscom, dua mangsa diculik dan berjaya dilarikan dari Semporna.

Kita  juga  mahu  Esscom dibubarkan selepas beberapa siri penculikan masih berlaku di kawasan berkenaan walaupun lebih RM100 juta dibelanjakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memandang serius isu berkenaan dengan meletakkan kawasan tersebut di bawah satu kementerian berkaitan.

Esscom tidak sukses. Jadi kitaa cadangkan kepada perdana menteri agar bubarkan Esscom. Kita mahu satu kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Pertahanan yang mengetuainya.

Ini kerana Esscom tiada kuasa memberi arahan. Bolehkah dia beri arahan kepada ketua polis negara?
Bolehkah dia beri arahan kepada komander tentera? Tiada yang mahu dengar (mereka).

Seorang pelancong wanita warga China dan seorang pekerja sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, diculik sekumpulan lelaki jam 10.30 malam awal bulan ini.

Perkara itu disahkan Mohammad yang menyifatkan penculikan itu tiada kaitan dengan kumpulan pengganas namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Wanita warga China berkenaan berusia 28 tahun dan berasal dari Shanghai.

Dua wanita itu dipercayai dilarikan dari Singamata Reef Resort selepas enam lelaki bersenjata, menyerbu resort peranginan berkenaan.

Gao Huayun, 29, yang sedang bercuti dengan kira-kira 60 pelancong dari negara berkenaan, dipercayai diambil dari bilik penginapan mereka sebelum dipaksa menaiki sebuah bot.

Bagaimanapun, bagaimana pekerja hotel warga Filipina berusia 40 tahun, Marcy Dayawan, dilarikan tidak jelas

idea menteri pertahanan yang pondan.....suruh syarikat minyak jaga perairan sabah...apa guna ada esscom kalau hanya membazirkan wang rakyat rm 300 juta....!!!



Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyeru syarikat pengeluar minyak yang mendirikan pelantar minyak di perairan Sabah agar turut bersama mengawasi kawasan itu.

Menteri pertahanan itu berkata, syarikat pengeluar minyak yang membelanjakan berbilion ringgit demi memastikan keselamatan aset dan pekerja mereka perlu bekerjasama dengan kerajaan menjaga perairan negara.

"Mengapa kerajaan sahaja yang perlu membuat pemantauan? Shell di kawasan itu. Esso, Petronas membelanjakan berbillion (ringgit) untuk keselamatan dan pertahanan sama ada menentang lanun atau ancaman lain.

Empat ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengadakan lawatan ke Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi melihat sendiri kawasan itu selepas beberapa siri penculikan masih berlaku meskipun lebih RM300 juta dibelanjakan kerajaan bagi membangunkan kawasan itu.

07 April 2014

Esscom projek kroni perabihkan duit rakyat keselamatan pulak tidak terjamin ....ahli parlimen BN Sabah desak Esscom dibubarkan



Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) perlu dibubarkan selepas beberapa siri penculikan masih berlaku di kawasan berkenaan walaupun lebih RM100 juta dibelanjakan oleh kerajaan, kata ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghapor Salleh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memandang serius isu berkenaan dengan meletakkan kawasan tersebut di bawah satu kementerian berkaitan.

“Esscom ini tidak sukses. Jadi saya cadangkan kepada Perdana Menteri agar bubarkan Esscom. Kita mahu satu kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Pertahanan yang mengetuai ini semua.

“Ini kerana Esscom tiada yang arahkan. Bolehkah dia beri arahan kepada ketua polis negara?

“Bolehkah dia beri arahan kepada komander tentera? Tiada yang mahu dengar (mereka),” katanya semasa di Dewan Rakyat sewaktu membentangkan usul keselamatan Sabah di Parlimen hari ini.

Seorang pelancong wanita warga China dan seorang pekerja sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, diculik sekumpulan lelaki jam 10.30 malam pada Khamis.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek yang menyifatkan tiada kaitan dengan kumpulan pengganas namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Wanita warga China berkenaan berusia 28 tahun dan berasal dari Shanghai.

Dua wanita itu dipercayai dilarikan dari Singamata Reef Resort selepas enam lelaki bersenjata, menyerbu resort peranginan berkenaan.

Gao Huayun, 29, dari Shanghai, yang sedang bercuti dengan kira-kira 60 pelancong dari negara berkenaan, dipercayai diambil dari bilik penginapan mereka sebelum dipaksa menaiki sebuah bot.

Pekerja hotel Filipina berusia 40 tahun, Marcy Dayawan, bagaimanapun tidak jelas bagaimana beliau dilarikan.

Mengulas mengenai cadangan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Esscom tidak perlu dibubarkan sebaliknya pengukuhan dan penambahbaikan di kawasan itu perlu dilaksanakan.

“Operasi yang dijalankan sebelum ini di enam resort Semporna menahan 26 pekerja asing dengan pelbagai kesalahan.

“Saya tidak setuju Esscom ditutup sebaliknya aset perlu ditambah akhir bulan ini untuk rondaan laut yang diuruskan di peringkat komponen,” katanya menggulung usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Semporna Stephen Wong.

Wong semasa membentangkan usulnya berkata penculikan warga asing di Semporna baru-baru ini menunjukkan kerajaan gagal dalam menangani isu pencerobohan dan keselamatan penduduk di pantai timur Sabah.

Katanya, masalah ini akan terus berlaku jika kerajaan tidak mengambil langkah lebih drastik dalam menanggani masalah pencerobohan.

“Kawasan Esscom yang ditubuhkan dengan peruntukkan berjuta-juta ringgit langsung tidak menunjukkan kesan positif. Namun begitu, saya tidak nampak apa-apa pembangunan dengan peruntukan yang begitu besar.

“Saya ingin mendapat penjelasan dari pihak kerajaan bahawa apakah fungsi dan kuasa sebenar bagi Esscom dan bagaimana mereka memainkan peranan dalam mencegah pencerobohan dan mempertahankan pantai timur Sabah,” katanya.

Wong turut mempersoalkan tindakan kerajaan persekutuan yang masih membayar sejumlah wang kepada Kesultanan Sulu setiap tahun

Katanya, Sabah bersama Malaysia sejak 50 tahun lalu dan ia harus dihentikan.

“Kita dapat tahu bahawa kerajaan persekutuan masih membayar satu 'cession money' sebanyak RM6,300 kepada kesultanan Sulu setiap tahun.

“Jika kita masih membayar 'cession money' tersebut maka ia memberi bayangan kepada orang Sulu bahawa Sabah adalah milik mereka.

“Ia akan terus membawa banyak masalah yang berlanjutan pada masa depan Sabah. Jika ini benar, maka masalah berkaitan dengan sekuriti di Sabah tidak akan berhenti malah berterusan menjadi serius,” katanya.

03 April 2014

penculikkan terbaru di sabah menunjukkan esscom perabihkan duit rakyat...PM najib tak mengaku salah sendiri tapi buat spekulasi salahkan sabotaj sebagai puncanya...



kita mempertikaikan  kredibiliti  pihak berkuasa apabila berlakunya  lagi  penculikan di Semporna, Sabah malam kelmarin, yang mana  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin penculikan itu sengaja dilakukan bertujuan untuk mensabotaj hubungan antara Malaysia dengan China yang sudah luka ekoran kehilangan MH370.

Melalui laman Twitternya, Bernama melaporkan, "kerajaan tidak menolak kemungkinan penculikan di Semporna dibuat oleh sesetengah pihak untuk mengerohkan hubungan antara Malaysia dengan China - PM Najib".

Adalah satu yang mengejutkan apabila kumpulan bersenjata itu berjaya menculik mangsanya di sebuah resort di Sabah.Kejadian ini sudah pasti merosakkan imej negara.

Sementara itu, sumber polis berkata, kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dipercayai bertanggungjawab dalam insiden penculikan dua wanita di sebuah resort di Semporna dan pihak berkuasa Filipina dan Malaysia ketika ini sedang memburu mereka.

Siasatan awal mendapati insiden penculikan semalam dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

"Abu Sayyaf aktif dikawasan tersebut sejak 15 tahun lalu dan terlibat dalam banyak penculikan," kata pegawai senior polis yang dirahsiakan identiti.

"Dalam kebanyakan kes, mangsa selalunya dibebaskan selepas wang tebusan dibayar. Kes semalam mungkin sama."

Beliau mendedahkan dalam insiden sebelum ini, warga Taiwan, Chang An Wei, 58, yang diculik Abu Sayyaf dibebaskan sebaik wang tebusan dibayar.

"Kumpulan ini tahu selok-belok perairan Filipina dan mahir dalam jalan air sekitar kawasan ini," katanya.

Dalam pada itu, The Star melaporkan pihak berkuasa Malaysia sedang mengawal ketat sempadan perairan merentasi selatan Filipina bagi menjejak penceroboh semalam.

Menurut laporan, mangsa terbaru penculikan ini adalah dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China. Seorang lagi adalah pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi. Mereka dibawa lari dari Singamata Reef Resort.

Kejadian terbaru ini selepas insiden seumpama berlaku tahun lalu: dua kes membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.

November lalu, Li Min Hsu, 57, dari Taiwan terbunuh apabila kumpulan bersenjata merempuh sebuah resort di Pulau Pom-Pom.

Mereka turut menangkap Chang dan membawanya lari dari pulau itu dengan bot.

Chang kemudian dibebaskan oleh pihak berkuasa Filipina Disember lalu dengan berita angin menyatakan selepas sejumlah pampasan dibayar.

Kejadian malam tadi bakal meletakkan Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) dalam perhatian. Ia meliputi kawasan seluas 1,400 km di pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Ia diwujudkan Mac tahun lalu oleh Najib selepas pencerobohan Lahad Datu oleh militan Sulu sebulan sebelum itu.

Tujuannya adalah untuk memperteguhkan keselamatan maritim di bahagian timur laut Sabah dan mengelakkan ancaman pengganas di perairan Sabah.