keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label buaya. Show all posts
Showing posts with label buaya. Show all posts

30 May 2014

buaya di hantar ke hospital selepas dihempap wanita



Moscow: Seekor buaya terpaksa dihantar ke hospital selepas dihempap oleh seorang wanita seberat 114 kilogram di dalam sebuah bas.

Fredy, repitilia 2.14 meter panjang itu berada di dalam bas yang penuh dengan anggota sarkas dikatakan tidur apabila kenderaan berkenaan melanggar bonggol berhampiran Severomorsk, menyebabkan wanita terbabit jatuh dan menghempapnya yang tidur berhampiran.


Agensi berita RIA Novosti melaporkan, pihak pengurusan sarkas bimbang keadaan buaya itu selepas ia muntah selama tiga jam berikutan peristiwa itu.

Ia mungkin tanda kecederaan dalaman bagi buaya.

Akauntan terbabit hanya cedera ringan, tetapi ditegur kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

Fredy pula dibawa ke hospital dan menjalani pemeriksaan serta rawatan. Semua persembahan hari itu yang membabitkannya juga dibatalkan.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan wanita itu dinasihatkan mengurangkan berat badannya.

Haiwan, termasuk harimau, singa dan monyet masih digunakan dalam persembahan sarkas di Russia.

10 April 2014

buaya dah makan pelet sayur pulak...!!!




Afrika: Buaya haiwan paling digeruni di Afrika, reptilia yang terkenal dengan membaham sebelum menelan mangsanya hidup-hidup.

Masalah timbul di ladang buaya Butat Nyanyana di pesisiran pantai Pulau Kariba, Zimbabwe kerana haiwan berkenaan jemu dengan makanan pelet berasaskan sayur-sayuran.

Penternak di ladang berkenaan memilih makanan itu kerana harganya yang murah berbanding daging, berprotein bermineral dan bervitamin yang dikatakan dapat meningkatkan kualiti kulit reptilia itu untuk dijadikan beg tangan atau kasut dalam pentas peragaan fesyen di New York, Paris, London atau Milan.

“Kami tidak lagi memberi daging kepada buaya di sini,” kata Pengarah Kewangan, Oliver Kanmundimu, pemilik ladang Padenga Holdings.

“Kualiti kulit dapat ditingkatkan kerana kami mengukur semua nutrien yang diberikan yang tidak boleh didapati hanya dengan memakan daging,” katanya semalam.


Nyanyana yang terletak 400 kilometer ke barat laut Harare menempatkan 50,000 buaya Nil dan satu daripada tiga Ladang Padenga di Kariba. Ia adalah tasik buatan manusia terbesar di Afrika.

Syarikat berkenaan mempunyai 164,000 buaya secara keseluruhannya dan memberi makanan palet sayur-sayuran sejak 2006 ketika krisis melanda Zimbabwe hingga menyebabkan daging sukar didapati dan harganya yang terlalu mahal.

Pada mulanya, pelet itu mengandungi 50 peratus daging tetapi dikurangkan secara beransur-ansur kepada diet sayur-sayuran keseluruhannya.

“Kami berada di satu tahap hingga mengurangkan daging daripada 15 peratus kepada tujuh peratus dan sekarang kepada sifar daging dan ikan,” katanya.

Operasi lebih senang, dan buaya berkenaan mendapat segala nutrien daripada makanan seumpama itu.

Makanan diberi dua hari sekali, menjadikan buaya itu jinak dan hanya berbaring ketika pekerja menjalankan operasi pembersihan.

Buaya berkenaan disembelih ketika berusia 30 bulan dan berukuran 1.5 meter panjang. Kulitnya ketika itu lembut dan mudah dilentur.

Tahun lalu, Padenga Harare menjual 42,000 kulit ke Eropah terutama di Perancis.
Harga puratanya setiap kulit itu boleh mencapai sehingga (AS550) RM2,277.

Sebanyak 90 peratus kulit buaya itu dijadikan beg tangan berkualiti tinggi, kata Kamundi, manakala lebihan kulit dijadikan tali pinggang, kasut dan tali jam bagi beberapa jenama terkenal dalam dunia fesyen

06 April 2014

buaya besar baham 6 orang di tangkap



BUAYA gergasi yang ditangkap penduduk tempatan.

Kampala: Seekor buaya yang disyaki membaham dan memakan sekurang-kurangnya enam orang ditangkap di pantai Tasik Victoria.

Buaya berkenaan berukuran 5.5 meter panjang dan berat kira-kira setan ditangkap selepas penduduk tempatan mendesak pegawai hidupan liar memburunya.

Mangsa terbarunya dipercayai bapa dua anak, Bosco Nyansi, nelayan tempatan.
Baju Bosco yang koyak rabak ditemui terapung di tasik berkenaan oleh penduduk tempatan.

Tidak ada kesan lain ditemui dan rakannya percaya dia dibaham buaya berkenaan

Reptilia berkenaan dipercayai berusia lebih 80 tahun. Ia diyakini memakan dan mencederakan beberapa nelayan sebelum ini kerana minatnya terhadap daging manusia.

Pegawai hidupan liar memerangkap buaya berkenaan dengan mengguna umpan daging besar ketika memburunya selama empat hari.

03 April 2014

buaya kedua terberat di dunia di tangkap selepas baham 4 orang




SEJUMLAH orang menyaksikan seekor buaya yang membaham empat orang di daerah Jinja, Uganda pada 31 Mac lalu.

KAMPALA - Seekor buaya yang telah membaham empat orang di daerah Jinja dan Mayuge, tebing Tasik Victoria kini ditangkap oleh anggota-anggota Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda (UWA) pada 31 Mac lalu selepas haiwan itu diburu selama empat hari di Jinja.

Pegawai UWA, Sulani Tumanya berkata, buaya berusia 80 tahun itu mempunyai berat sekitar 1,000 kilogram (kg).

Berat tersebut cuma 47kg kurang daripada buaya paling berat di dunia, Lolong.

Petugas-petugas UWA dan penduduk setempat memburu reptilia pembunuh itu di sepanjang Tasik Victoria.

Lolong merupakan spesies buaya air masin dari Filipina seberat satu tan dengan panjang 6.4 meter.

Buaya itu mati pada 10 Februari 2013 pada usia 50 tahun kerana penyakit misteri di kurungan di bandar Bunawan selepas 17 bulan ditangkap di sebuah teluk kecil oleh para pemburu haiwan tersebut selepas ia dipercayai membaham seorang nelayan.

"Orang ramai merayu kepada UWA agar menjejaki buaya itu ekoran kematian seorang penduduk bandar Kakira dalam daerah Jinja," kata Tumanya.

Menurutnya, haiwan ganas itu yang diperangkap menggunakan umpan daging dan sebilah cangkuk empat hari lalu akan dipindahkan ke Taman Negara Jeram Murchison.

28 March 2014

buaya baham kamera



IMEJ-IMEJ terakhir yang dirakam kamera GoPro milik Madden sebelum gajet itu digigit seekor buaya.

HOMESTEAD, Florida - Hasrat seorang aktivis pencinta alam ingin merakam aksi seekor buaya gergasi gagal apabila sebuah kamera jenis GoPro yang baru dibelinya rosak teruk akibat dibaham reptilia itu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Chris Madden meletakkan kamera tersebut di dalam sebuah kerangka sebelum menuju ke sebuah tasik di Homestead, dalam negeri Florida yang menempatkan buaya sepanjang 4.1 meter itu baru-baru ini.

Penduduk setempat menggelarkan buaya itu 'Big Boy' kerana saiznya yang besar.

"Saya cuba mendapatkan beberapa gambar di dalam air, namun sebaik sahaja kamera ini menyentuh permukaan air, buaya tersebut terus menerkam dengan ganas," katanya.

Kamera tersebut dimasuki air selepas beberapa gali digigit oleh buaya tersebut.