keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

29 June 2014

pengganas pada pandangan muslim bosnia atau wira kepada pengganas serbia...!!!



FERDINAND meninggalkan kereta api sehari sebelum dia ditembak mati oleh Princip pada 1914.

Sarajevo: Ibu negara Bosnia-Herzegovina semalam memperingati 100 tahun pembunuhan yang mencetuskan Perang Dunia I dan mengubah peta dunia selamanya.

Ketika negara Balkan terus dibelenggu perpecahan akibat kejadian berkenaan, beberapa acara berasingan diadakan bagi memperingati kejadian pada 28 Jun 1914 itu.

Pada tarikh itu seorang nasionalis Serbia Bosnia, Gavrilo Princip, 19, menembak mati tokoh bangsawan Austria, Archduke Franz Ferdinand dan isterinya, sebelum kejadian itu menyebabkan pelbagai peristiwa lain yang menjerumuskan kuasa besar Eropah berperang selama empat tahun.

Pembunuhan berlaku di sebatang jalang di Sarajevo apabila Princip menembak mati pasangan suami isteri terbabit.

Sesetengah pihak penduduk memperingati peristiwa itu dengan menghadiri majlis sederhana di Ypres, Belgium - bandar yang menjadi tempat pertama tentera Jerman menggunakan gas beracun untuk kali pertama pada 1915.

Namun perpecahan di Balkan menyebabkan ketua kerajaan tidak dapat hadir bersama-sama di tapak pembunuhan berkenaan.

Sejarawan Serbia di Bosnia, Slobodan Soja berkata, mustahil bagi penganjur membawa semua pihak - Serbia, Muslim dan Croat - untuk hadir dalam majlis berkenaan.

Muslim Bosnia menganggap Princip sebagai pengganas yang mencetuskan bencana, namun puak Serbia melihat remaja terbabit sebagai wira yang cuba membebaskan mereka daripada penjajahan Austria-Hungary.

Sebuah tugu memaparkan Princip setinggi dua meter turut dibina di timur Sarajevo dan mengadakan majlis sesetengah penduduk bandar raya itu mengadakan majlis di situ.

Sebelum perang Bosnia tercetus, Princip sangat dikagumi.

Dua tahun selepas mati di dalam penjara pada 1920, tulang rangka Princip digali dan dipindahkan di Sarajevo, manakala satu jambatan dinamakan sempena dia.

Sejarawan Muslim Bosnia, Husnija Kamberovic berkata, ketika etnik Serbia melakukan pembersihan etnik di situ, watak Princip kembali dianggap hebat.

“Apabila perang tamat, plak yang dibuat bagi memperingati Princip dibuang dan nama jambatan berkenaan dikembalikan kepada nama asal,” katanya.

28 May 2014

dokumen fotografi di jerman melalui projek century camera

Projek Century Camera akan merakamkan foto-foto perubahan landskap pembangunan di berlin





WAJAH Tembok Berlin hari ini yang pernah memisahkan dua Jerman.



BERLINER Dom merupakan gereja kuno berusia 300 tahun yang menjadi antara mercu tanda sejarah di Berlin.

SETIAP kepingan foto yang diambil meninggalkan kesan peribadi kepada seseorang individu. Tetapi, apakah impaknya kepada pembangunan sesebuah negara melalui sekeping gambar?

Persoalan tersebut menjadi pertanyaan kepada projek baharu seorang artis konseptual dari Amerika Syarikat, Jonathan Keats.

Menerusi projek yang dinamakan Century Camera itu, dia mahu orang ramai melihat perubahan yang berlaku di sekeliling mereka akibat sektor pembangunan.

Menggunakan kamera dengan dedahan cahaya yang panjang, projek itu akan mendokumenkan perubahan landskap di Berlin sehingga 100 tahun akan datang.

Bagi menjayakan usahanya, lelaki berusia 42 tahun itu memberikan 100 kamera lubang jarum kepada sukarelawan dan mengarahkan mereka meletaknya di lokasi-lokasi strategik sekitar Berlin.



KEATS menunjukkan tin keluli yang akan diisi dengan kamera lubang jarum dikenali sebagai Century Camera.

Selain itu, para sukarelawan diminta untuk merahsiakan lokasi itu dan hanya 'mewariskannya' kepada orang terdekat jika sudah lanjut usia. Proses yang sama dilakukan kepada individu seterusnya.

Mereka yang berjaya dalam misi tersebut, Keats menjanjikan setiap gambar-gambar akan dipamerkan di galeri Team Titanic dan menerima kembali wang deposit pembelian sebanyak RM45.

Malah, tarikh pameran foto-foto itu telah ditetapkan pada 16 Mei 2114.

Eksperimen itu, menurut Keats, mahu meneliti kesan yang berlaku pada masa hadapan akibat keputusan dibuat pada hari ini.

"Malangya, saya tidak dapat menghadiri pameran Century Camera itu nanti.

"Tetapi generasi masa depan akan menerima kesan yang kita lakukan sekarang," ujarnya.

Ringkas dan mempunyai ketahanan yang baik, Keats menerangkan kamera yang diperbuat daripada tin keluli itu menggunakan kertas hitam, menggantikan medium tipikal iaitu kertas fotografi.

Ia akan pudar jika berdepan cahaya yang terlalu fokus dan rendah melalui lubang pin kamera tersebut.

Sebagai contoh, jika kamera diletakkan di hadapan sebuah rumah yang akan diruntuhkan 25 tahun akan datang dan lokasi sama dibangunkan bangunan pencakar langit, imej rumah tersebut bukan hanya bayang-bayang sahaja.

"Imej pencakar langit itu akan menjadi lebih terang kerana efek dedahan cahaya yang digandakan," terang Keats.

Perubahan-perubahan kecil seperti aktiviti harian manusia tidak akan diambil dan mengganggu proses tersebut.

Walaupun projek itu pada dasarnya nampak mudah, tetapi bagi Keats pasti banyak masalah yang bakal dihadapi sepanjang eksperimen tersebut.

Salah satunya ialah teknologi yang ada tidak pernah diuji kaji dan hanya berpandukan kepada andaian semata-mata.

Cabaran kepada para sukarelawan adalah memilih lokasi yang tepat dan bersesuaian untuk tujuan pemerhatian selama satu abad itu.

Bagaimanapun, perancangan rapi telah diatur dengan meluaskan projek itu ke beberapa bandar lain. Keats juga sedang berurusan untuk mendapatkan kerjasama daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Setidak-tidaknya, rakyat Jerman telah mengambil langkah terhadapan dalam mendokumentasikan sejarah negara itu menerusi usaha kecil ini kerana nilai tinggalannya pada masa hadapan cukup besar.

Selepas peristiwa runtuhan Tembok Berlin suku abad lalu, ibu negara Jerman itu telah melalui banyak perubahan yang berlaku hampir suku abad itu.

14 May 2014

sperma 17 juta tahun, paling tua dalam sejarah di temui



PARA saintis Australia melaporkan mereka berjaya menemui sperma haiwan berusia 17 juta tahun (Gambar), masih elok dan dikatakan paling tua dalam sejarah.

Sperma itu adalah milik sejenis udang kecil dan ditemui di tapak kajian Khazanah Fosil Dunia Riversleigh, ke utara Queensland, Australia, tapak sama yang sebelum ini berjaya menemui pelbagai peninggalan haiwan purba.

Ini termasuk platipus bergigi gergasi dan kanggaru pemakan daging.

Menurut saintis biologi dari Universiti New South Wales, Mike Archer yang mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang itu, penemuan sperma terbabit adalah sesuatu yang “amat menarik”.

“Ini adalah sperma dalam bentuk fosil paling tua pernah direkodkan dunia geologi,” katanya.

Panjang sperma itu dipercayai melebihi saiz seekor udang jantan. Ia dikesan di dalam organ seksual haiwan berkenaan yang digelar “ostracods”.

Kajian mengenai haiwan itu bermula pada tahun 1988 ketika Archer dan pasukannya menemui fosil mengandungi tisu lembut dan menghantar contoh terbabit kepada John Neil, pakar haiwan jenis “ostracods” di University La Trobe yang mendapati fosil terbabit mengandungi tisu lembut.

Penemuan itu kemudiannya telah dikemukakan kepada pakar beberapa negara Eropah dan kajian mikroskopik mendapati sampel tisu terbabit mengandungi organ seksual haiwan berkenaan.

Lebih baik lagi apabila ia turut mengandungi sel kromosom dan DNA.

Penemuan itu kemudiannya diterbitkan di dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B, yang turut memaklumkan sperma itu bersaiz 1.3 milimeter, lebih panjang dari saiz udang itu

11 April 2014

notis ‘wanted’ jesse james






jesse james dalam cerita labu labi  arahan seniman agung  Allahyarham Tan Sri P Ramlee

SIAPA tidak kenal Jesse James? Namanya begitu popular dalam sebuah filem arahan seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Labu Labi ketika babak mereka bermimpi beraksi sebagai koboi.

Pada saat itu, P Ramlee menganggap dirinya sebagai Jesse James.

Sebenarnya Jesse James merupakan seorang penjenayah antara yang paling ganas dan jahat di Amerika Syarikat serta merupakan ahli kumpulan kongsi gelap terkenal di Amerika, James-Younger.

Nama sebenarnya Jesse Woodson James dilahirkan pada 5 September 1847 dan meninggal dunia pada 3 April 1882 dikenali sebagai perompak bank, perompak keretapi, ketua kongsi gelap dan juga seorang penjenayah.

Pernah notis dikehendaki (Wanted) untuk memburu Jesse James  di keluarkan pada  ketika itu dengan wang ganjaran US$500 Dolar Amerika

15 February 2014

keranda zaman firaun ditemui




GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa pekerja membantu mengangkat sebuah keranda berusia 3,600 tahun di bandar Luxor. KAHERAH - Menteri Antikuiti Mesir, Mohammed Ibrahim berkata, sekumpulan ahli arkeologi telah menemui keranda mumia yang berusia 3,600 tahun di bandar Luxor.

Beliau yang membuat kenyataan itu kelmarin menyatakan, mumia tersebut mungkin dikebumikan ketika Dinasti Firaun ke-17 memerintah. Keranda itu dipercayai milik seorang pegawai tinggi kerajaan. Menurut Mohammed, kajian akan dilakukan ke atas keranda dan mumia itu.