keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label pentingkan diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label pentingkan diri sendiri. Show all posts

20 May 2014

tak de hati perut...nasib baik kereta tak di calarkan



Sikap sesetengah individu yang gemar memarkir kereta sesuka hati tanpa berfikir mereka bakal menyusahkan pemilik kereta lain memang boleh membuat sesiapa sahaja naik angin.

Contohnya pemandu yang meletak kereta secara ‘double parkir‘ hingga membuat urusan orang lain tergendala dalam gambar di atas.

Bayangkan, siapa yang tak marah kalau terpaksa tunggu sampai sejam gara-gara tidak dapat keluarkan kereta yang dihalang bukan?

Kadang-kadang pemilik kereta lain pun faham ada situasi yang memerlukan ‘double parkir’ dilakukan tapi sekurang-kurangnya tinggalkanlah nombor telefon untuk dihubungi.

Jika tidak, jangan marah jika kereta anda menjadi mangsa contengan seperti ini.

Pemandu yang terpaksa menunggu anda lebih sejam itu tak calarkan kereta anda pun dah cukup baik!

04 March 2014

pentingkan diri sampai letak kereta di ruang pejalan kaki



BAGI mereka yang kerap ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), pasti anda sudah lali dengan kesukaran untuk mencari tempat letak kereta.

Kadang-kadang ada yang terpaksa ‘bersiar-siar’ di sekitar kawasan parkir sehinggalah ada kereta lain yang keluar.

Tapi, dalam banyak-banyak kereta, nampaknya pemilik kereta ini paling tidak sabar menunggu sehingga menjadikan laluan pejalan kaki sebagai tempat letak keretanya.Boleh main letak ikut suka ya? Macam-macam perangailah…