keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label zalim. Show all posts
Showing posts with label zalim. Show all posts

01 July 2014

majikan jamin ibu firdaus sementara tunggu bicara



Seremban: Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 40, dibebaskan dengan jaminan selepas wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim's Airline Catering (BAC) membayar wang jaminan berjumlah RM7,000 di Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, semalam.

Terdahulu, wanita terbabit mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu didakwa sengaja mengabaikan anaknya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi serta dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan tidak berpatutan.

Lolanopita berdepan dua tuduhan itu pada Jumaat lalu dan mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Dua wakil syarikat itu kelihatan masuk ke kompleks mahkamah pada jam 3.30 petang dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Innova sebelum ke kaunter bayaran. Turut hadir peguam Lolanopita, Hanif Hassan.

Difahamkan, wang jaminan terbabit dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja terbabit terhadap nasib menimpa Lolanopita.

Lolanopita yang hadir ke mahkamah dengan diiringi polis kelihatan memakai tudung berwarna merah jambu dan menutup mukanya sebaik menyedari gambarnya dirakam media.

Dia perlu hadir semula ke Mahkamah Sesyen, di sini, pada 24 Julai ini untuk sebutan semula kes.

28 June 2014

berlaku kejam dan zalim kerana bihun RM2.60



MAYAT mangsa yang dibunuh kerana semangkuk bihun.

Hubei (China): Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati, sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa.

Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa.

“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi.

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.

Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa.

Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek.

Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka.

“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ.

ibu remaja OKU yang di temui kurus kering tidak sedih bila di dakwa di hadapan Hakim Mahkamah



LOLANOPITA didakwa di Mahkamah Sesyen 1, kelmarin.

Seremban: Tiada reaksi sedih terpapar pada wajah ibu kepada remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang berdepan dua pertuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 ketika prosiding kesnya didengar di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh di Mahkamah Sesyen 1, di sini, kelmarin.

Ketika diiringi masuk oleh anggota polis wanita dari lokap mahkamah ke kandang pesalah pada jam 10 pagi, Lolanopita Sadi, 40, yang memakai baju lokap warna jingga dan bertudung merah jambu kelihatan tenang serta hanya menoleh sepintas lalu ke galeri awam.

“Saya tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan,” katanya dalam nada perlahan sambil menggelengkan kepala sejurus ditanya jurubahasa mahkamah yang membaca dan menerangkan pertuduhan kepadanya.

Dalam prosiding hampir setengah jam itu, galeri awam padat dengan wartawan dan orang awam yang mengikuti kes terbabit.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini, antara Januari hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.



anaknya yang di biarkan kurus kering..gambar sebelah remaja OKU sebelum di temui kurus kering .

Sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu, tertuduh boleh didenda maksimum RM20,000 atau dipenjarakan sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, Lolanopita berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 33 (c) akta sama kerana dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan tidak berpatutan di tempat sama jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.

Pendakwaaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.

Terdahulu, Hanif memohon anak guamnya dilepaskan dengan ikat jamin paling minimum sementara menunggu perbicaraan selesai atas alasan tertuduh mempunyai tanggungan dua anak iaitu mangsa dalam kes itu dan adiknya berusia tujuh tahun.

selepas remaja OKU kurus kering kini wanita OKU yang di kurung di selamatkan



ITA dipercayai dikurung lebih 10 tahun di sebuah bilik bawah rumah.



ITA dipapah keluar dari bilik kurungannya.

Tumpat: Bagaikan dalam penjara. Itu kehidupan terpaksa dilalui seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung dalam bilik konkrit di bawah rumah sejak lebih 10 tahun lalu.

Selepas mendapat aduan orang ramai, wanita itu diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Pasir Pekan Hulu, semalam.

Pasukan berkenaan pergi ke rumah berkenaan kira-kira jam 3 petang dan mendapati wanita dikenali sebagai Ita itu dalam keadaan lesu serta kurus kering selepas sekian lama hidup terkurung dalam bilik gelap yang berkunci dari luar.

Mangga yang mengunci pintu bilik berkenaan terpaksa dipotong pihak berkuasa bagi membolehkan wanita OKU terbabit dibawa keluar.

Wanita berkenaan dikatakan dijaga abangnya selepas kematian ibu bapa, tetapi ahli keluarganya tidak kelihatan di sekitar kawasan berkenaan semalam.

Tinjauan  mendapati hanya ada beberapa lubang kecil yang ditebuk di bahagian atas dinding konkrit dipercayai bagi memudahkan ahli keluarganya menghulurkan makanan.

Biarpun bilik berkenaan disediakan tandas, paip air ditempatkan di luar menyebabkan wanita itu sering merintih kepada orang yang melalui kawasan itu membantunya mendapatkan air.

24 June 2014

melampau tu...gaji bersih Lola RM1,549.38 masih dalam kesempitan menjadi alasan mengabaikan anaknya yang OKU....!!!



Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai cara untuk membantunya.

Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.

“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.

“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.

Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih.

memang kurang ajar dan tak ade hati perut...OKU terlantar mangkuk hayun nie suruh buang dalam loji....binggai punya manusia...!!!




Ramai antara kita berasa sedih dan pada masa sama marah apabila mendapat tahu terdapat ibu yang tergamak membiarkan anaknya yang merupakan OKU terkurung dalam keadaan tidak cukup makan.

Bagaimanapun dalam ramai-ramai yang tersentuh melihat keadaan anak OKU tersebut rupa-rupanya ada juga manusia yang tidak berhati perut di luar sana.

Sudahlah tidak berhati perut, diberitahu pula pemikiran negatifnya itu kepada orang ramai tanpa rasa bersalah.

Itulah yang boleh dikatakan terhadap status yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook menggunakan nama akaun Amelina Amelie.

Menggunakan bahasa sms ‘budak-budak sekarang’ Amelina membayangkan kanak-kanak OKU sebagai hodoh dan buat semak je jadi kalau dia jadi menteri maka mereka akan dibuangnya ke dalam loji.

Amboi, bahasa pun ke laut ada hati nak jadi menteri? Rasanya ibu bapa Amelina perlu memantau anak mereka ini kerana dia mempunyai masalah sivik yang kronik.



Satu lagi  bab menghina manusia lain ni jangan dibuat main-main. Silap-silap Tuhan bayar cash kat dunia lagi!

23 June 2014

ibu budak OKU terabai tak sedar diri...sempat berselfie dan berfacebook...!!!

Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung dan kebuluran di Nilai semalam, ditahan polis malam tadi.

Wanita ini menggunakan nama Imashima Lola di facebook dan beliau jga turut meletakkan 2 keping foto lama anaknya remaja OKU





Sementara itu beliau juga mendakwa hidup susah dan tidak mampu menjaga anaknya.

Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.


Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

PENGARAH Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman merupakan orang pertama menemui remaja terbabit dalam sebuah bilik rumah pangsa di Taman Semarak,Nilai, semalam.

Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu dirahsiakan berkata, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya, menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup.

Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya.

“Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.



Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa.

Ditanya mengenai keadaan bilik anak yang kotor, katanya sebelum pergi bekerja, dia meninggalkan makanan tetapi anaknya bukan saja tidak pandai makan, malah menaburkan makanan hingga bersepah.



KEADAAN remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai semalam kini semakin pulih.

Remaja berusia 15 tahun itu, Muhammad Firdaus Dullah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam dan kini menerima rawatan pemulihan. 

rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang. 

"Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang," katanya kepada wartawan selepas melawat remaja berkenaan. 

Faizal berkata, remaja berkenaan juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil. 

Respon pembaca:


22 June 2014

keadaan adik Muhammad Firdaus Dullah sebelum & selepas di aniayai Ibunya sendiri

Keadaan adik Muhammad Firdaus Dullah, 15 tahun yang dikurung oleh ibunya, di sebuah flat di Nilai.

Gambar di bawah adalah adik Firdaus sebelum dikurung, dan gambar selepas dikurung sehingga kelihatan seperti mayat hidup.



 keadaan adik Muhammad Firdaus sebelum dikurung





Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung dan kebuluran di Nilai semalam, ditahan polis malam tadi.

Remaja malang itu ditemui anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Taman Semarak semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati).

Remaja tempatan, berusia 15 tahun itu, ditemui pihak imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus.

Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Lebih menyedihkan, bilik di mana remaja malang itu dikurung penuh dengan sampah, najis dan tanah.

Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ

Remaja berusia 15 tahun itu, Muhammad Firdaus Dullah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam dan kini menerima rawatan pemulihan.




KEADAAN remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai semalam kini semakin pulih. -

Rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang.

"Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang," katanya kepada wartawan selepas melawat remaja berkenaan.

Faizal berkata, remaja berkenaan juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.

alasan kunun kesempitan hidup menyebabkan remaja OKU di kurung....memang zalim perbuatan ibunya ini...!!!



kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.





Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.



00

14 June 2014

dah melampau...aktifkan kanser dalam badan anak




Brisbane – Seorang wanita Australia dijatuhi hukuman enam tahun penjara semalam selepas didapati bersalah meracun anaknya dengan dadah yang mengaktifkan sel kanser.

Dia juga dikatakan memuat naik cerita mengenai ‘pertarungan hidup mati’ anaknya itu ke Facebook untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

Ibu kejam berusia 23 tahun itu mengaku bersalah menyebabkan kecederaan pada tubuh anaknya.

Hakim Tony Rafter menyifatkan perkara itu ‘pencabulan amanah yang tidak boleh diterima.’ “Kamu pasti tahu kesan buruk yang akan menimpa anak kamu,” katanya.

Mahkamah Daerah Brisbane dimaklumkan mengenai perbuatan wanita itu yang sengaja meracun anak perempuannya dengan memberikan dadah yang dibeli menerusi Internet dan membuat satu laman sesawang untuk meminta bantuan pemindahan tulang sum-sum untuk anaknya.

Pendakwa raya Glen Cash memberitahu mahkamah wanita terbabit memberikan dadah itu kepada anaknya selama sembilan bulan untuk mempopularkan dirinya.

Dadah terbabit menyebabkan kanak-kanak yang tidak berpenyakit itu menderita apabila tulang sum-sumnya gagal berfungsi tahun lepas.

Menurut Cash, pakar perubatan mengesyaki kanak-kanak itu diracun dan keraguan mereka disahkan apabila polis menemui pil dan resit pembelian di kediaman wanita itu.

Peguamnya, Catherine Morgan berkata, wanita itu mengalami gangguan mental yang jarang ditemui, mendorong penghidapnya membesar-besarkan simptom yang dimiliki seseorang dalam jagaannya.

Mahkamah dimaklumkan, kanak-kanak yang nyaris maut itu kini dijaga datuk dan neneknya dan semakin pulih

30 May 2014

10 tahun pin dan jarum dalam badan



Alatan Hsia bersama sekeping gambar ujian X-ray yang menunjukkan terdapat beberapa jarum di dalam paru-parunya.

JARUD BANNER, China - Seorang wanita yang mengalami sakit luar biasa sejak 10 tahun lalu mendapati dalam badannya mempunyai sembilan pin dan jarum selepas menjalani ujian X-ray, lapor akhbar MailOnline semalam.

Beberapa doktor yang memeriksa Alatan Hsia mendapati pin dan jarum berkenaan terdapat pada bahagian paru-paru, hati, kaki dan berhampiran dengan jantung.

Dalam pada itu, wanita itu yang merupakan penggembala lembu berkata, dia pernah melalui situasi perkahwinan yang teruk sebelum ini.

"Bekas suaminya saya, Chung Hsiao selalu memukul saya. Pada akhir tahun 2002, saya ke rumah ibu bapa saya untuk mengelak daripada dia.

"Pada suatu hari, apabila saya berada di sana dan kedua orang tua saya keluar, dia datang dan memukul saya. Dia menjerit: "Jika kamu tidak pulang ke rumah, saya akan membunuh kamu. Saya dipukul hingga koma," jelasnya.

Apabila Hsia tersedar daripada koma lima hari selepas itu, ibu bapanya memberitahu yang mereka menemui sembilan jarum di sisinya ketika kejadian berlaku.

"Saya percaya selepas memasukkan sedikit jarum ke dalam badan saya, dia kemudian melarikan diri dan membiarkan selebihnya di atas lantai," katanya lagi.

Bagaimanapun, wanita itu kini memerlukan kos sebanyak £17,000 (RM91,372) untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan pin dan jarum-jarum tersebut

01 May 2014

kerja gila dan tak berperikemanusiaan ...biar anak angkat mati kebuluran untuk jual organ



Doha – Pasangan suami isteri yang dituduh membiarkan anak angkat mereka kebuluran sehingga mati semalam merayu atas sabitan cuai dikenakan, kata sumber mahkamah.

Matthew dan Grace Huang hadir di mahkamah dan sumber berkata, pendakwa hanya dimaklumkan mengenai hukuman penjara tiga tahun itu pada 27 Mac lalu.

Menurutnya, prosiding diadakan semalam hanyalah untuk formaliti. Pasangan suami isteri keturunan Asia itu ditahan pada Januari 2013 selepas anak perempuan mereka, Gloria, 8, meninggal dunia.

Gloria yang diambil daripada keluarga asalnya di Ghana didakwa mati akibat masalah pemakanan yang dialami sejak bayi.

Bagaimanapun penyiasat mendapati kanak-kanak malang berkenaan sengaja dibiarkan mati bagi membolehkan pasangan suami isteri terbabit menjual organnya. Mereka dibebaskan November tahun lalu sementara siasatan dijalankan tetapi dihalang meninggalkan Qatar.

Terdahulu pendakwa memohon mahkamah mengenakan hukuman mati ke atas kedua-dua tertuduh. Mereka juga didenda RM12,300 setiap seorang dan akan diusir sebaik saja menamatkan hukuman