keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label menteri kangkung. Show all posts
Showing posts with label menteri kangkung. Show all posts

05 July 2014

gara gara menteri kabinet kangkung....undang-undang sedia ada cukup atasi peminta sedekah tapi menteri bertaraf raja kapor sibuk nak buat kerja mudah cari duit tepi...!!!!



gara gara  menteri keterunan  raja kapor  otak kangkung....cari jalan mudah untuk dapatkan duit tepi...!!!


Kerajaan tidak perlu melaksanakan peraturan mendenda pemberi sedekah dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani masalah itu.
 
Jika kerajaan  benar benar ikhlas,ianya  hanya perlu fokus pada undang-undang sedia ada kerana ia sudah mencukupi untuk mengatasi masalah peminta sedekah dan gelandangan di ibu kota.
 
Bagi pengemis kanak-kanak serta orang tua yang bergerak melalui kegiatan sindiket, tindakan boleh diambil atas pertuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda.
 
Mereka boleh ditangkap dengan mudah dan ada antaranya dengan berani membawa surat daripada jabatan agama, sekolah tahfiz dan kementerian. Jika ditangkap dan disiasat tentang siapa penganjurnya (aktiviti mengemis) didapati dokumen adalah palsu.
 
Apa yang perlu dilakukan ialah penguatkuasaan secara serius kerana mereka mengemis secara terang-terangan di pusat beli belah, restoran dan stesen minyak.
 
Ini  mengulas berhubung cadangan kerajaan mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah itu.
 
Memandangkan perlakuan peminta sedekah dan gelandangan di negara ini berlaku secara terang-terangan, ia sepatutnya memudahkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan mengikut peruntukan sedia ada.
 
Jadi tidak perlulah  lagi  mewujudkan undang-undang khusus membabitkan pengemis ini sebab masalah orang miskin dan gelandangan sememangnya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
Untuk selamatkan mereka..itu adalah tanggungjawab kementerian terbabit yang perlu menyediakan tempat tinggal, pekerjaan dan pusat pemulihan bagi melatih mereka dengan kemahiran untuk memperbaiki diri,.
 
Bagi pengemis yang membabitkan warga asing, kebanyakan mereka berada di negara ini tanpa visa dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Imigresen.
 
Jika pihak Imigresen tangkap mereka, setiap hari lakukan pemeriksaan, takkan ada lagi mereka ini...semua akan lari. Tidak susah untuk laksanakan.
     
Berhubung cadangan mengenakan denda RM150 kepada pemberi sedekah yang dijangka dilaksanakan tidak lama lagi, Tindakan itu dianggap sebagai keterlaluan dan 'pemikiran yang tidak  bertamadun'.
 
Islam sendiri menggalakkan umatnya bersedekah. Apabila adanya undang-undang tersebut ia seolah-olah menyekat masyarakat berbuat kebaikan.
 
Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu memberi kesedaran dan membuat hebahan secara berterusan kepada orang ramai berhubung cara menyalurkan derma atau segala bentuk bantuan kepada pihak yang berhak.
 
Selain peruntukan dalam Kanun Keseksaan bagi kes jenayah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudahpun mempunyai Akta Kerajaan Tempatan 1976.
 
Di bawah akta berkenaan, DBKL diberi kuasa untuk mengatasi masalah kacau ganggu di kalangan pengemis terhadap orang awam.
 
Undang-undang sedia ada telah cukup jika dilaksanakan dengan sempurna. Pengemis kadang-kala memberi gangguan kepada orang awam namun jika pihak kerajaan ingin membendung masalah ini, mereka perlu melihat dari pelbagai aspek termasuk mengkaji bagaimana dan punca lambakan pengemis.

Cadangan mengadakan peraturan ini juga adalah satu bentuk tekanan bagi golongan miskin yang benar-benar memerlukan bantuan.
 
Mungkin ada di antara pengemis yang terlibat dengan sindiket namun ia boleh diatasi dengan peruntukan yang telah ada dalam Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan beberapa akta di bawah JKM. Kerajaan bukan sahaja perlu menangani tetapi juga perlu mengkaji kemelut (pengemis) yang tidak berkesudahan ini.
 
Kita berharap agar cadangan pelaksanaan denda terhadap pemberi sedekah tidak dilaksanakan kerana ia akan menjadi bahan ejekan.
 
Tidak ada di dunia ini orang yang memberi sedekah dikenakan denda. Denda itu akan menghalang orang lain daripada membuat kebajikan.

27 June 2014

menteri kangkung bagi alasan kangkung lagi...kunun penswastaan projek kontroversi UiTM supaya kampus disiapkan cepat....kepala hotak lu....mana dia tender terbuka...?..kenapa semua kroni UMNO yang dapat...dan kenapa pulak kerajaan kena sewa dengan kroni UMNO....?..



dah banyak sangat melantak  duit haram...orang tanya lain  menatang nih jawab lain...orang tanya kenapa semua projek UITM di sapu oleh kroni UMNO...agaknya bagi kat kroni UMNO ,kampus siap cepat kot...?...banggang tak boleh di ajar..?



otak kangkung menjadi jadi...macam mana si sial nih boleh jadi menteri...bodoh yang teramat sangat...!!!


Datuk Seri Abdul Wahid Omar menyifatkan Inisiatif Kewangan Persendirian (PFI) dalam pembinaan projek kontroversi Universiti Tekonologi Mara (UiTM) bertujuan memastikan kampus disiapkan dengan cepat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kampus tersebut perlu disiapkan cepat bagi menampung pertambahan pelajar seramai 200 ribu.

"Secara asasnya, jika kamu lihat keseluruhan projek bermula 2007, ketika itu langkah tersebut diambil untuk menampung pertambahan pelajar UiTM seramai 200 ribu pelajar.

"Ketika itu kita melihat bagaimana kerajaan dapat mempercepatkannya dan hinggalah pada 2009 kita putuskan langkah PFI perlu dilaksanakan," kata Wahid pada sidang media taklimat ekonomi bersama Bank Dunia di Putrajaya hari ini.

Beliau mempertahankan langkah tersebut yang dikritik hebat oleh PKR sebagai langkah tepat khususnya bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan kerajaan.

"Langkah PFI mampu mempercepatkan pembinaan dan mencapai sasaran yang diletak oleh kerajaan," katanya.‎

Menteri portfolio ekonomi itu juga berkata keseluruhan projek yang dibina menggunakan kaedah tersebut adalah 12 projek, 9 kampus UiTM, dua pusat asasi dan satu pusat latihan.

Beliau juga menjelaskan ia akan mengambil masa yang lama sekiranya menanti peruntukan daripada kerajaan untuk membina projek tersebut.

"Ini adalah strategi kerajaan. Jika kamu menanti peruntukan perbelanjaan, ia mungkin tidak mampu menyiapkan projek pada 2014 kerana komitmen yang lain," katanya.

Projek kontroversi tersebut dibina oleh konsesi swasta dan akan diselenggara selama tempoh 20 tahun sebelum ia diserahkan kepada kerajaan sepenuhnya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli minggu lalu membuat pendedahan beberapa konsesi UiTM terutamanya di Melaka, Negeri Sembilan dan Pasir Gudang yang membabitkan beberapa pemimpin Umno.

Rafizi juga menuduh kerajaan sudah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.

Katanya, jumlah itu menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.

Kos membina setiap kampus ini di antara RM280 juta ke RM315 juta.

Melalui Bajet 2015, pemegang konsesi akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dimohon dalam Bajet Tambahan.

Semalam, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Wahid akan menjelaskan isu tersebut memandangkan projek tersebut berada dibawah Unit Perancang Ekonomi (EPU).

PKR hari ini meneruskan tekanan kepada Putrajaya dengan mendesak supaya Muhyiddin memperincikan dan menjelaskan kontroversi tersebut.


Sialnya dapat menteri menteri  bodoh dan banggang nak mampos...jadi menteri  cuma nak perabih duit rakyat...apa kelas setan seekor  nih jadi menteri  kalau tidak mengipas dan cari peluang turut sama kebas duit rakyat  melalui pengswastaan  projek kroni...haramjadah lu...!!!

18 June 2014

presiden FAM memang pondan , menteri sukan otak berdaki dan pemain kaki bangku ....jangan mimpilah malaysia layak ke piala dunia selagi kerajaan UMNO-BN memerintah...kroni dan rasuah kerajaan haramjadah merosakkan mutu sukan negara....!!!!




Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  di kritik kerana  gagal menunaikan janjinya apabila sasaran pasukan negara untuk layak ke Piala Dunia 2014 tidak menjadi kenyataan.

Kita masih  mempersoalkan kemampuan pasukan bola sepak negara yang masih gagal mencapai sasaran berkenaan ketika pertandingan berprestij itu sedang berlangsung di Brazil.

Bila di tanyakan isu ini   kepada  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, beliau tidak mempunyai jawapan tentang perkara itu kerana sasaran terbabit diletakkan oleh FAM yang sepatutnya bertanggungjawab menjadikannya sebagai kenyataan.Biasalah  drama  bangau oh bangau...!!!

Bagaimanapun, Khairy berkata, beliau yakin pasukan negara akan berupaya beraksi di Piala Dunia suatu masa nanti melalui program pembangunan bola sepak yang dilaksanakan kementeriannya, namun tidak mahu meletakkan sasaran khusus seperti FAM.

"Saya bukan Presiden FAM dan tidak boleh menjawab perkara ini, cuma kita berharap melalui pelan pembangunan bola sepak yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kita akan layak ke Piala Dunia, namun tidak mahu meletakkan sasaran bila? Nanti saya kena jawab pula nanti, macam sekarang ini," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat .

Khairy berkata:"Melalui pelan pembagunan ini kita kena bermula semula dari awal. Kita sudah bincangkan sebelum ini saiz bukanlah halangan, contohnya pasukan kegemaran saya Argentina pagi tadi masih mampu mencipta kemenangan walaupun saiz pemainnya tidak begitu besar."

Katanya, masalah yang dihadapi negara sehingga masih belum berupaya melayakkan diri ke Piala Dunia adalah disebabkan tidak memberi tumpuan kepada aspek pembangunan bola sepak.

Malah beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden FAM menyedari bahawa peruntukan untuk tujuan pembangunan bola sepak cukup kecil, begitu juga persatuan negeri lebih memberi tumpuan kepada soal pembayaran gaji pemain senior.

Peruntukkan banyak mana pun ...tapi penyelewengan  di peringkat atasan  persatuan bolasepak malaysia serta  kroni kroni yang berkaitan tidak  mampu mengubah keadaan...bila mana wang menjadi sandaran dan bukan semangat cintakan negara  yang tulin  berkobar bkobar.

Selagi  pemimpin atasan  yang memegang  satu satu organisasi  enggan bertanggungjawab atas sebarang kekalahan atau kesilapan  yang boleh mengaibkan negara  dengan enggan meletakkan  jawatan seperti di negara negara yang maju dalam pelbagai bidang sukan dan  arena politik...selagi itulah  mutu apa apa  bidang di negara kita adalah lebih  teruk dengan negara afrika yang sedang bergolak...

Sampai kiamat pun tak selesai isu ini selagi kerajaan perasuah  dan mementingkan kroni  masih berkuasa...jangan mimpilah  sukan sukan berprestej  tinggi seperti  bolasepak  semakin maju dan bertaraf dunia...!!!



16 May 2014

GST ( gila sampai tua ) ahmad kangkung terus menipu...habis semua rakyat nak di tipunya...hanya 10% barangan pengguna naik harga temberangnya...!!!





Tiada kenaikan harga akan berlaku ke atas 48 peratus lagi barangan manakala harga untuk 42 peratus lagi barangan akan menurun, katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kenaikan harga ke atas bahan keperluan harian selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya akan melibatkan 10 peratus daripada kesemua barangan.

Menurutnya, hanya 10 peratus dari kira-kira 1,000 barangan yang disenaraikan akan mengalami kenaikan harga.

Tiada kenaikan harga akan berlaku ke atas 48 peratus lagi barangan manakala harga untuk 42 peratus lagi barangan akan menurun, katanya.

Tambahnya, harga bagi 90 peratus barangan keperluan harian pengguna akan kekal dan diturunkan, katanya dalam sidang media selepas satu forum untuk mempromosi GST hari ini.

Katanya lagi, kehidupan rakyat boleh diteruskan seperti biasa dan tidak akan terjejas langsung dengan GST, yang dijangka akan mengutip RM9 bilion dalam bentuk hasil tambahan untuk kerajaan.

Ahmad seterusnya menyenarakan kedai yang tidak terjejas dengan GST – pasar malam, pasar tani pada hari Rabu dan Jumaat dan juga pasar ikan.

"Makan asas dikecualikan cukai – beras, tepung, gula, garam, dhal. Begitu juga daging – daging lembu, kambing, ayam, itik dan babi – kesemuanya dikecualikan... telur, sayur, makanan laut seperti ikan bilis, ikan masin dan bekalan air isi rumah juga dikecualikan," katanya.

Katanya, kerajaan akan mendedahkan satu panduan kepada pengguna pada Januari depan untuk memaklumkan mengenai harga yang disyorkan bagi kira-kira 1,000 barangan tersebut.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 689 barangan telah dikenalpasti manakala yang selebihnya sedang dinilai.

Selain itu, kerajaan juga akn menggunakan undang-undang kawalan harga dan pencatutan untuk menghukum peniaga yang melanggar peraturan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin pula akan mengetuai satu jawatankuasa bersama dengan persatuan pengguna untuk membantu mengawal inflasi, katanya.

Ahmad berkata, harga sesetengah barangan akan dikurangkan dengan pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) apabila GST diperkenal.

03 May 2014

cara BERNAMA salah petik , menteri pulak kaki belit...akhirnya tol naik jugak...rakyat yang tercekik....!!!!

Tol: Kementerian kata menterinya disalah petik




Kementerian Kerja Raya menjelaskan bahawa menterinya, Datuk Fadhillah Yusof tidak menyatakan bahawa Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) bersetuju untuk menyusun semula kadar tolnya.

Menyatakan bahawa beliau telah disalah petik, kementerian itu dalam satu kenyataan berkata Fadhilah sebenarnya merujuk kepada penstrukturan semula yang dilaksanakan PLUS dan diumumkan pada 17 November 2011.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai penstrukturan semula kadar tol di Kuching kelmarin

Pada 2011, kenaikan tol bagi Lebuh Raya Utara Selatan diturunkan daripada 10 peratus setiap tiga tahun kepada 5.0 peratus pada tempoh masa yang sama, manakala Jambatan Pulau Pinang tidak menyaksikan sebarang kenaikan.

Bernama secara tidak sengaja memetik menteri berkenaan menyatakan bahawa PLUS, yang memiliki konsesi lebuh raya paling menguntungkan di negara ini bersetuju menyusun semula kadar tol.

Bernama



12 April 2014

hasan kangkung akui dimana umno kuat disitu melayu merempat




Jikalau Kata-Kata serta Ucapan Hasan Malek di Persidangan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) bukan nya BERMAKSUD Dimana Umno Kuat Disitu Melayu Merempat apa ke lagi beb, tak kan Maksud beliau Kalau Harga Ayam Mahal Jangan Makan Ayam atau pun Kalau Minyak Mahal Jangan Guna Minyak tapi Guna Air Kencing... kah kah kah !

Dengan mengatakan bahawa "antara PUNCA Masalah berkenaan ialah Sekolah-Sekolah di LUAR BANDAR atau PENDALAMAN (dalam kata lain di tempat dimana selalu nya Umno/Bn Kuat) yang merupakan RUANG HAYAT Anak-Anak Melayu dan Bumiputera masih TERKEBELAKANG dari segi PASARANA PENDIDIKAN".

"Murid yang DIASUH dalam Bilik Darjah SERBA MUNDUR dan hanya Bergantung Kepada BUKU TEKS tidak Akan Mampu untuk BERTANDING dengan Pelajar yang Belajar dengan Bantuan TEKNOLOGI DIGITAL". Atas sebab itu gua kata nya yang MAKSUD Hasan Malek ialah Dimana Umno Kuat Disitu Melayu Merempat... kah kah kah !.

Hanya di Negara Malaysia yang UJUD nya BANGSA Umno sahaja lu orang dapat Dengar, Lihat dengan MATA KEPALA lu orang Perkara sebegini terjadi, dimana Parti yang Memerintah sejak dari MERDEKA serta Mendakwa sebagai Parti yang Memperjuangkan Bangsa Melayu tetapi Orang Melayu Merempat dari Segala Segi beb... kah kah kah !.

Tapi apa nak buat beb sudah Orang Melayu Sendiri yang SUKA dia orang DITIPU HIDUP-HIDUP sejak dari DULU KINI dan SELAMANYA oleh Pemimpin-Pemimpin Umno, jangan salahkan Bangsa lain jikalau Bangsa Sendiri sejak AZALI nya adalah KAKI PENIPU WA TEMBERANG. Segala benda hendak Ditipu dari Sekecil-kecil Benih Padi sampai lah Sebesar-besar LEMBU NFC... kah kah kah



inderasipejuang