keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label pondan. Show all posts
Showing posts with label pondan. Show all posts

20 June 2014

takut terkena batang hidung sendiri...pertubuhan pribumi pondan perkasa malaysia (Perkasa) memutuskan untuk tidak menyaman portal berita Malaysiakini...!!!





Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kelmarin  memutuskan untuk tidak menyaman portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan komen pembaca tetapi mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata, apa yang dilakukan Malaysiakini dengan menyiarkan komen pembaca kerana tiada lagi penguatkuasaan undang-undang seperti ISA menyebabkan ramai yang berani melakukan perkara melampaui batas.

"Kita tidak boleh hendak tutup komen pembaca kerana inilah rentetan apabila ISA dimansuhkan. Orang sudah berani pertikai Perkasa, agama, raja dan sebagainya.

 "Kami akan pastikan perkara ini tidak berlaku. Kami akan berusaha mengembalikan ISA," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat DBKL hari ini.

Kelmarin, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata,  pertubuhan tersebut disiasat polis London berikutan komen pembaca sebuah portal yang mendakwa mereka ke luar negara menggunakan dana awam.

Katanya, polis London mengambil keterangan ketua wiranita Perkasa dan jawatankuasa penganjur sehari sebelum Perkasa London dirasmikan.

Artikel yang bertajuk “Adakah duit pembayar cukai digunakan untuk ke Eropah?” mencetuskan kemarahan Ibrahim yang mengirimkan SMS berkenaan dari London.


18 June 2014

presiden FAM memang pondan , menteri sukan otak berdaki dan pemain kaki bangku ....jangan mimpilah malaysia layak ke piala dunia selagi kerajaan UMNO-BN memerintah...kroni dan rasuah kerajaan haramjadah merosakkan mutu sukan negara....!!!!




Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  di kritik kerana  gagal menunaikan janjinya apabila sasaran pasukan negara untuk layak ke Piala Dunia 2014 tidak menjadi kenyataan.

Kita masih  mempersoalkan kemampuan pasukan bola sepak negara yang masih gagal mencapai sasaran berkenaan ketika pertandingan berprestij itu sedang berlangsung di Brazil.

Bila di tanyakan isu ini   kepada  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, beliau tidak mempunyai jawapan tentang perkara itu kerana sasaran terbabit diletakkan oleh FAM yang sepatutnya bertanggungjawab menjadikannya sebagai kenyataan.Biasalah  drama  bangau oh bangau...!!!

Bagaimanapun, Khairy berkata, beliau yakin pasukan negara akan berupaya beraksi di Piala Dunia suatu masa nanti melalui program pembangunan bola sepak yang dilaksanakan kementeriannya, namun tidak mahu meletakkan sasaran khusus seperti FAM.

"Saya bukan Presiden FAM dan tidak boleh menjawab perkara ini, cuma kita berharap melalui pelan pembangunan bola sepak yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kita akan layak ke Piala Dunia, namun tidak mahu meletakkan sasaran bila? Nanti saya kena jawab pula nanti, macam sekarang ini," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat .

Khairy berkata:"Melalui pelan pembagunan ini kita kena bermula semula dari awal. Kita sudah bincangkan sebelum ini saiz bukanlah halangan, contohnya pasukan kegemaran saya Argentina pagi tadi masih mampu mencipta kemenangan walaupun saiz pemainnya tidak begitu besar."

Katanya, masalah yang dihadapi negara sehingga masih belum berupaya melayakkan diri ke Piala Dunia adalah disebabkan tidak memberi tumpuan kepada aspek pembangunan bola sepak.

Malah beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden FAM menyedari bahawa peruntukan untuk tujuan pembangunan bola sepak cukup kecil, begitu juga persatuan negeri lebih memberi tumpuan kepada soal pembayaran gaji pemain senior.

Peruntukkan banyak mana pun ...tapi penyelewengan  di peringkat atasan  persatuan bolasepak malaysia serta  kroni kroni yang berkaitan tidak  mampu mengubah keadaan...bila mana wang menjadi sandaran dan bukan semangat cintakan negara  yang tulin  berkobar bkobar.

Selagi  pemimpin atasan  yang memegang  satu satu organisasi  enggan bertanggungjawab atas sebarang kekalahan atau kesilapan  yang boleh mengaibkan negara  dengan enggan meletakkan  jawatan seperti di negara negara yang maju dalam pelbagai bidang sukan dan  arena politik...selagi itulah  mutu apa apa  bidang di negara kita adalah lebih  teruk dengan negara afrika yang sedang bergolak...

Sampai kiamat pun tak selesai isu ini selagi kerajaan perasuah  dan mementingkan kroni  masih berkuasa...jangan mimpilah  sukan sukan berprestej  tinggi seperti  bolasepak  semakin maju dan bertaraf dunia...!!!



09 May 2014

agensi rasuah thai dapati yingluck cuai laksana tugas sementara agensi rasuah malaysia jadi pondan mendakwa najib gagal membasmi rasuah dan penyelewengan wang rakyat....!!!



YINGLUCK memegang tangan para penyokongnya di pinggir Bangkok kelmarin.

BANGKOK - Yingluck Shinawatra yang dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Mahkamah Perlembagaan kelmarin, didapati bersalah lagi semalam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) mendapati dia cuai menjalankan tugas berhubung skim subsidi beras, lapor agensi Bernama semalam.

Pihak NACC memperakukan supaya pertuduhan terhadap Yingluck dibuat berdasarkan peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dasar Beras Kebangsaan.

Jawatan itu menyebabkan dia bertanggungjawab menyelia satu skim subsidi yang menyaksikan kerajaan membeli beras petani pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran.

Yingluck kini menghadapi undian dipecat dari Dewan Senat dan jika didapati bersalah, beliau dilarang menyertai politik selama lima tahun.

Pihak NACC menyatakan, keputusan Yingluck cuai itu hanya untuk membolehkan dia didakwa di Dewan Senat manakala prosedur jenayah ke atasnya akan diteruskan.

Keputusan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri itu dibuat sebulat suara oleh anggota-anggota NACC.

Menurut NACC, Yingluck mempunyai niat untuk menyalahgunakan kuasa yang melanggar perlembagaan berkaitan pelaksanaan dasar.

Suruhanjaya itu mendapati, Yingluck mengaku tahu tentang rasuah dalam skim itu semasa prosiding tetapi dia tidak mengambil tindakan yang dianggap sebagai kecuaian.

Siasatan agensi pencegah rasuah itu menemui bukti tentang rasuah yang berleluasa dalam skim itu.

Kerajaan masih berhutang berbilion-bilion Baht dengan petani dan menyimpan lambakan beras yang tidak terjual di seluruh negara.

Pihak NACC membuat keputusan itu sehari selepas Mahkamah Perlembagaan melucutkan jawatan Yingluck dan sembilan daripada anggota Kabinetnya dalam kes berasingan membabitkan pertukaran Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan Thawil Pliensri.

Bagaimanapun, parti Thaksin Pheu Thai masih berkuasa kerana kebanyakan anggota kerajaan sementara masih memegang jawatan.

Jawatan Perdana Menteri itu dipegang Menteri Perdagangan, Niwatthamrong Boonsongphaisan yang merupakan sekutu Yingluck.

Selama berbulan-bulan, kumpulan antikerajaan telah cuba mengulingkan Yingluck, bermula dengan langkah oleh penyokong kerajaan untuk memperkenalkan rang undang-undang pengampunan.

Para pengkritik menganggap langkah itu sebagai percubaan untuk mendapatkan pengampunan untuk abang Yingluck, Thaksin Shinawatra dan membuka jalan untuk dia kembali selepas tinggal dalam buangan di luar negara.

Tindakan Yingluck itu menyebabkan protes jalanan dilakukan oleh penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat yang diketuai Suthep Thaugsuban.

Pilihan raya umum yang berlangsung pada Februari lalu diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah selepas proses pilihan raya diganggu oleh penunjuk perasaan antikerajaan yang bertapak kukuh di Bangkok dan selatan negara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menimbangkan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 20 Julai depan tetapi dibantah beberapa kumpulan pembangkang, menuntut supaya beberapa pembaharuan dilakukan terlebih dahulu.

Pada hari ini, kumpulan antikerajaan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran manakala pada Sabtu ini, kumpulan Baju Merah yang prokerajaan akan mengadakan perhimpunan.

Dalam pada itu, sebutir bom tangan dibaling ke dalam rumah seorang hakim Mahkamah Perlembagaan Thailand sehari selepas mahkamah memecat Yingluck sebagai Perdana Menteri kerana salah guna kuasa, kata polis semalam.

Seorang pegawai polis, Kamthorn Auicharoen berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan penyerang hanya mahu mencetuskan ketegangan terhadap krisis politik yang semakin meruncing di negara ini.

Pejabat sebuah bank komersial utama Thailand dan sebuah kemudahan penyelidikan saintifik turut mengalami kerosakan akibat serangan serupa pada malam kelmarin.

Mahkamah kelmarin mendapati Yingluck bersalah menyalahguna kuasa dengan menukar ketua Majlis Keselamatan Negara pada 2011 kepada jawatan lain demi kepentingan politiknya.


kisah kisah  agensi rasuah  malaysia ( SPRM )  jadi pondan  menyiasat  dan mendakwa  najib ,keluarga dan kroni kroninya  di bawah ini ...!!!




kroni kenyang sekali lagi....kos baik Pulih stadium cecah Rrm100 juta....sekali lagi duit rakyat di bazirkan....!!!!


anak mahathir jual saham berjumlah RM 818 juta....mana dia dapat duit sebanyak itu untuk membeli saham...SPRM tiada telor kah untuk menyiasat....!!!


sibuk berpolitik dan jaga gaji pengerusinya...SYABAS boleh kata bekalan air terawat BELUM CUKUP...syarikat air kroni ini dah wajar di lupuskan kewujudannya...!!!


panda di utamakan rakyat sendiri hidup melarat di pinggirkan...bagusnya kalau panda terus di tiadakan kedatangannya ke negara ini tidak di alu alukan.....!!!


malindo syarikat penerbangan proxy rosmah bini najib rasmi KLIA2


hari hari mau rompak duit rakyat itu pasal kos RM400 bilion untuk beli semula semua lebuh raya di negara ini tidak masuk akal...!!!


anak rosmah beli rumah RM110 juta di new york...mana dia dan maknya  dia rembat  duit  haram...?


Keluarga Shahrizat didakwa guna RM600k kad kredit NFC


Skandal Najib dan Altantuya disiarkan oleh Akhbar Australia pula


SPRM: Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa





02 May 2014

Umno memang ‘pondan’ jika tak turut serta bentang rang undang-undang hudud...!!



Umno 'pondan' sekiranya tidak membantu PAS dalam membentangkan rang undang-undang pelaksanaan hudud di Parlimen.

Inilah masa bagi Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keikhlasan dengan membentangkan rang-rang undang Islam itu dilaksanakan di Kelantan.

Apa kemahuan dan keberanian Umno, dia kerajaan, sekarang ini kalau dia bukan 'pondan', dia bawalah rang undang-undang hudud ke Parlimen.

Ia tidak harus dibentangkan secara pensendirian, Umno dan Barisan Nasional (BN) kena pastikan ahli Parlimen mereka hadir untuk mengundi rang undang-undang tersebut.