keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label di dakwa. Show all posts
Showing posts with label di dakwa. Show all posts

03 July 2014

bekas presiden perancis patut berhijrah ke negara ini...jaminan kerajaan UMNO-BN boleh beri imuniti dari tuduhan rasuah ...!!!



SARKOZY (tengah) dibawa menaiki sebuah kereta polis di Paris kelmarin...malang sungguh  beliau .



untungnya  beliau dapat  imuniti dari  negara ini...rakyat bodoh penyokong jumud  parti  beliau yang memberi imuniti kepada  mangkuk hayun ini.


PARIS - Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa kerana melakukan rasuah dan menyebarkan pengaruhnya, kata pihak pendakwa raya semalam.

Tindakan yang difailkan pendakwa raya itu akan menjejaskan peluang Sarkozy kembali aktif dalam bidang politik.

Keputusan itu dibuat selepas bekas Presiden itu disoal siasat selama 15 jam.

Sarkozy juga merupakan bekas ketua negara ini yang pertama ditahan berhubung satu siasatan jenayah.

Dia ditahan di sebuah balai polis di pinggir Paris berhubung satu percubaan untuk mempengaruhi keputusan perbicaraan mahkamah dalam kes rasuah melibatkannya.

Menurut pendakwa raya, selepas ditahan, Sarkozy dihadapkan di depan seorang hakim untuk didakwa berasaskan bukti-bukti awal.

Dia kemudian dibebaskan semasa siasatan berhubung kesnya itu sedang berlangsung.

Sarkozy akan dihukum sehingga 10 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.

"Situasi itu serius dan dakwaan tersebut juga serius," kata Perdana Menteri, Manuel Valls kepada stesen televisyen BFM.


01 July 2014

majikan jamin ibu firdaus sementara tunggu bicara



Seremban: Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 40, dibebaskan dengan jaminan selepas wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim's Airline Catering (BAC) membayar wang jaminan berjumlah RM7,000 di Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, semalam.

Terdahulu, wanita terbabit mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu didakwa sengaja mengabaikan anaknya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi serta dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan tidak berpatutan.

Lolanopita berdepan dua tuduhan itu pada Jumaat lalu dan mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Dua wakil syarikat itu kelihatan masuk ke kompleks mahkamah pada jam 3.30 petang dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Innova sebelum ke kaunter bayaran. Turut hadir peguam Lolanopita, Hanif Hassan.

Difahamkan, wang jaminan terbabit dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja terbabit terhadap nasib menimpa Lolanopita.

Lolanopita yang hadir ke mahkamah dengan diiringi polis kelihatan memakai tudung berwarna merah jambu dan menutup mukanya sebaik menyedari gambarnya dirakam media.

Dia perlu hadir semula ke Mahkamah Sesyen, di sini, pada 24 Julai ini untuk sebutan semula kes.

28 June 2014

ibu remaja OKU yang di temui kurus kering tidak sedih bila di dakwa di hadapan Hakim Mahkamah



LOLANOPITA didakwa di Mahkamah Sesyen 1, kelmarin.

Seremban: Tiada reaksi sedih terpapar pada wajah ibu kepada remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang berdepan dua pertuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 ketika prosiding kesnya didengar di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh di Mahkamah Sesyen 1, di sini, kelmarin.

Ketika diiringi masuk oleh anggota polis wanita dari lokap mahkamah ke kandang pesalah pada jam 10 pagi, Lolanopita Sadi, 40, yang memakai baju lokap warna jingga dan bertudung merah jambu kelihatan tenang serta hanya menoleh sepintas lalu ke galeri awam.

“Saya tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan,” katanya dalam nada perlahan sambil menggelengkan kepala sejurus ditanya jurubahasa mahkamah yang membaca dan menerangkan pertuduhan kepadanya.

Dalam prosiding hampir setengah jam itu, galeri awam padat dengan wartawan dan orang awam yang mengikuti kes terbabit.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini, antara Januari hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.



anaknya yang di biarkan kurus kering..gambar sebelah remaja OKU sebelum di temui kurus kering .

Sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu, tertuduh boleh didenda maksimum RM20,000 atau dipenjarakan sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, Lolanopita berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 33 (c) akta sama kerana dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan tidak berpatutan di tempat sama jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.

Pendakwaaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.

Terdahulu, Hanif memohon anak guamnya dilepaskan dengan ikat jamin paling minimum sementara menunggu perbicaraan selesai atas alasan tertuduh mempunyai tanggungan dua anak iaitu mangsa dalam kes itu dan adiknya berusia tujuh tahun.

27 June 2014

Ibu remaja OKU yang di jumpai kurus kering dituduh di mahkamah mengabai dan meninggalkan anak sendiri



lola di dakwa mengabai anak sendiri



anak lola yang di abaikan oleh ibunya ...


Seremban: Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas dua kesalahan iaitu sengaja mengabaikan anaknya itu sejak Januari lalu hingga minggu lalu dan membiarkannya tanpa pengawasan.

Lolanopita Sadi, 40, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-5-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini.

Bagi pertuduhan pertama, pekerja pembantu penyajian di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di rumah mereka antara Januari lalu hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda hingga RM20,000 atau penjara 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membiarkan anaknya itu tanpa pengawasan yang berpatutan pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 33(c) Akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau keduanya sekali.

Pendakwaaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili Peguam Hanif Hassan.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh, menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kes pada 24 Julai depan.