keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label awas. Show all posts
Showing posts with label awas. Show all posts

14 June 2014

dah melampau ...minyak babi digunakan supaya mee kuning tahan lama...err JAKIM dan menteri agama buat apa...goyang buah sendiri ke sambil makan komisen...?



Sebelum terlambat ingin saya kongsikan disini,  kebanyakkan produk mee diluar yang diproses oleh orang bukan islam perlu berjaga-jaga kerana ada yang menggunakan minyak babi untuk mengelakkan ia lekit. Nak tahu caranya mudah saja. Apabila kita beli sebungkus mee kuning dikedai dan disimpan didalam peti ais semalaman, jika kita masih nampak bentuk mee kuning yang jelas dan cantik, maka maknanya ia munggunakan minyak babi.

Kerana molekul-molekul dalam minyak babi ini boleh memberi tahan kepada struktur mee. Tetapi jika kita bila mee kuning yang diproses oleh bumiputra biasanya struktur mee kuning selepas keluar daripada peti ais, daripada plastik kita dah nampak 'blur' dan tidak jelas kerana molekul-molekul minyak sawit tidak boleh memberi tahan kepada bentuk mee ini.

Oleh itu belilah mee kuning buatan bumiputra. Selain selamat kandungan asid borik kurang. Fungsi asid borik ini untuk menjadikan mee kuning supaya tahan lama. Jika kita simpan mee kuning berhari-hari dan ia masih elok itu tandanya kandungan asid borik adalah tinggi. Maka janganlah kita suka sangat ya,

Sampai-sampaikan mesej ini, supaya kita terlepas soal jawab disana nanti. .

20 May 2014

awas taktik licik penjenayah bangsat untuk menjadikan kita mangsa



Malam tadi sekitar pukul 12.30 pagi saya melalui jalan biasa untuk ke KLIA.Ketika pulang melalui jalan LBJ-Seremban2 10km dari Jayajusco tiada satu kenderaan yang kelihatan.dengan tidak semena-mena terdengar bunyi dentuman kuat dicermin hadapan yang mengejutkan kami.

Apabila diamati segumpal tanah seolah-olah di baling oleh seseorang.wah! Terlintas dibenak fikiran ini pastinya taktik jenayah untuk membuatkan kami berhenti dengan membersihkan tanah yang menghalang pandangan.

Syukur kepada Allah swt saya meneruskan perjalanan dengan keadaan cermin hadapan yang sedikit kabur....

kesimpulannya,

1.jangan berhentikan kenderaan anda di kawasan sunyi tanpa pengguna jalan raya yg lain.

2.sekiranya tanah ataupun telor pada cermin anda,jangan gunakan wiper kerana ia akan mengaburkn lagi pandangan.

3.hati-hati dengan taktik licik lanun darat.


JANGAN BERHENTIKAN KENDERAAN JIKA DIBALING TELUR DI BAHAGIAN CERMIN HADAPAN




Ini adalah peringatan yang tak pernah jemu kami kongsikan. Jika anda memandu di waktu malam dan ada telur dibaling ke cermin hadapan kereta, pastikan jangan berhenti dan terus memandu ke kawasan orang ramai atau ke Balai Polis.

Juga jangan sesekali menggunakan wiper untuk membuang telur tersebut kerana telur bercampur air jika di'wiper, akan menghilangkan kejelasan pandangan cermin depan sehingga 92.5%. Jika ianya berlaku, pastinya anda akan berhenti di tepi jalan dan terus akan menjadi mangsa rompakan secara berkumpulan.

Ini adalah teknik yang semakin popular digunakan perompak jalanan tetapi kesedaran masih kurang pada ramai pemandu di Malaysia.

18 May 2014

berhati-hati dengan ‘tunjuk, henti & samun’



Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya.

Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:


• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron.

2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.

01 May 2014

taktik solat dulu, baru curi’ dalam surau



BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecurian di surau yang sepatutnya menjadi tempat beribadah oleh umat Islam, malah sudah berkali-kali. Kali ini, pencurinya merupakan kaum Hawa yang menggunakan taktik ‘solat dulu, baru curi’. Wanita didalam gambar tersebut adalah seorang pencuri yang menggunakan surau sebagai modus operandi beliau.

Kejadian sebenar berlaku di Hostpital Putrajaya semalam sewaktu solat Asar . Suspek mempunyai modus yang sungguh JIJIK. Beliau akan masuk menunaikan solat di surau tersebut apabila melihat ada mangsa yang membawa handbeg kedalam surau. Beliau akan sembahyang di sisi tetapi meninggal saf lebih awal kerana 'MEMBEDAL' handbeg2 yang.

Rumah ALLAH SWT yang suci dijadikan tempat untuk mencuri. Semoga beliau si keji bakal mendapat balasan setimpal dengan perbuatan. Untuk warga HM sila berhati-hati dengan taktik licik ini. Laporan Polis telah dibuat di IPD Putrajaya dengan salinan gambar dari CCTV hospital Putrajaya. Terima kasih kepada staff security hospital yang memberi bantuan penuh

29 April 2014

bahaya produk kesihatan on line





KUALA LUMPUR – Jangan mudah terpedaya membeli ubat atau produk kecantikan melalui Internet, tanpa pengesahan pendaftarannya, kerana ia mungkin produk yang memudaratkan kesihatan.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail berkata walaupun penjualan ubat melalui Internet kini semakin popular, namun pengguna perlu sedar kementerian tidak pernah mengesahkan sesuatu produk yang diiklankan atau dijual melalui Internet itu selamat untuk digunakan.

Jangan terlalu cepat percaya dengan testimoni keterlaluan tanpa mengenal pasti produk terlebih dahulu yang menyebabkan pengguna tertipu atau lebih malang menjadi mangsa produk yang tidak mendapat kelulusan, katanya.

“Pastikan produk-produk ini berdaftar dengan KKM iatu mempunyai nombor pendaftaran dan label keselamatan hologram Meditag.

“Bagi produk makanan atau minuman tambahan, periksa label kandungannya terlebih dahulu, sebelum membeli manakala bagi produk kosmetik, semak status notifikasi sebelum membuat pembelian,” katanya kepada Bernama di sini.

Mazlan berkata produk berdaftar akan diberi satu nombor pendaftaran khusus seperti MAL20001564T, yang perlu dilekatkan bersama label keselamatan hologram Meditag, pada bungkusannya.

Bagi produk kosmetik pula, perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) KKM sebelum dipasarkan dan contoh nombor notifikasi ialah NOT120602463K.

“Oleh yang demikian jika membeli secara ‘online’ sukar untuk memastikan status pendaftaran ini, sebaiknya (elok) beli di luar dengan mendapatkan maklumat yang tepat mengenainya daripada ahli farmasi atau daripada pegawai perubatan klinik atau premis farmasi,” katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata sepanjang tahun lalu sebanyak 33,704 produk tidak berdaftar dengan KKM dirampas, dengan nilai rampasan sebanyak RM43,220,070.

Katanya produk-produk ini dirampas melalui aktiviti penguatkuasaan seperti serbuan dan pemeriksaan ke atas premis dan saringan di pintu masuk negara.

“Sepanjang tahun yang sama juga sejumlah 1,061 ubat dan suplemen kesihatan telah didaftarkan manakala sejumlah 69,925 notifikasi diluluskan ke atas produk komestik,” kata Mazlan.

Bagi menjamin keselamatan pengguna, KKM menjalankan prosedur yang ketat sebelum mendaftarkan sesuatu produk.

Katanya semua produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan PBKD bagi menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesannya.

“Kami akan membuat pemeriksaan ke atas premis dan proses pengilangannya untuk memastikan mereka mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP), selepas itu penilaian data akan dilakukan oleh PBKD untuk meluluskan permohonan tersebut atau tidak,”

“Selepas itu satu nombor pendaftaran akan dilekatkan bersama label keselamatan hologram Meditag pada bungkusannya, manakala bagi kosmetik akan diberikan notifikasi sebelum dipasarkan,” kata Mazlan.

Dalam usaha memberi kesedaran kepada pengguna pula, beliau berkata pihaknya mengadakan dialog bersama para peniaga secara berkala termasuk kempen-kempen di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

“Ini sebagai langkah proaktif bagi memberi pendidikan dan maklumat kepada orang awam dalam memilih produk berdaftar dan bernotifikasi daripada KKM serta membantu mereka mengelak terbeli produk palsu atau yang tidak mendapat kelulusan,” katanya.

19 April 2014

sila awasi gajet anak anda ...di khuatiri ada unsur luncah terutamanya melalui aplikasi youtube dan google play



Baru berusia lapan tahun tapi sudah pandai menonton video muzik Barat dengan tarian seksi di YouTube, malah mampu memuat turun aplikasi lucah dan sebagainya.

Ribuan ibu bapa di negara ini yang khuatir kebanjiran aplikasi lucah dalam laman web boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada bahan lucah sejak kecil.

Ini berikutan majoriti ibu bapa berusia lingkungan 20-an hingga 50-an memiliki telefon pintar yang memiliki akses Internet, sekali gus memudahkan anak kecil mengakses bahan lucah jika tiada pemantauan ibu bapa.

Selain itu, kebanyakan kanak-kanak di peringkat usia lima tahun didedahkan kepala penggunaan gajet seperti telefon pintar dan tablet oleh ibu bapa dengan tujuan membuatkan mereka ‘senyap’ selain mengelak berkelakuan nakal.

Malah  ada di antara anak  anak mereka  menjadi  cekap mengendalikan gajet seperti iPhone, iPad dan komputer kerana sejak kecil lagi dibiasakan dengan barangan terbabit.

Mungkin disebabkan  terlalu memanjakannya dengan membeli gajet sebagai ‘permainan’ untuknya, dia bersifat agresif dan ingin tahu pelbagai perkara, termasuk yang negatif

Oleh kerana  itu  ada ibu bapa yang  tak sangka anak mereka  boleh memuat naik aplikasi lucah seperti koleksi gambar gadis berbikini dan menonton tarian mengghairahkan di YouTube.

Tidak mungkin anak mereka belajar mengenai perkara itu di sekolah, lebih-lebih lagi jika anak itu  baru memasuki tahun dua sebuah sekolah rendah di ibu kota.

Nak kata terpengaruh dengan rakan, mustahil juga. Lagipun, semua di dalam kelasnya sama usia dengannya. Takkan baru darjah dua sudah pandai melihat bahan lucah seperti ini?

Peredaran zaman dan kecanggihan teknologi sekarang bukan lagi mainan  orang dewasa. Tidak sangka anak kecil berusia lapan tahun lebih bijak dalam hal ini. Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan merosakkan fikirannya.

Sebagai ibu bapa  tidak boleh salahkan anak yang tak tahu apa- apa. Kita sebagai ibu bapa yang patut dipersalahkan.

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengawal tindak-tanduk anak mereka lebih-lebih lagi berkenaan gajet dan Internet.

Sekarang segala-galanya di hujung jari. Budak-budak akan lebih cepat mempelajari perkara ini berbanding orang dewasa. Saranan kita  kepada ibu bapa, lebih baik bertindak awal sebelum keadaan menjadi lebih parah .

Walaupun dari satu sudut kecanggihan teknologi ini ada baiknya, ia tetap perlu dikawal ibu bapa.




Aplikasi mudah dimuat turun menerusi ‘gedung’ perisian aplikasi berselindung di sebalik konsep jaringan sosial dan permainan, sedangkan ia sebenarnya bertujuan mempromosi kegiatan lucah atau berkaitan seks.

Cerita Seks Melayu, Rahsia Seks, Cerita Panas Melayu, Suara Seks dan Audio Sex Chat antara yang popular dalam kalangan pengguna telefon pintar yang mendapat muat turun tinggi.


18 April 2014

awas...mi segera boleh membawa maut dengan segera



KUALA NERANG – Seorang pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama (SMA) As Siddiqiah Al Islamiah, Naka dekat sini meninggal dunia selepas makan mee segera malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu Mohamad Daud Shariff, 18, sebelum itu dikatakan makan mee segera sebelum tidur di bilik asrama bersama beberapa rakan yang lain.

Rakan mangsa, Mohamad Hisham Zainol, 17, berkata sebelum itu mereka terdengar bunyi dengkuran kuat dan menganggap ia perkara biasa kerana semua pelajar keletihan setelah bermain bola pada sebelah petang.

Katanya mereka hanya mengetahui kejadian itu selepas guru mereka yang melakukan rondaan terdengar bunyi dengkuran yang kuat dan memeriksa bilik itu.

“Sebaik lampu asrama dihidupkan ternampak mulut arwah sudah berbuih dan mee segera yang dimakannya sebelum itu turut terkeluar. Kami cuba panggil nama dia beberapa kali tetapi dia tidak bergerak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Sementara itu Pengetua SMA As Siddiqiah Al Islamiah, Mohd Sidek Junus, berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia ketika tiba di sana.

Mangsa berasal dari Kampung Kuala Beris, Sik menuntut di sekolah itu sejak tiga tahun lepas dalam pengajian tahfiz sejak berusia 15 tahun, katanya.

Beliau berkata Allahyarham seorang pelajar yang baik dan aktif dan sepanjang tiga tahun arwah belajar di sekolah itu beliau tidak pernah mengalami sebarang penyakit serius.

Ketua Polis Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi berkata pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

24 March 2014

berhati-hatilah ketika membuka pautan berkaitan MH370



Sejak beberapa minggu ini, berita berkenaan kehilangan misteri kapal terbang MH370 telah hangat diperkatakan. Perkara ini sekaligus membuatkan beberapa pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil peluang dengan menyertakan beberapa pautan berbentuk malware.

Bercakap mengenainya, hari ini pihak SKMM sekali lagi mengingatkan pengguna supaya berhati-hati ketika membuka pautan berita berkaitan dengannya. Selain beberapa pautan yang membawa kepada berita yang tidak tepat, sebahagian daripadanya juga turut menyertakan pautan berbentuk malware yang menghantar spam kepada kenalan anda di laman sosial.

Disamping pautan web, anda juga turut dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memuat-turun aplikasi berkaitan dan menyemak senarai kebenaran yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya.

03 March 2014

nak kaya akhirnya jadi kayap...di tipu kenalan internet



gambar hiasan

Teruja bakal memperoleh wang wasiat berjumlah RM10 juta mengakibatkan seorang jururawat kini menanggung hutang hampir RM1 juta selepas diperdaya dengan kisah ‘barah payudara’ dihantar sindiket penipuan Internet.

Kes jururawat itu satu daripada 91 kes penipuan Internet dikesan polis Perak.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina, 38, ketika ditemui wartawan berkata, dia kelabu mata apabila ‘digula-gulakan’ dengan wasiat itu dan sanggup meminjam wang daripada bank dan ceti haram (along) hanya kerana yakin bakal ‘dihujani duit’ seperti dijanjikan.

Azrina yang bertugas di sebuah klinik di sini, mendakwa mula berkenalan dengan wanita bernama Siti Zaleha di laman sosial Facebook sekitar penghujung 2012.

Menurutnya, wanita itu mendakwa seorang ahli perniagaan di United Kingdom mulanya hanya mahu berkenalan sambil saling bertukar gambar dan kisah hidup dilalui.

“Mulanya saya langsung tidak berasa syak berikutan persahabatan kami berlangsung dalam tempoh masa agak lama.

Pada masa sama wanita itu mendakwa menderita penyakit barah payudara dan berkemungkinan menemui ajal dalam masa terdekat.

“Saya percaya sepenuhnya dengan kisah itu apatah lagi tugas harian saya berhadapan dengan pelbagai pesakit di hospital.

27 February 2014

laa..ingat mat bangla buat kerja haram....rupanya...betina melayu yang hantam duit haram



Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan Semambu, Kuantan.

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"

Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .

Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..

"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.




My Media Hub

17 February 2014

awas kosmetik beracun



Kuala Lumpur: Kegilaan mendapatkan kosmetik secara online yang menjadi fenomena baru di kalangan remaja tidak kira perempuan atau lelaki untuk muka tampil cerah menawan ternyata membawa azab kepada segelintir mereka apabila muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan kosmetik beracun. Ini berikutan mereka terlalu mudah diperdaya dengan ‘jaminan kualiti produk’ serta pelbagai ‘testimoni pengguna’, di blog serta laman sosial Facebook, kononnya kosmetik yang ditawar berkesan dalam tempoh sesingkat tiga hari. 

Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di laman Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata, dia terpaksa mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi bintik halus merah seakan ruam panas. “Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah.

Apa yang terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk. “Sehari selepas pembayaran dibuat, produk yang diidam sampai di depan rumah. Menurut label pada kotak, saya boleh melihat kesannya selepas tiga hari dan jaminan diberi ternyata menjadi,” katanya ketika ketika ditemui di rumahnya di Sungai Besi.

16 February 2014

hati hati ketika beli belah di pasar raya



Pusat membeli belah walaupun yang ternama di negara ini masih lagi tidak jujur apabila berurusan dengan pelanggan. Hal ini kerana banyak lagi perlu diatasi dan diperbetulkan dalam mengendalikan soal jual beli. Sikap tidak jujur atau sengaja untuk menipu pelanggan tidak dapat disembunyikan lagi yakni ada barangan yang dipamerkan sudah luput tarikh.

Keduanya, barang yang dipamerkan itu walaupun diletakkan harganya tetapi apabila membuat bayaran dikaunter bayaran dan diimbas harganya sudah berlainan dengan harga yang ditawarkan itu ditempat barang tersebut diambil.

Ketiganya masih terdapat jualan barangan atau makanan yang sudah hampir busuk dan tidak layak bagi manusia makan dijualkan. Walaupun dijual dengan harga murah tetapi demi menjaga kesihatan pelanggan dan imej pasaraya yang besar dan ternama itu sendiri sepatutnya elakkan jual barang-barang yang busuk. 

Begitu juga barang basah saperti ikan, sotong, udang dan ketam - selalu didapati sudah tidak segar tetapi masih dijual dengan harga yang agak mahal. Kini harga udang saiz kecil pun sudah mencecah RM32 sekilogram dan begitu juga sotong yang nampak sudah kurang segar berharga RM22 sekilogram. Ikan juga begitu agak mahal juga apabila dibandingkan dengan barang basah dipasar tani.

Namun, dalam tinjauan rambang, saya dapati ada juga pasar raya menjaga kredebilitinya seperti pasar raya Maidin. Harga barangannya berpatutan dan mereka mempamerkan harganya mengikut harga apabila diimbaskan dan barangannya juga bermutu dan segar. Saya menyarankan agar semua pasar raya mengekalkan sikap telus dan menjaga mutu barang jualannya.

Kita juga menyarankan supaya Lembaga Tabung Haji melabur dalam sektor industri pemakanan atau membuka pusat beli belahnya sendiri dengan menjual segala keperluan barang dapur yang halal lagi bersih terutamanya barangan yang diusahakan oleh bumiputra. Kaedah sebegini mampu menghapuskan sikap tamak dan cuba memonopolikan harga sesuatu barangan tersebut

15 February 2014

ejen cari jodoh di facebook yang melampau



Bagaimana jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal? Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi. Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, siasatan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya tidak munasabah. Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa laman Facebook itu. Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu.

14 February 2014

awas hati hati dengan lif...tragedi kepala ‘dipancung’ lif




Moscow: Seorang wanita mati di hadapan anaknya yang berusia dua tahun dalam satu kemalangan lif di kediaman mereka yang menyebabkan kepalanya putus. Olga Tilinina, 20, bersama anaknya hendak menaiki lif di tingkat bawah kediaman mereka apabila pintu lif tiba-tiba tertutup. Separuh badan Olga tersepit pada pintu lif dan selebihnya terperangkap di dalam. Olga bagaimanapun sempat menolak anaknya keluar sebelum lif itu bergerak naik.

Lif yang terus bergerak naik itu menyebabkan kepala dan badannya terputus. Menurut laporan media tempatan, kepala wanita berkenaan ditemui di tingkat bawah manakala badannya ditemui di tingkat dua selepas lif berkenaan terhenti di situ. Rakan keluarga berkenaan, Mikhail berkata: “Mangsa baru pulang daripada bersiar-siar bersama anaknya dan ingin menaiki lif tetapi pintu lif tertutup tiba-tiba.” “Olga berjaya menolak anaknya keluar sebelum separuh badannya tersepit pada pintu dan bahagian atasnya melanggar lantai konkrit ketika lif bergerak naik. “Keadaannya sangat mengerikan dengan badannya terputus dan isi perutnya terburai,” kata rakannya itu. “Yang paling menyedihkan, kejadian berlaku di depan mata anaknya yang masih kecil,” kata seorang petugas kecemasan ketika ditemui.

Sebelum itu, suami Olga, Dmitry, 24, menaiki lif yang sama membawa seorang lagi anak mereka Egor berusia setahun selepas keluarga itu keluar bersiar-siar. Dalam keadaan trauma, anak mereka, Maxim hanya boleh berkata “Mama...kaki” apabila menemui bapanya yang juga terkejut dengan kejadian berkenaan. Sebagai tanda ingatan kepada isterinya, Dmitry menulis dalam status di laman sosialnya: “Saya kehilangan seorang yang sangat saya cintai.” Dia dalam usaha memfailkan saman ke atas syarikat penyelenggaraan apartmen itu kerana kecuaian mereka hingga menyebabkan kemalangan ngeri itu. Pihak berkuasa Russia sudah mula melancarkan siasatan mengenai kejadian itu. Seorang penduduk aparmen berkenaan berkata, sudah banyak aduan dibuat mengenai lif itu yang dibina sejak era Soviet.