keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label aduan. Show all posts
Showing posts with label aduan. Show all posts

02 March 2014

klinik swasta pulak buat hal...bayi melecur selepas di rawat



ALOR SETAR - Seorang bapa melahirkan rasa kesal terhadap kecuaian sebuah klinik swasta di sini yang didakwa tersalah memberi ubat sehingga menyebabkan seluruh tubuh anak sulungnya melecur teruk selepas menjalani rawatan pada 16 Februari lalu.

Penyelia stesen minyak, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, mendakwa telah membawa anaknya yang berusia lapan bulan, Muhammad Nasrullah ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan penyakit ruam yang dialami di bahagian paha dan perut.

Beliau mendakwa, selepas selesai menjalani pemeriksaan, doktor terbabit memberitahu, anaknya menghidap ruam biasa sebelum memberikan empat jenis ubat iaitu dua ubat sapu dan dua lagi untuk dimakan.

"Saya ikut segala arahan yang diberikan doktor berkenaan. Pada hari pertama, keadaannya biasa sahaja namun pada hari kedua seluruh kulit anak saya berubah kemerah-merahan seperti terbakar.

"Lebih membingungkan, keadaan itu juga menyebabkan seluruh tubuhnya menjadi bengkak dan melecur menyebabkan dia hanya menangis setiap hari kecuali pada waktu tidur," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Jalan Stadium di sini semalam.

22 February 2014

doktor pelatih cuai..?



KUALA LUMPUR - Seorang bapa kecewa apabila anak lelaki tunggalnya berusia 11 bulan yang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor meninggal dunia selepas enam hari terjatuh dari katil hospital berkenaan ketika ditinggalkan bersendirian.

Menurut bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Fakhrul, 30, anaknya, Adam Faris dimasukkan ke hospital berkenaan pada 12 Februari lalu akibat kekejangan selepas terjatuh di rumah pengasuhnya di Shah Alam pada hari sama.

Katanya, selepas dirawat, anaknya telah sedar dan diberi ubat pelali sebelum proses pengimbasan di bahagian kepalanya dilakukan.

"Selepas selesai proses pengimbasan, doktor memberitahu anak saya tidak mengalami pendarahan serius di kepala dan akan pulih.

"Saya kemudian diarah meninggalkan Adam di atas katil setinggi satu meter yang tidak mempunyai penghalang di dalam bilik rawatan berikutan doktor pelatih mahu mengambil darah," katanya  semalam.




18 February 2014

kerajaan mana pulak yang buta kayu ini..?...tak peka nasib pembeli yang rumah dibeli 14 tahun belum siap...!!!



GEORGE TOWN - Sekumpulan pembeli rumah Taman Seri Sayang di Balik Pulau dekat sini meminta kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan masalah rumah mereka yang belum siap sejak 14 tahun lepas. Noordin Ahmad, 53, yang mewakili 63 pembeli berkata, mereka membeli rumah di Jalan Genting, Balik Pulau itu semasa projek itu dalam pembinaan pada 2000 dan pemaju memberi jaminan rumah akan siap pada 2002.

Bagaimanapun sehingga sekarang rumah itu yang dijual pada harga RM94,500 hingga RM275,000 seunit masih belum siap sepenuhnya. "Projek itu melibatkan 38 unit pangsapuri kos sederhana, 14 unit rumah kedai dua tingkat dan 11 rumah teres dua tingkat, kami terpaksa menanggung hutang sejak 14 tahun lepas kerana kediaman tidak siap hingga hari ini. "Bila kami minta penjelasan daripada pemaju, mereka memberi pelbagai alasan.

Pihak pembeli pernah beberapa kali membuat aduan mengenai perkara ini kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang membeli sebuah rumah kedai untuk menjalankan perniagaan buku, terpaksa menanggung hutang RM2,500 setiap bulan dan dalam masa sama terpaksa menyewa kedai lain untuk menjalankan perniagaan.

15 February 2014

rumah beli mahal kualiti macam sial...pemaju lepas tangan...ada unsur rasuah..?



gambar hiasan

Putrajaya: Pembeli Perumahan Penduduk Kejiranan Kenanga (PPKK) di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi mendakwa wujud penyelewengan sepanjang proses pembinaan 144 unit rumah di kawasan itu berikutan keadaan rumah didiami kerap mengalami keretakan dinding, bumbung bocor dan bahan binaan yang tidak berkualiti. Lebih menyedihkan, keadaan bertambah buruk apabila pemaju perumahan sering lepas tangan setiap kali aduan diajukan penduduk.

Berikutan itu, wakil penduduk PPKK menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meminta agensi itu melakukan siasatan terhadap pemaju perumahan berkenaan. Pengerusi PPKK Adi Hafiz Al’ Azmy berkata, mereka mahu SPRM menyiasat pemaju perumahan untuk mengetahui sama ada pembinaan rumah di situ mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) yang betul atau sebaliknya.

Menurutnya, penduduk mengesyaki wujud penyelewengan dalam proses pembinaan rumah berkenaan kerana sikap tidak ambil kisah pemaju perumahan setiap kali aduan dikemukakan kepada mereka. “Kami pernah memeriksa status tanah berkenaan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 2012 dan mendapati status tanah adalah kosong sedangkan rumah sudah siap dibina, malah kami turut menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). “Kami hairan bagaimana status tanah mengatakan tempat itu kosong sedangkan kami sudah menerima CCC,” katanya sebelum membuat laporan di SPRM, semalam.

Pada 5 Januari lalu, akhbar ini melaporkan, 71 daripada 144 pembeli PPKK di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi membuat aduan kepada pemaju selepas kecewa dengan kualiti kediaman dihuni sejak setahun lalu. Perumahan berkenaan yang dijual pada harga antara RM300,000 hingga RM600,000 siap pada Mei 2012 sebelum pemaju menyerahkan kunci rumah kepada pembeli sebulan kemudian. Antara kerosakan termasuk retakan dinding dan pagar, kemasan lantai kosong, bumbung bocor, pili dan tombol pintu mudah rosak, tekanan air rendah serta pemasangan pendawaian elektrik dan paip tidak sempurna.