keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts

08 July 2014

madonna hina masyarakat islam...?




IMEJ terbaru Madonna berhijab di laman Instagram miliknya.


California: Madonna sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila berani tampil menyiarkan gambar terbaru pakaian pilihannya niqab.

Ratu Pop berusia 55 tahun itu berkongsi gambarnya dengan peminat Instagram menunjukkannya memakai niqab minggu lalu, membuatkan 1.6 pengikut bingung dengan penampilan yang dianggap baru itu.

Gambar itu disiarkan dengan ‘hashtag’ yang tidak langsung menjelaskan perbuatannya malah seolah-olah seakan tidak mempedulikan apa difikirkan peminatnya.

Penyanyi lagu Material Girl itu sebelum ini juga pernah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam apabila membuat kemunculan tahun lalu memakai topeng rantai besi seperti purdah dengan keterangan ‘Revolusi cinta bermula, Insya-Allah.’

Pada 1998, Madonna pernah memakai pakaian Geisha ketika membuat video muziknya yang menimbulkan kemarahan peminat dari Asia.

Sikap Madonna yang acuh tidak acuh itu dilihat disebabkan tidak mempunyai pemahaman sewajarnya mengenai adat dan budaya negara lain, malah dia dikatakan memandang remeh prinsip serta nilai di sebalik pemakaian niqab sebagai simbol kesopanan wanita Islam.

Bagaimanapun, Ratu Pop itu tidak memberikan ulasan lanjut mengenai gambar berkenaan.

03 July 2014

bekas presiden perancis patut berhijrah ke negara ini...jaminan kerajaan UMNO-BN boleh beri imuniti dari tuduhan rasuah ...!!!



SARKOZY (tengah) dibawa menaiki sebuah kereta polis di Paris kelmarin...malang sungguh  beliau .



untungnya  beliau dapat  imuniti dari  negara ini...rakyat bodoh penyokong jumud  parti  beliau yang memberi imuniti kepada  mangkuk hayun ini.


PARIS - Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa kerana melakukan rasuah dan menyebarkan pengaruhnya, kata pihak pendakwa raya semalam.

Tindakan yang difailkan pendakwa raya itu akan menjejaskan peluang Sarkozy kembali aktif dalam bidang politik.

Keputusan itu dibuat selepas bekas Presiden itu disoal siasat selama 15 jam.

Sarkozy juga merupakan bekas ketua negara ini yang pertama ditahan berhubung satu siasatan jenayah.

Dia ditahan di sebuah balai polis di pinggir Paris berhubung satu percubaan untuk mempengaruhi keputusan perbicaraan mahkamah dalam kes rasuah melibatkannya.

Menurut pendakwa raya, selepas ditahan, Sarkozy dihadapkan di depan seorang hakim untuk didakwa berasaskan bukti-bukti awal.

Dia kemudian dibebaskan semasa siasatan berhubung kesnya itu sedang berlangsung.

Sarkozy akan dihukum sehingga 10 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.

"Situasi itu serius dan dakwaan tersebut juga serius," kata Perdana Menteri, Manuel Valls kepada stesen televisyen BFM.


01 July 2014

macam macam hal bila perangai dah tak semengah...bakar perempuan simpanan suami



Shi sebelum cuba membunuh diri.

Yunnan: Seorang wanita menyimbah petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri.

Kejadian berlaku kelmarin apabila suspek yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Shi, menyimbah mangsa dengan petrol di luar sebuah warung kopi.

Wanita itu mendakwa perempuan simpanan suaminya memaksa dia bercerai.


Mangsa kemudian rebah dan mati di tempat kejadian.


Mayat itu rentung hingga tidak dapat dikenali.

Selepas serangan itu, Shi meminum racun serangga dan cuba mengelar dirinya dengan pisau tetapi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital.

Menurut pemilik warung itu, Shi datang dengan berpakaian serba hitam dan mengekori mangsa sambil memegang baldi berisi petrol.

Apabila tiba di warung itu, Shi bertanya kepada mangsa: “Adakah kamu yang mendampingi suami saya?”

Tanpa menunggu jawapan daripada mangsa, Shi menyembur serbuk lada ke muka wanita itu dan berlari mengambil baldi berisi petrol lalu, menyimbah wanita berkenaan dan membakarnya.

nyaris maut tertusuk batang besi




TIGA batang besi menusuk badan Lovely.

Patna (India): Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat walaupun selepas anggota tubuhnya tertusuk besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.

Tiga batang besi tertusuk menembusi badannya mengakibatkan mangsa cedera teruk.


Kejadian dikatakan berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan.


Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna.

Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam.

Keadaan Lovely kini dilapor stabil.

“Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan,” kata Dr KN Sinha.

Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius.

“Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya

ntah apa apa dia orang nie.......pecah telur guna kepala



GOLONGAN kanak-kanak tidak ketinggalan menyertai pertandingan memecahkan telur menggunakan kepala di Lincolnshire, Britain.

SWATON, Lincolnshire - Satu pertandingan memecahkan telur menggunakan kepala atau lebih dikenali dengan 'Russian Roulette' telah dianjurkan di sini baru-baru ini oleh penduduk tempatan, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Pertandingan yang memerlukan peserta memecahkan telur dengan cara yang paling kasar itu telah diperkenalkan oleh Persatuan Membaling Telur Sedunia sejak tahun 2004.

Selain perlawanan memecahkan telur menggunakan kepala, acara itu juga bagi mengenal pasti sama ada ia cengkerang kosong atau tidak.

Pelbagai peringkat usia menyertai pertandingan itu selain mereka dibenarkan untuk memakai kain pelindung kepala bagi mengurangkan rasa sakit kesan daripada tindakan memecahkan telur dengan kuat.

Peserta yang memecahkan telur dengan perlahan atau secara berhati-hati dianggap kalah.

Berdasarkan sejarah, acara ini telah wujud sejak tahun 1322 ketika seorang raja yang baharu menaiki takhta ingin menghadiahkan sebiji telur kepada setiap petani sekiranya mereka hadir ke gereja.

Sebaik sahaja golongan petani tersebut memasuki gereja, sekumpulan paderi telah melontar telur ke arah mereka


29 June 2014

tindakan mulia yang mengakibatkan bakal di penjara seumur hidup



Tindakan mulia seorang wanita dari Kanada berusia 25 tahun, Emma Czornobaj menghentikan kenderaannya di atas jalan raya bagi menyelamatkan beberapa anak itik mungkin membawa padah kepadanya.

Emma didapati bersalah di atas kesalahan yang dilakukannya empat tahun lalu itu dan berkemungkinan besar bakal dipenjarakan seumur hidup.

Ini kerana tindakan melulunya itu telah membawa kepada kematian tragik dua beranak yang menunggang motosikal iaitu Andre Roy, 50, dan Jessie, 16, yang mengekori belakang keretanya sebelum Emma bertindak menghentikan kenderaan miliknya secara melulu di tempat kejadian.

Namun pihak pembelaan merayu kepada mahkamah agar mengurangkan hukuman terhadap Emma kerana tindakannya berhenti secara melulu adalah disebabkan rasa kasih dan prihatinnya terhadap binatang.

Selain itu, pihak pembelaan juga mengatakan sekiranya Andre memandu dengan kelajuan yang ditetapkan, pasti tidak berlaku kematian kerana dipercayai si mati memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan di sana.

Pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian ini adalah sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mengambil kira segala aspek keselamatan sebelum bertindak menjadi ‘hero’ yang akhirnya membawa kepada kematian orang lain.

pengganas pada pandangan muslim bosnia atau wira kepada pengganas serbia...!!!



FERDINAND meninggalkan kereta api sehari sebelum dia ditembak mati oleh Princip pada 1914.

Sarajevo: Ibu negara Bosnia-Herzegovina semalam memperingati 100 tahun pembunuhan yang mencetuskan Perang Dunia I dan mengubah peta dunia selamanya.

Ketika negara Balkan terus dibelenggu perpecahan akibat kejadian berkenaan, beberapa acara berasingan diadakan bagi memperingati kejadian pada 28 Jun 1914 itu.

Pada tarikh itu seorang nasionalis Serbia Bosnia, Gavrilo Princip, 19, menembak mati tokoh bangsawan Austria, Archduke Franz Ferdinand dan isterinya, sebelum kejadian itu menyebabkan pelbagai peristiwa lain yang menjerumuskan kuasa besar Eropah berperang selama empat tahun.

Pembunuhan berlaku di sebatang jalang di Sarajevo apabila Princip menembak mati pasangan suami isteri terbabit.

Sesetengah pihak penduduk memperingati peristiwa itu dengan menghadiri majlis sederhana di Ypres, Belgium - bandar yang menjadi tempat pertama tentera Jerman menggunakan gas beracun untuk kali pertama pada 1915.

Namun perpecahan di Balkan menyebabkan ketua kerajaan tidak dapat hadir bersama-sama di tapak pembunuhan berkenaan.

Sejarawan Serbia di Bosnia, Slobodan Soja berkata, mustahil bagi penganjur membawa semua pihak - Serbia, Muslim dan Croat - untuk hadir dalam majlis berkenaan.

Muslim Bosnia menganggap Princip sebagai pengganas yang mencetuskan bencana, namun puak Serbia melihat remaja terbabit sebagai wira yang cuba membebaskan mereka daripada penjajahan Austria-Hungary.

Sebuah tugu memaparkan Princip setinggi dua meter turut dibina di timur Sarajevo dan mengadakan majlis sesetengah penduduk bandar raya itu mengadakan majlis di situ.

Sebelum perang Bosnia tercetus, Princip sangat dikagumi.

Dua tahun selepas mati di dalam penjara pada 1920, tulang rangka Princip digali dan dipindahkan di Sarajevo, manakala satu jambatan dinamakan sempena dia.

Sejarawan Muslim Bosnia, Husnija Kamberovic berkata, ketika etnik Serbia melakukan pembersihan etnik di situ, watak Princip kembali dianggap hebat.

“Apabila perang tamat, plak yang dibuat bagi memperingati Princip dibuang dan nama jambatan berkenaan dikembalikan kepada nama asal,” katanya.

28 June 2014

berlaku kejam dan zalim kerana bihun RM2.60



MAYAT mangsa yang dibunuh kerana semangkuk bihun.

Hubei (China): Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati, sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa.

Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa.

“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi.

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.

Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa.

Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek.

Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka.

“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ.

27 June 2014

macam ini pun ada...tu lah gara gara gila selfie sampai ke tahap sakit mental....kah kah kah



GAMBAR pasangan berkenaan sejurus selepas kereta yang dipandu terbabas.

Bel Air: Nampaknya tiada apa yang mampu menghancurkan kebahagiaan sepasang suami isteri yang berkahwin sejak 60 tahun lalu walaupun selepas mereka ditimpa kemalangan jalan raya.

Pasangan warga emas itu terselamat walaupun kereta mereka terbalik.

Tanpa menunjukkan rasa terkejut, mereka segera mencapai telefon bimbit dan bergaya untuk mengambil selfie sejurus selepas kejadian berlaku.

Beberapa penduduk setempat yang melintas kawasan kemalangan termasuk jiran mereka berhenti untuk membantu.

Saksi Ryan Steinberg turut bergambar dengan berlatarbelakangkan kereta itu.

Kedua-dua pasangan ini dikatakan mempunyai semangat yang baik kerana mampu bergembira walaupun ketika menghadapi kesukaran.

polis indon pakai lamboghini sebagai kereta peronda...polis malaysia layak pakai proton inspira ajer la...



LAMBORGHINI yang dikatakan milik polis Jakarta.


Jakarta: Dua kereta peronda polis yang dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di sini menarik perhatian setiap pengunjung.

Kereta berkenaan yang dihiasi dengan lambang polis Indonesia ialah Lamborghini Gallardo dan Aventador mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengunjung sama ada polis negara itu juga akan mengikuti jejak polis Dubai dalam menggunakan kereta semewah itu untuk menjalankan tugas.

Lamborghini Gallardo itu berwarna kelabu gelap dengan tulisan ‘Polisi’ di bonet depannya.

Kepercayaan bahawa polis Indonesia akan menggunakan kereta itu semakin kuat apabila siren juga terpasang di atasnya.

Lamborghini Aventador berkenaan pula berwarna latar putih dan ada corak biru dan merah.

Bagaimanapun, jurucakap polis di Jakarta Utara, Azhar Nugroho berkata, kedua-dua kereta mewah itu bukan milik polis...bior betul...?


ini pulak polis malaysia.....bayangkan perbezaannya nanti  bila kejo penjenayah ,sape yang terkencing dalam seluar dulu...he he he





PROTON telah mengubahsuai 10 model Proton Inspira menjadi kereta peronda polis dilengkapi sistem lampu amaran dan siren bersepadu, pelekat pembalik cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak.

Proton bagi 10 kereta tu sebagai pandu uji dan membuat RnD untuk membangunkan prototaip kereta peronda Polis dari model Proton Inspira yang lebih canggih pada masa akan datang. He3, polis kalo nak kejar penjenayah mesti la nak kereta yang berkuasa kan, kalo kereta biasa2, penjenayah senyum ja lari.

Masa kereta peronda Polis ke tempat kejadian juga akan dikurangkan tidak melebihi 12 minit

26 June 2014

bentuk stadium Piala Dunia 2022 Qatar



LAKARAN reka bentuk Stadium Al Bayt di Qatar yang disinari lampu-lampu pada waktu malam didedahkan kepada umum.

DOHA - Qatar mendedahkan dua daripada 10 buah stadium baharu yang akan dibina sebagai persiapan menganjurkan Kejohanan Piala Dunia pada tahun 2022, lapor MailOnline kelmarin.

Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor yang terletak kira-kira 48 kilometer di utara Doha itu dijangka siap dibina pada 2018, jauh lebih awal berbanding kejohanan itu yang akan berlangsung lapan tahun lagi di negara tersebut.

Kerja-kerja asas stadium yang mampu memuatkan 60,000 penonton itu telah bermula dengan reka bentuk seperti khemah tradisional berwarna hitam dan putih yang digunakan oleh orang nomad di Qatar.

Sementara itu, Stadium Al Wakrah yang boleh memuatkan 40,000 penonton dibina khas untuk diubah suai selepas Piala Dunia 2022 dengan kerusi di bahagian tingkat atas akan dikurangkan untuk dijadikan ruang perniagaan dan restoran.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi untuk Persediaan dan Legasi, Hassan Al Thawadi berkata, menjelang akhir tahun ini, Qatar akan memulakan pembinaan sebanyak lima buah stadium sebagai membuktikan komitmen dalam menganjurkan Piala Dunia terbaik pada 2022.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menetapkan peraturan penganjur bagi Kejohanan Piala Dunia perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan buah stadium dan satu daripadanya mampu memuatkan 80,000 penonton untuk perlawanan akhir

remaja buat onar tiba tiba berselfie dengan Ratu Elizabeth



SURGENOR nekad meluru secara tiba-tiba di depan Ratu Elizabeth dan rombongannya semata-mata mahu merakam gambar selfie.

BELFAST - Seorang remaja Ireland, Jack Surgenor, 14, telah bertindak di luar dugaan apabila meluru ke arah Ratu Elizabeth semata-mata mahu merakamkan gambar selfie dirinya bersama pemerintah Britain itu yang melakukan lawatan rasmi ke Ireland utara selama tiga hari.

Kejadian berlaku sewaktu rombongan diraja itu berada di pasar tertutup St George di sini untuk sesi lawatan.

Gambar selfie Surgenor itu kemudian telah didedahkan oleh rancangan televisyen, ITV News.

Melalui satu rakaman pendek yang disiarkan, Ratu Elizabeth kelihatan sedikit terkejut apabila secara tiba-tiba seorang remaja lelaki melompat keluar daripada kelompok orang ramai semata-mata mahu merakam gambar selfie.

Gambar selfie bersama pemerintah Britain itu kemudian telah tersebar dengan meluas dalam laman sosial.

Dalam lawatan itu, Ratu Elizabeth turut melawat ke set studio sewaktu penggambaran filem Titanic.

24 June 2014

kerosakkan beg udara honda panggil balik lebih 2 juta kenderaan di seluruh dunia




KERETA Honda Fit atau dikenali sebagai Jazz di Malaysia merupakan antara model Honda yang dipanggil balik ber ikutan masalah pada sistem beg udara.

TOKYO - Pembuat kereta Jepun, Honda Motor semalam memanggil semula lebih 2 juta kenderaan di seluruh dunia berhubung kerosakan beg udara yang berisiko menyebabkan kebakaran.

Honda memberitahu, tindakan tersebut melibatkan sekitar 2.03 juta kenderaan yang dikeluarkan antara Ogos 2000 hingga Disember 2005 termasuk satu juta di Amerika Utara dan 668,000 di Jepun.

Terdapat 13 jenis kenderaan Honda yang dipanggil balik itermasuk model popular Honda Fit atau Jazz dan Honda Accord.

"Alat pengembung beg udara penumpang hadapan dipasang bersama komponen penujah yang bermasalah," kata Honda dalam satu kenyataan.

"Kelemahan pengilangan itu boleh menyebabkan bekas komponen itu pecah semasa kemalangan sekali gus berisiko menyebabkan kebakaran dan kecederaan kepada penumpang," tambah kenyataan sama.

Masalah tersebut turut menjadi punca pengeluar kereta utama dunia, Toyota memanggil semula berjuta-juta kenderaan keluarannya di seluruh dunia.

Langkah tersebut susulan aduan seorang pengguna Jepun yang memberitahu kerusi penumpang di bahagian hadapan keretanya terbakar akibat kelemahan itu

sampah plastik ancam khazanah marin




NAIROBI - Pembuangan sampah plastik ke dalam lautan di seluruh dunia menyebabkan khazanah marin bernilai sekurang-kurangnya AS$13 bilion (RM41.80 bilion) musnah dalam masa setahun selain mengancam sektor pelancongan dan perikanan.

"Plastik memainkan peranan penting di dalam kehidupan moden tetapi kesan buruk kepada alam sekitar dengan cara kita menggunakannya tidak boleh diabaikan.

"Tindakan utama ialah mencegah serpihan plastik daripada memasuki alam sekitar iaitu dengan mengamalkan konsep kurangkan, guna semula dan kitar semula," kata Ketua Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), Achim Steiner.

Saintis-saintis mendapati serpihan plastik kecil terperangkap di dalam ais di kawasan kutub.

Malah, sampah plastik telah membunuh hidupan marin sama ada ia dimakan oleh hidupan laut seperti penyu, ikan lumba-lumba dan ikan paus serta menyebabkan kerosakan kritikal kepada terumbu karang, menurut laporan tersebut.

"Terdapat juga kebimbangan mengenai pencemaran kimia yang disebarkan oleh serpihan plastik kepada perikanan dan industri pelancongan seperti peralatan perikanan yang kotor dan pencemaran pantai," tambah laporan itu.

Sementara itu, kebanyakan sampah plastik berakhir di tengah lautan di mana arus laut berkumpul.

Serpihan kecil berukuran kurang lima milimeter boleh memberi kesan yang membimbangkan, kata UNEP.

Penyerapan sisa plastik dilaporkan ditemui dalam banyak hidupan laut termasuk burung laut, ikan, kupang, cacing laut dan zooplankton.

"Kajian ini mendedahkan keperluan untuk syarikat-syarikat mengambil kira kesan plastik mereka seperti yang dilakukan untuk karbon, air dan perhutanan," kata Ketua Projek Pendedahan Plastik, Andrew Russell pula.


kempen piala dunia buat penyokong belanda mengembara 13 hari ke sao paulo



LAURENS Kraal (kiri) dan Van Heteren bersama van yang mereka naiki dari Bolivia untuk memberi sokongan kepada Belanda ketika perlawanan Piala Dunia sedang berlangsung di Brazil.

SAO PAULO - Sekumpulan tujuh lelaki Belanda tiba di Sao Paulo selepas melalui perjalanan selama 13 hari dari Bolivia menggunakan sebuah van berwarna Oren yang berusia lebih 45 tahun.

Kebanyakan mereka suka berjenaka dan memberitahu, mereka banyak menghabiskan masa di dalam van kemudian membaiki enjin dan meneruskan perjalanan.

Bagi mereka ia merupakan perjalanan yang menarik dan dapat mengeratkan hubungan sesama mereka serta menikmati suasana di Amerika Latin.

Pernah sekali van yang mereka naiki rosak dan pergi ke balai polis untuk bertanyakan sama ada mereka boleh menyaksikan perlawanan antara Belanda dan Australia di balai tersebut di Ribas, Rio Pardo.

Bandar tersebut merupakan separuh perjalanan antara Cochabamba di mana mereka memulakan perjalanan ke Sao Paulo.

Anggota polis itu memberitahu mereka: "Anda harus diam ketika menyaksikannya kerana menonton perlawanan itu adalah satu jenayah," ujar Udo van Heteren, 29, dari Utrecht, Belanda ketika menceritakan pengembaraan mereka.

23 June 2014

demam piala dunia peminat bolasepak mati kurang tidor



SUZHOU, China – Seorang peminat bola sepak mati dipercayai akibat kurang tidur selepas berjaga beberapa malam untuk menonton siaran langsung Piala Dunia.

Lelaki yang berusia 25 tahun itu ditemui mati di hadapan televisyen di rumahnya di Suzhou berhampiran Shanghai.

Perbezaan waktu antara Suzhou dan Brazil adalah 11 jam.

Ini bermakna peminat bola sepak di China perlu berjaga sepanjang malam untuk mengikuti perlawanan Piala Dunia, lapor laman web Yahoo Sports.

Doktor berkata, kematian itu berkaitan dengan kurangnya tidur.

Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh keletihan atau kemungkinan serangan jantung, lapor agensi berita, Xinhua.

Labah-labah tangkp dan makan ikan



SEEKOR labah-labah dirakam sedang makan ikan yang ditangkapnya.

LONDON - Labah-labah lazimnya memakan serangga tetapi saintis mendapati pemangsa berkaki lapan itu turut membunuh dan memakan ikan, lapor sebuah akhbar Britain baru-baru ini.

Laporan mengenainya yang disiarkan jurnal PLOS ONE menyatakan, saintis-saintis telah merekodkan lebih 80 kejadian labah-labah separa akuatik itu menangkap dan memakan ikan kecil di sungai.

Spesies berbisa itu juga mampu membunuh ikan yang lima kali ganda lebih besar daripada saiznya.

Labah-labah pemakan ikan boleh ditemui di setiap benua di dunia kecuali Antartika.

22 June 2014

kafe bertemakan Nazi jadi bantahan yahudi



SEORANG pengunjung kafe SoldatenKaffee (kanan) memakai lambang Nazi pada lengannya di Bandung semalam.

BANDUNG, Indoensia - Sebuah kafe bertemakan Nazi Jerman di sini dibuka semula semalam selepas ditutup kerana ia mencetuskan kemarahan penduduk dunia.

Seorang ahli perniagaan, Henry Mulyana menutup perniagaannya secara sukarela pada tahun lalu selepas sebuah akhbar melaporkan mengenai kafe tersebut.

Dia turut menerima ancaman bunuh dan tuduhan mencetuskan kebencian kaum berhubung pembukaan kafe tersebut.

Ekoran penutupan itu, peguam Mulyana memberitahu agensi berita AFP, anak guamnya akan membuka semula perniagaannya dengan tema Perang Dunia Kedua manakala lambang Nazi tidak lagi menghiasi dinding kafe tersebut.

Namun, pada pembukaan kafe tersebut Sabtu lalu, tiga ekor helang yang berada di atas lambang Nazi yang turut dikenali sebagai swastika dipamerkan kepada orang ramai.

Sekumpulan lelaki muda menghadiri majlis pembukaan kafe tersebut dengan memakai pakaian ketenteraan yang tertera lambang swastika pada lengan mereka.

Sebahagian mereka berlakon sebagai tahanan perang semasa gambar mereka dirakamkan.

Mulyana cuba untuk mengembangkan tema kafenya termasuk dengan mempamerkan gambar bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan bekas pemimpin Kesatuan Soviet, Josef Stalin pada dinding kafe.

"Sejak mula lagi, saya menyatakan, SoldatenKaffee ini bukannya sebuah kafe Nazi. Kafe itu membawa tema Perang Dunia Kedua," katanya kepada pemberita pada pembukaan kafe tersebut.

"Semua aspek SodatenKaffee adalah sah. Kami mempunyai ramai pelanggan dari Eropah dan mereka tidak mempunyai masalah dengan tema Perang Dunia Kedua kerana ia dilihat daripada perspektif sejarah," tambahnya.

Kafe SoldatenKaffe bermakna kafe askar.

Semasa Perang Dunia Kedua, askar-askar menjadikan kafe tersebut sebagai tempat kunjungan mereka di Jerman dan Paris.

Ia kemudian dibuka di Bandung selama tiga tahun sebelum ditutup selepas sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan liputan berita mengenai kafe tersebut.

Laporan tersebut telah mencetuskan kritikan dan bantahan dari luar negara terutamanya beberapa pertubuhan Yahudi termasuk Pusat Simon Wiesenthal yang berpangkalan di Los Angeles

14 anggota keluarga ada 6 jari tangan dan kaki



LIMA anggota keluarga da Silva yang memiliki enam jari tangan dan enam jari kaki iaitu Bernardo (kiri), Silvia (dua dari kiri), Pedro (tengah), Silvana (dua dari kanan) dan de Assis (kanan) bergambar di Brasilia kelmarin.

BRASILIA, Brazil - Seramai 14 anggota keluarga da Silva mempunyai enam jari tangan dan enam jari kaki sejak mereka dilahirkan di negara ini.

Keluarga itu yang tinggal di Aguas Claras berdekatan bandar raya ini memiliki keistimewaan tersebut kerana mereka menghidap penyakit genetik yang dikenali sebagai polidaktili.

Antara anggota keluarga itu yang memiliki lebih satu jari berbanding manusia normal itu ialah Bernardo de Assis, Silvia Santos da Silva, Pedro de Assis, Silvana Santos da Silva, Joao de Assis, dan Ana Carolina Santos.

Keluarga itu bangga dengan kelebihan yang dimiliki mereka dan berharap Brazil akan menjadi juara bola sepak Piala Dunia buat kali keenam pada bulan depan.

Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai depan di Brazil.

Anggota-anggota keluarga itu juga boleh memasak, memetik gitar dan bermain bola sepak dengan menggunakan semua jari mereka.

Seorang anggota keluarga itu, Joao de Assis da Silva, 15, bercita-cia masuk menjadi penjaga gol apabila meningkat dewasa.

"Setiap orang di Brazil menyintai sukan bola sepak dan mahu menjadi bintang sukan itu sejurus selepas mereka membesar," katanya sambil kakinya menendang bola sepak di atas gelanggang bola keranjang dengan dua sepupunya.

"Memiliki enam jari telah membantu saya bermain bola sepak.

"Saya boleh memegang bola itu dengan mudah. Tangan saya lebih besar berbanding orang lain," tambahnya.

Anggota keluarga itu yang pertama memiliki enam jari ialah moyang de Assis.

Beberapa ahli keluarga wanita itu telah memotong ibu jari kaki bagi membolehkan mereka memakai kasut.

Namun, golongan lelaki keluarga tersebut kekal menyimpan semua enam jari kaki mereka.

Salah seorang anggota keluarga itu, Silvia Santos da Silva berkata, anggota-anggota keturunannya yang dilahirkan tanpa enam jari tangan dan enam jari kaki akan berasa terasing ketika berada dalam famili tersebut.

"Bapa saya kerap mendapati memiliki enam jari tangan dan enam jari kaki sebagai sesuatu yang normal," katanya yang merupakan nenek kepada keluarga da Silva.

Menurut Silvia, bapanya itu sebaliknya akan menganggap manusia yang memiliki lima jari tangan dan lima jari kaki pula sebagai sesuatu yang luar biasa.

Dia berkata, cucunya yang memiliki lima jari berasa dirinya terasing di dalam keluarga tersebut.

Brazil memenangi perlawanan pembukaan menentang Croatia dengan keputusan 3-1 tetapi seri 0-0 ketika bertemu dengan Mexico.

Skuad bola sepak negara ini akan menentang Cameroon di Brasilia esok pada perlawanan terakhir kumpulan A

21 June 2014

nilai kemanusiaan yang semakin hilang....!!






ADAKAH anda bersetuju jika kami katakan nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat dunia pada masa kini kian terhakis? Ramai yang lebih gemar mengambil sikap tunggu dan lihat tatkala melihat ada insan yang memerlukan bantuan di depan mata mereka. Lebih teruk lagi, ada yang lebih teruja untuk mengambil gambar berbanding membantu mangsa. Sebagai tanda memperingati kematian mangsa rogol beramai-ramai di dalam sebuah bas di India, Jyoti Singh Pandey atau lebih dikenali sebagai Nirbhaya, 23, pada 16 September 2012, satu eksperimen kemanusiaan telah dilakukan oleh pelakon Varun Pruthi. Pada masa yang sama, ia juga dilakukan bagi membuktikan kenyataan rakan Nirbhaya yang juga saksi kejadian itu yang menyebut: 



“Mereka (Nirbhaya dan teman lelakinya) dipukul teruk, dihentak dengan batang besi dan ditolak keluar dari bas kerana disangka sudah mati. Mereka terbaring di jalan dalam keadaan berlumuran darah, tanpa pakaian dalam kesejukan. Tiada seorang pun yang lalu membantu mereka, tiada siapa yang menghubungi polis. Orang ramai hanya berdiri dan melihat mereka.”

saksikan video di atas kebenarannya...!!