keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label MH 370. Show all posts
Showing posts with label MH 370. Show all posts

21 June 2014

kerja bodoh ikut sandiwara kerajaan amerika dan najib altantuya...lokasi cari MH370 berpindah 800km di lautan hindi




kru kapal tentera laut Australia, Ocean Shield menurunkan kapal selam Bluefin-21 untuk membantu pencarian Penerbangan MH370 di Lautan Hindi pada 14 April lalu.


SYDNEY - Pencarian Penerbangan Malaysia MH370 akan berubah ke kawasan sejauh beberapa ratus kilometer di selatan lokasi pencarian sebelum ini berdasarkan analisis baharu laluan pesawat tersebut, menurut satu laporan semalam.

Akhbar West Australian melaporkan, pasukan penyiasat yang berusaha merungkai misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu dijangka meneroka kawasan berkeluasan 1,800 kilometer ke barat bandar raya Perth apabila operasi mencari bawah laut disambung semula Ogos depan.

Sebelum ini, lokasi sama terhad kepada pencarian dari udara.

Memetik sumber Amerika Syarikat yang tidak didedahkan, West Australian melaporkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) akan mengumumkan lokasi baharu itu terletak 800 kilometer (km) ke selatan zon pencarian sebelum ini.

"Sumber-sumber mendedahkan bahawa kapal peninjau Fugro Equator sudah beroperasi di zon tersebut dan akan disertai kapal China, Zhu Kezhen tidak lama lagi," menurut laporan tersebut.

Dua buah kapal itu akan meninjau lokasi baharu itu yang memiliki kedalaman hingga 6,000 meter sebelum pencarian dasar aut dimulakan.

Sebelum ini, pencarian MH370 melibatkan operasi besar-besaran di udara dan laut gagal menemui bangkai atau serpihan pesawat itu.

Boeing777-200 tersebut bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.




20 June 2014

13 pesawat ‘hilang’ 25 minit



KAKITANGAN memantau pergerakan pesawat di Lapangan Terbang Zurich, Switzerland.

Dua kejadian berlaku pada 5 Jun, kelmarin dianggap misteri London: 13 pesawat tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit, sebanyak dua kali ketika melalui ruang udara Austria. Ia disifatkan sebagai suatu keadaan ‘tidak pernah berlaku sebelumnya’. Insiden yang terjadi pada 5 Jun dan sekali lagi semalam menyaksikan data penerbangan hilang dari skrin pengawal udara.

Perkara ini diakui organisasi keselamatan penerbangan Austria apabila lokasi dan maklumat lain untuk 13 pesawat itu hilang secara misteri dari radar.  Jurucakap menara kawalan Austro, Markus Pohanka berkata, agensi Eurocontrol (EU) sudah diminta melakukan siasatan ke atas insiden yang didakwa tidak pernah berlaku sebelumnya.  “Agensi keselamatan penerbangan jiran yang pernah melalui pengalaman yang sama turut meminta siasatan dilakukan,” katanya.

Pohanka juga tidak mendedahkan penerbangan negara lain yang mengalami masalah yang sama ketika melalui ruang udara itu. Bagaimanapun, laporan akhbar Kurier di Jerman mendedahkan menara kawalan negara yang turut mengesan masalah yang sama antaranya ialah di Munich dan Karsruhe, Prague di Jerman, Republik Czech dan Bratislava di Slovakia. Monitor kawalan trafik ruang udara menggunakan dua sistem radar iaitu rendah dan menengah. Ia adalah sistem utama yang digunakan di seluruh dunia untuk mengawal pesawat. 

Radar utama digunakan untuk mengesan dan mengukur kedudukan anggaran pesawat menggunakan isyarat radio. Manakala radar menengah pula bergantung kepada kedudukan yang dilengkapi dengan transponder dan turut memerlukan maklumat tambahan daripada pesawat terutama maklumat seperti identiti dan ketinggian. Semua pesawat komersial dilengkapi dengan transponder, yang secara automatik menghantar kod empat digit yang unik apabila mereka menerima isyarat radio yang dihantar oleh radar. Kod ini memberi identiti pesawat dan stesen radar pula membantu menstabilkan kelajuan dan arah.

Data penerbangan ini kemudian dihantar kepada pengawal trafik udara. “Bagaimanapun, jika pesawat berada lebih daripada 240 kilometer di kawasan laut, liputan radar agak lemah dan ketika ini frekuensi tinggi radio digunakan oleh anak kapal untuk terus berhubung dengan menara kawalan,” kata seorang pegawai

Manakala GPS pula hanya digunakan oleh juruterbang untuk menentukan kedudukan pesawat di dalam peta dan isyarat ini tidak disampaikan kepada menara kawalan trafik udara.  Kotak hitam mengandungi perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan. Kedua-dua alat ini mengeluarkan gelombang ultrasonik tetapi ia agak terhad dan tidak menggunakan GPS.  Adalah dipercayai ada antara kapal terbang yang melalui ruang udara itu adalah penerbangan jarak jauh yang membawa penumpang bersama

Imam Muda Azlan Dedahkan Berita Mengenai MH370

Imam Muda Azlan melalui fanpagenya memuat naik beberapa status yang mengaitkan insiden MH370 dengan Amerika Syarikat.

Tambahnya lagi, beliau mempunyai sumber yang sahih berkenaan dakwaan tersebut. Lihat beberapa screenshot status beliau di bawah.





















14 June 2014

biar betul MH 370 telah di jumpai...atau taktik memperdaya pengunjung lawan web berkenaan...!!!









Hari ni gempar mengenai kes yang mengatakan bahawa MH370 telah ditemui.

 Sejauh mana kebenarannya admin tak tahu sebab perkara ini di Share di Facebook.

 Betul atau tidak Wallahualam. Tetapi di sini ada individu webmaster yang telah membuat sebuah website ala-ala CNN walhal bukannya web rasmi CNN.

Laman sesawang ini menggunakan (http://paygama.com/show/s2.php) yang mana telah menggemparkan orang ramai.

Dinasihatkan  jangan percaya lagi kepada khabar angin seperti ini sebab takut kita terpedaya dengan webmaster yang ingin mengaut keuntungan dengan cara sebegini dan lagi satu setelah  menjengah  ke website berkenaan amaran  di keluarkan oleh perisian keselamatan AVG  mendapati ianya adalah scam...jadi berhati hatilah...!!!



31 May 2014

PM kangkung PANDA-KUTTY dan menteri SOTONG otak lembik bermain sandiwara....Keluarga mangsa mh 370 menjadi marah terus diperbodohkan baghal baghal kerajaan barisan najis...!!!



sandiwara babi babi di atas ini yang membuat keluarga mangsa mh 370  menjadi marah dengan gelagat sandiwara bodoh  mereka mereka ini.

Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 rasa tertipu susulan daripada pengumuman terkini, selepas dua bulan operasi mencari pesawat itu, pencari mungkin mencarinya di lokasi yang salah.

“Mereka sudah tahu perkara ini. Mereka ada keraguan mengenai lokasi di mana MH370 kali terakhir ‘dikesan’ sejak dari awal.

“Kami sudah tahu. Pendedahan terbaru mengenai ping dan kenyataan daripada Australia membuktikan keraguan dan kecurigaan kami mengenai kedudukan terakhir pesawat itu,” kata Zahida Hasnan .

Zahida dari Singapura adalah kakak kepada Mohd Hazrin Hasnan, seorang daripada 12 anak kapal MH370 yang lesap pada 8 Mac bersama 227 penumpang itu.

Katanya, lokasi itu, berdasarkan kepada data satelit syarikat British, Inmarsat dan ping yang didakwa pihak berkuasa datang dari kotak hitam pesawat berkenaan, hanya ‘plot’ untuk mengalih perhatian dunia daripada kebenaran.

“Mereka tahu sesuatu tetapi tidak beritahu saya,” kata Zahida.

Pegawai Australia semalam mengesahkan pesawat MH370 tidak berada di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi.

Zahida berkata, beliau penat bersabar dan ‘dibuli’ oleh pihak berkuasa yang terus menipu keluarga.

“Saya penat dengan semua ini. Kami perlu pembabitan penyiasat persendirian. Kami perlu ketelusan dan perkongsian maklumat dengan cepat,” kata Zahida.

Beliau berkata, di sebalik maklumat yang dipegang oleh pihak berkuasa, terutama daripada kerajaan Malaysia, dunia nampaknya lebih ke depan dalam memberi maklumat.

Zahida berkata, kedua-dua perdana menteri Malaysia dan Australia, Datuk Seri Najib Razak dan Tony Abbott masing-masing, menipu sejak dari awal.

“Mereka tidak boleh dipercayai lagi,” kata Zahida.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan semalam berkata, kenderaan bawah laut automatic Bluefin-21 melengkapkan misinya pada Rabu, dan selepas meneliti lebih 850 kilometer persegi di dasar laut, ia tidak menemui sebarang tanda bangkai pesawat itu.

Lokman Mustafa, abang kepada penumpang MH370, Suhaili, berkata pengumuman JACC tidak memeranjatkan kerana kebanyakan rakyat Malaysia percaya pesawat itu tidak terhempas di selatan Lautan Hindi.

“Ketiadaan sebarang bangkai atau serpihan, dan empat ping yang diterima itu tidak berkait dengan pesawat itu mengukuhkan lagi kepercayaan ini,” katanya.

Beliau berkata, masih ada yang bercakap mengenai laporan terdahulu iaitu MH370 membuat pendaratan kecemasan di satu tempat di selatan China sementara yang lain percaya ia dirampas, dan dibawa ke lokasi rahsia.

“Malah ada juga yang mengatakan mengenai kenyataan oleh kapten tidak bernama iaitu ‘pesawat itu tidak pernah meninggalkan ruang angkasa Malaysia’,” katanya.

Bercakap bagi pihak keluarganya, Lokman berkata, mereka bersetuju dengan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk menyiasat perkara ini dan menyelamatkan kredibiliti Malaysia.

“Dan ya, mengapa tidak membenarkan pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.

“Sebagai keluarga penumpang pesawat itu, kami terus berharap, pihak berkuasa sepatutnya tidak cuba memberi penutup tanpa jawapan pasti.

“Oleh itu, pengumuman (oleh Najib) ‘pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi’ sudah tentu ada kelonggaran,” katanya.

Sementara itu, K S Narendran, suami kepada penumpang, Chandrika Sharma, mempunyai lebih banyak soalan selepas pengumuman JACC.

Beliau berkata, ini adalah jelas menunjukkan kekurangan kepimpinan, ketidakcekapan dan kekurangan bahagian terperinci dan akibat kredibiliti rendah semua pihak terbabit.

“Memandangkan sudah lama rakyat tidak mempercayai sumber rasmi, kini semua bebas untuk melontarkan idea, spekulasi,” kata Narendran.

Katanya, hingga kini tiada sesiapa yang tahu siapa pakar yang mengetuai pencarian itu.

“Kita tidak ada nama, atau kelayakan mereka. Setakat ini, tiada yang tampil untuk mendapatkan kepakaran pihak lain atas semangat inkuiri kerjasama untuk memberikan perkara sebenar kepada umum.

“Kita masih tidak tahu siapa ahli tiga jawatankuasa yang diumumkan pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein), walaupun sudah berulang kali meminta maklumat itu.

“Saya bangkitkan perkara ini untuk menunjukkan maklumat asas yang sepatutnya boleh diakses dengan mudah juga ditahan,” kata Narendran.

JACC dalam kenyataannya berkata:”Data yang dikumpul daripada misi semalam (Rabu) sudah dianalisis. Hasilnya, JACC boleh menyatakan tiada tanda serpihan pesawat ditemui oleh kenderaan bawah laut automatic sejak ia menyertai usaha mencari itu.

“Oleh itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia menasihatkan pencarian di kawasan di mana akustik dikesan sebelum ini kini dianggap selesai dan mengikut penilaian professional, kawasan itu boleh dikatakan bukan tempat terakhir persemadian MH370.”

Penemuan ping pada 5 dan 8 April menjadi permulaan yang penting, dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott melahirkan keyakinan pencari tahu di mana bangkai pesawat itu berada dalam kawasan beberapa kilometer.

Bagaimanapun, imbasan terperinci di kawasan seluas 850 kilometer persegi di sekeliling ping diterima menggunakan kapal selam gagal menemui tanda bangkai. Tiada serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu ditemui walaupun usaha pencarian itu adalah paling besar dan mahal dalam sejarah penerbangan.

Ping yang menjadi petunjuk utama untuk mengesan pesawat hilang itu, bagaimanapun tidak lagi dipercayai datang daripada kotak hitam MH370, lapor CNN.

Timbalan Pengarah Kejuruteraan Laut Tentera Laut AS, Michael Dean memberitahu CNN kini ada persetujuan ping itu datang daripada sumber buatan manusia lain yang tidak berkait dengan pesawat itu.

Bercakap kepada CNN, Dean berkata, jika ping itu daripada perakam pesawat berkenaan, pencari sudah pasti menemuinya.

Dean berkata dalam laporan CNN, negara lain yang terbabit dalam pencarian MH370 turut membuat kesimpulan sama.

Katanya, walaupun tidak mungkin untuk menolak sepenuhnya teori ping itu datang daripada kotak hitam pesawat berkenaan, tidak ada bukti mencadangkan sebaliknya

20 May 2014

tak jemu jemu menteri sotong bersandiwara..tentera telah diarahkan pantau pesawat MH370?...bagaimana pesawat berkenaan di benarkan lepas dari pemantauan kalau bukan sandiwara namanya....!!!






mh 370 : hanya satu sandiwara...


INSIDEN kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini diberikan satu perkembangan terbaru apabila ada pendedahan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah diarahkan untuk memantau pergerakan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun ATM dilihat membenarkan pesawat itu hilang dari radar selepas membuat keputusan bahawa pesawat berkenaan dikategorikan sebagai ‘bukan ancaman’.

Pendedahan itu dilakukan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu temubual dalam program Four Corner terbitan Australian Broadcasting Corp (ABC).

Ini merupakan kali pertama Hishammuddin berkata bahawa pihak berkuasa penerbangan Malaysia mengarahkan tentera memantau pergerakan pesawat itu.

Perkembangan ini tidak dimasukkan ke dalam laporan awal lima muka surat berkenaan kehilangan pesawat itu oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 Mei lepas.

Laporan berkenaan yang mendapat kritikan hebat tidak memaklumkan langsung berkenaan arahan berkenaan dari pihak berkuasa kepada tentera untuk memantau pesawat itu.

Bagaimanapun, laporan ringkas itu yang turut dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) hanya mendedahkan kejadian dalam tempoh empat jam ketika komunikasi antara pesawat MH370, kawalan trafik udara Malaysia dan negara lain terputus.

Ia juga mendedahkan tempoh masa yang diambil sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Antara informasi lain yang dimuatkan di dalam laporan berkenaan yang turut mengundang banyak tanda tanya dari para penganalisis ialah butiran mengenai kandungan kargo dan juga rakaman audio komunikasi juruterbang dengan kawalan trafik udara.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur 8 Mac lepas.

Laporan itu juga mengatakan ada masalah komunikasi antara Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan ATM khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) biarpun mereka berkongsi kemudahan kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Subang.

Turut didedahkan pesawat MH370 dengan jumlah 239 orang penumpang telah terbang merentasi Pangkalan TUDM di Pulau Pinang tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak melakukan apa-apa

buku mh 370 bakal membongkar apa yang di rahsiakan oleh kerajaan....mh 370 sebenarnya di tembak jatuh...!!!



BEBERAPA akhbar dan portal berita asing heboh menyiarkan mengenai buku pertama yang diterbitkan berkaitan kehilangan pesawat MH370 hasil tulisan Nigel Cawthorne apabila penulis mendakwa ia ditembak dalam latihan ketenteraan.

Lebih mengejutkan, penulis buku ‘Flight MH370 The Mystery’ itu turut menyatakan kejadian yang masih misteri itu sengaja dirahsiakan.

“Apakah mereka meninggal dunia dalam keadaan menanggung kesakitan, tidak dipastikan nasib mereka? Atau apakah mereka meninggal dunia dalam keadaan pesawat terbakar, terhempas dari langit ketika dikawal lelaki tidak siuman?.”

Malahan, Cawthorne juga menggambarkan bagaimana seorang lelaki yang sedang bekerja di pelantar minyak melihat sebuah pesawat terbakar dan ia berada berdekatan kawasan latihan tentera itu.

Waktu kejadian itu dikatakan sama dengan tempoh masa transponder pesawat berkenaan dimatikan.

Penulis yang juga seorang wartawan mendakwa misi mencari telah melakukan operasi di kawasan salah terutama selepas hampir dua bulan tragedi itu berlaku tiada serpihan ditemui di Laut Cina Selatan yang tentunya menimbulkan pelbagai syak wasangka.

Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (MAS) akan ditemui sekiranya MAS menaik taraf perisian.

“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat,” dakwa buku itu lagi.


baca lagi...


dakwa temui serpihan MH370 menguatkan lagi spekulasi sebelum ini yang ia di tembak jatuh...?

09 May 2014

tragedi mh370...pemimpin tertinggi kerajaan kenyang makan komisen hasil sandiwara berkenaan...syarikat insuran menanggung beban bayar pampasan lebih RM14 juta kepada waris mangsa tragedi berkenaan....!!!!



Syarikat insurans hayat Malaysia membayar lebih RM14.2 juta dalam bentuk pampasan kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam), Vincent Kwo (gambar) berkata syarikat insurans hayat di Malaysia telah mengambil pendekatan proaktif bagi mempercepatkan proses tuntutan bayaran pampasan kepada waris penumpang dan anak kapal yang mempunyai insurans hayat.

Beliau berkata pembayaran telah dibuat kepada beberapa waris sejak beberapa minggu lepas tanpa melalui proses yang biasanya dilakukan.

"Setakat ini, jumlah pampasan yang telah dibayar kepada waris kira-kira RM14.2 juta daripada jumlah keseluruhan RM18.7 juta. Sebanyak 184 polisi dikeluarkan oleh syarikat insurans hayat di Malaysia.

"Baki tuntutan RM4.5 juta masih menunggu penyerahan dokumen rasmi oleh waris," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Kwo berkata mereka memahami kesedihan dialami anggota keluarga dan bersedia mempercepatkan pembayaran pampasan dan mempermudahkan waris untuk membuat tuntutan.

"Kami memansuhkan syarat mengemukakan sijil mati dan menjadikan perkara ini sebagai keutamaan tertinggi dan berusaha dengan sebaik mungkin untuk membayar tuntutan dalam tempoh seminggu selepas menerima semua dokumen lengkap yang berkaitan.

"Kami minta anggota keluarga berhubung dengan syarikat insurans berkaitan dan mengemukakan tuntutan. Jika tidak pasti sama ada anggota keluarga ada mengambil insurans hayat, waris boleh menghubungi hotline LIAM 03-26916628 yang mengendalikan pertanyaan berhubung prosedur tuntutan MH370," katanya.

Bagi pihak syarikat yang menjadi anggota Liam, sekali lagi kami ingin menyatakan simpati dan sokongan kami susulan insiden yang menyelubungi MH370, anak kapal dan penumpang dalam pesawat.

"Kami juga ingin memberi pujian kepada kerajaan Malaysia, pelbagai agensinya, MAS dan rakan antarabangsa atas usaha mereka dalam operasi mencari dan menyelamat," kata beliau.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Tujuh belas hari kemudian, pesawat MH370 dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Misi pencarian besar-besaran bagi pesawat yang hilang itu setakat ini belum berhasil menemukan apa-apa yang ada kaitan dengan MH370. – Bernama

bukti kehilangan mh370 sememangnya telah di rancang oleh pihak tertinggi negara bila rakaman audio pesawat berkenaan telah di sunting...!!!



PAKAR siasatan forensik  mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza.

Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.

Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal.

“Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

“Sesiapa sahaja yang menyunting semula rakaman audio itu tidak mahu pihak kami atau pakar penyiasat lain mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi di atas pesawat terbabit,” katanya ketika ditemui oleh wartawan NBC.

Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit.

Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab.

“Pihak kami mendapati data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti,” kataya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru.

Bahan bukti direka, diusik, diubah, diedit sesuka hati sudah menjadi rampan di dalam negara ini. Ia seperti wujudnya hasrat pihak tertentu untuk mempastikan bahan bukti itu berpihak kepadanya. Ia semacam mengesahkan tentang wujud sebuah konspirasi.

Di dalam isu MH370 sebelum kejadian rakaman perbualan audio disunting seperti laporan di atas, telah timbul juga kes dimana gambar fotokopi dua penumpang misteri bertindih

"Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama,"

Itu jawapan polis apabila isu gambar suspek yang meragukan itu timbul.

Ini mengingatkan kita tentang kisah pegawai penyiasat polis bernama Jude Blacious Pereira yang didakwa telah mengusik sample bahan bukti dengan memotong plastik yang sepatutnya sampel itu TIDAK sepatutnya diusik lansung bagi mempastikan TIADA KERAGUAN terhadap bahan bukti berkenaan. Ia membuka ruang untuk pihak tertentu untuk memanipulasi bahan bukti.

Yang peliknya di Malaysia ini, bahan bukti yang tercemar dan bahan bukti rekaan/suntingan boleh diterima oleh hakim-hakim mahkamah

08 May 2014

1 daripada 10 rakyat amerika percaya makhluk asing terlibat dalam tragedi mH370...tapi wa dan majoriti rakyat percaya mahluk kepala hitam bernama united melayu no otak ( UMNO ) terlibat melenyapkan pesawat berkenaan !!!!



Atlanta – Pesawat Malaysia Airlines MH370 disembunyikan oleh makhluk asing?

Satu daripada setiap 10 rakyat Amerika percaya mengenainya.

Perkara ini diperolehi hasil kajian yang dilakukan oleh CNN dan ORC International.

Tinjauan itu mendapati sembilan peratus individu percaya makhluk asing atau makhluk lain daripada dimensi lain terlibat dalam kehilangan pesawat itu sejak 8 Mac lalu.

Seramai 79 peratus pula percaya semua penumpang dan anak kapal telah meninggal dunia dan misi mencari pula dilakukan di tempat yang salah manakala hanya 52 peratus percaya apa yang berlaku kepada kapal tersebut, akan terbongkar jua.

Sementara 46 peratus memberitahu tiada siapa yang akan tahu mengenai perkara sebenar.

Aspek pengganas juga dikatakan antara punca kehilangan pesawat itu dengan sebahagian besar percaya pengganas terlibat dalam perkara ini, meskipun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Selain itu ada juga percaya kapal terbang itu telah dirampas manakala yang lain percaya masalah teknikal mungkin antara punca kehilangannya



makluk kepala  hitam  united melayu no otak  stage drama untuk kaut keuntungan dari kesusahan mangsa  mh 370

http://macam2ma.blogspot.com/2014/03/bukti-terbaru-memperlihatkan-mh370.html

http://macam2ma.blogspot.com/2014/03/dengar-bunyi-letupan-kuat-dari-arah.html

http://macam2ma.blogspot.com/2014/03/imej-di-satelit-yang-palsu-atau-kamu.html

http://macam2ma.blogspot.com/2014/03/berakhirlah-sudah-perjalanan-mh-370-di.html

http://macam2ma.blogspot.com/2014/04/konspirasi-mh370-satu-sandiwaraada.html

http://macam2ma.blogspot.com/2014/04/mh-307-satu-sandiwara-kerajaan-malaysia.html

05 May 2014

ketidakcekapan dan kehilangan masa ganggu pencarian MH370..?..bagaimana pula jika kerajaan bermain sandiwara dalam hal ini..?..apakata kalau MH 370 telah di tembak jatuh di perairan vietnam dan pemimpin kerajaan BN cuba mendapatkan gantirugi secara senyap dari kerajaan vietnam...?



Kelemahan yang terdedah dalam laporan awal penerbangan Malaysia Airlines MH370 sangat membimbangkan dan menimbulkan persoalan berhubung kecekapan pusat operasi penerbangan itu, kata kapten Airbus A330 yang menulis buku tentang kemalangan Air France 447.

Dalam artikel beliau di CNN, Bill Palmer berkata laporan lima mukasurat itu menunjukkan Kementerian Pengangkutan Malaysia masih cuba melindungi segala maklumat yang diperolehi.

Beliau berkata perkara ini jelas dilihat apabila dibandingkan dengan laporan awal kemalangan lain seperti penerbangan Air France 447 yang begitu terperinci sekali.

"Apa yang kita dapat tahu daripada laporan ini adalah penerbangan itu memberitahu pengawal – yang sudah pun sedang mencari pesawat MH370 – bahawa keadaan itu normal, ia telah melambatkan pengetahuan bahawa pesawat itu sudah tersimpang beratus-ratus batu daripada jalan asalnya dan  melambatkan juga sebarang tindakan untuk mencarinya.

"Malah, masa yang berlalu tiga jam dan 52 minit antara pengawal di Ho Chi Minh, Vietnam melaporkan kepada pengawal trafik Kuala Lumpur, Malaysia bahawa pesawat MH370 belum menghubunginya, dan masa yang diambil untuk mengaktifkannya," kata Palmer, kapten Airbus 330 penerbangan besar dan penulis buku “Understanding Air France 447” yang menjelaskan butiran dan pengajaran hempasan pesawat itu.

Palmer berkata laporan awal mencatatkan pengawal Ho Chi Minh melaporkan ternampak pesawat MH370 di petunjuk arah Igari, kedudukan yang masih di dalam ruang udara Malaysia di mana pesawat tersebut diarahkan untuk menghubungi Ho Chi Minh, tetapi tiada hubungan suara.

Beliau memetik laporan itu mengatakan pengawal juga melihat “blip radar” hilang di atas satu lagi petunjuk arah dalam perjalanan pesawat itu di timur utara Igari, dalam ruang udara Ho Chi Minh dan kurang 100 batu dari selatan Vietnam.

Selepas tidak mendapat apa-apa respons daripada pesawat itu selama 17 minit, kedua-dua pengawal menghabiskan masa 20 minit cuba menghubungi pesawat itu melalui pelbagai frekuensi, kata laporan tersebut, dan melalui sambungan pesawat lain dalam ruangan itu seperti yang dijangkakan.

Palmer berkata pada detik inilah para pengawal mula merujuk kepada syarikat penerbangan, dan sejak itu keadaan bertambah pelik.

Pada 2.03 pagi waktu tempatan, pusat kawalan operasi Malaysia Airlines memberitahu penyelia di kawalan trafik Kuala Lumpur bahawa pesawat tersebut berada di ruang udara Cambodia‎.

03 May 2014

bangau oh bangau enggan letak jawatan...lewat bertindak kehilangan MH370, perlu tanya kawalan udara Vietnam kata pengarah DCA





Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berkata jarak masa 17 minit dalam membuat pertanyaan mengenai kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah berpunca dari pusat kawalan trafik udara di Vietnam.

Datuk Azharuddin Abdul Rahman (gambar) semalam mengulas jarak 17 minit selepas perhubungan terakhir MH370 dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).

Katanya, terpulang kepada pasukan penyiasat antarabangsa yang ditubuhkan untuk menyiasat mengapa Pusat Kawalan Trafik Udara Ho Chi Minh (HCMATCC) mengambil masa 17 minit untuk membuat pertanyaan kepada KLATCC.

Azharuddin berkata protokol menetapkan masa 5 minit untuk pesawat itu menghubungi HCMATCC sebaik sahaja ia melepas waypoint IGARI, iaitu sempadan di mana sesuatu pesawat akan mula dipantau oleh Vietnam. Namun, HCMATCC menunggu 12 minit lagi sebelum menghubungi Kuala Lumpur.

Jarak masa 17 minit itu tercatat dalam laporan awal MH370 oleh Ketua Inspektor Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan yang dikeluarkan dua hari lepas.

Laporan itu menyebut komunikasi terakhir antara MH370 dan KLATCC dibuat pada 1:21:04 waktu Malaysia, semasa ia melepasi IGARI.

17 minit kemudian, pada 1:38, HCMATCC bertanya kepada KLATCC mengenai kedudukan MH370.

Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac, dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi

02 May 2014

dakwa temui serpihan MH370 menguatkan lagi spekulasi sebelum ini yang ia di tembak jatuh...?




AKERS menunjukkan serpihan yang dianggapnya daripada pesawat MH370 pada skrin komputernya

Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa menemui serpihan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di sebuah lokasi sejauh 4,800 kilometer dari zon pencarian masa kini di selatan Lautan Hindi, lapor akhbar MailOnline semalam.


Ahli arkeologi marin berkenaan, Tim Akers, 56, telah mengkaji perairan Australia di luar pantai bandar raya ini selama bertahun-tahun untuk mencari bangkai sebuah kapal perang negara itu, HMAS Sydney yang hilang semasa Perang Dunia Kedua.

Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, luar pantai Australia Barat.

Sebelum ini, operasi besar-besaran melibatkan sejumlah satelit, pesawat dan peralatan bawah laut canggih yang berupaya meninjau dasar laut dalam gagal mengesan sebarang serpihan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Namun, Akers yang berasal dari Yorkshire Utara percaya, dia telah menemui lokasi di mana pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu terlepas selepas ia hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Dia mendakwa mengenal pasti ekor pesawat hilang di perairan di luar Vietnam di sebuah lokasi yang terletak hanya sekitar 1,600 kilometer dari tempat pesawat itu berlepas.

Penemuannya menyokong beberapa laporan pada minggu ini termasuk daripada seorang bekas juruterbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel yang percaya dia telah menemui bangkai pesawat Boeing 777-200 itu di perairan Thailand.

Akers memberitahu bahawa dia kini mengenal pasti beberapa bahagian pesawat di sebuah lokasi berdekatan dengan laporan yang diterima oleh pihak berkuasa Vietnam bahawa beberapa pekerja cari gali minyak melihat sebuah pesawat terbakar jatuh dari udara.

Imej itu ditemui berdasarkan imbasan gambar dari satelit yang menunjukkan serpihan seperti ekor dan sayap pesawat.



spekulasi  mh 370  kemungkinan besar di tembalk jatuh :

http://macam2ma.blogspot.com/2014/03/dah-kena-tembak-dan-meletup-di-udara.html

http://macam2ma.blogspot.com/2014/03/dengar-bunyi-letupan-kuat-dari-arah.html

http://macam2ma.blogspot.com/2014/03/bukti-terbaru-memperlihatkan-mh370.html

http://macam2ma.blogspot.com/2014/03/kehilangan-mh370-kekal-misteri-selama.html#.U2M8R4GvxqI





25 April 2014

persoalan jika MH370 tidak ditemui



Meskipun Malaysia dan Australia memberi jaminan pencarian akan diteruskan terhadap pesawat Malaysia Airlines MH370, kurangnya petunjuk membuatkan ramai tertanya-tanya: Bagaimana jika pesawat Boeing 777-200ER itu tidak ditemui?

Semasa permulaan misi carian antarabangsa itu, persoalan sedemikian tidak terlintas oleh penyiasat dan orang ramai, namun semakin lama, ia bakal menjadi kenyataan yang pahit.

CNN melihat apa akan berlaku sekiranya pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang tanpa dapat dikesan.

1. Ia akan lenyap dan menjadi misteri dunia.

Kehilangan pesawat mungkin akan setara dengan misteri kehilangan Amelia Earhart. Juruterbang wanita yang hilang ketika cubaan pertama mengelilingi dunia menaiki pesawat Equator pada Jun 1937 menimbulkan pertanyaan.

Misi carian gagal mengesan sebarang jejak, pemandu arah Frederick Noonan mahupun pesawatnya. Sesetengahnya percaya mereka kehabisan minyak dan terhempas di laut – teori sama yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines, kata CNN.

Kemudian, adanya Segitiga Bermuda.

Banyak kapal laut, pesawat dan orang hilang di kawasan pertemuan Lautan Atlantik, "segitiga" dari Bermuda, Miami dan San Juan, Puerto Rico.

Pegawai AS melaporkan puting beliung, ribut petir secara tiba-tiba, arus Teluk dan perairan Caribbean yang cetek bukti munasabah kehilangan kapal.

Namun sehingga kini tiada penjelasan kehilangan pesawat MH370, kata CNN.

Misteri tidak semuanya kekal misteri.

Dua tahun pasukan pencari menemui kotak hitam pesawat Air France 447, yang terhempas di Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009 ketika dalam perjalanan ke Paris dari Rio dengan 228 penumpang.

Meskipun lokasinya diketahui, sukar untuk mencari pesawat itu.

Tiada GPS mahupun carta lautan ketika 1912 ketika RMS Titanic karam di Utara Atlantik. Hanya pada 1985 kapal pelayaran mewah British itu ditemui.

Tempoh 73 tahun itu suatu tempoh yang lama, namun sesetengah jawapan memerlukan masa, kata CNN.

2. Keluarga tidak didedahkan berkenaan tragedi

Wajah-wajah muram keluarga menaiki pesawat MH370 menjawab segalanya.

"Semakin lama peluang anak saya dan penumpang lain untuk ditemui semakin kecil," kata waris penumpang warganegara China.

"Untuk mengetahui orang itu hidup kita perlu melihat mereka. Untuk tahu orang itu mati kita nampak mayatnya. Itu sahaja," kata Wen.

Emosi keluarga berkecamuk. Percanggahan maklumat dan kelewatan pegawai Malaysia menimbulkan kemarahan.

Semakin sebak apabila tiada mayat untuk dikebumikan. Bagaimana mahu melepaskan tanpa mengucapkan selamat tinggal?

Harapan masih membara di jiwa Prahlad Shirsath, suami kepada isterinya yang menaiki pesawat itu.

"Jauh di lubuk hati saya merasakan dia akan kembali," katanya kepada CNN.

"Dia akan pulang kerana tiada sebab untuk putus harapan," katanya.

3. Penemuan palsu yang memusnahkan harapan

Setiap beberapa bulan atau tahun, akan timbul teori kehilangan pesawat – atau menemui apa yang mereka percaya sebagai cebisan pesawat.

Ibu bapa Madeleine McCann mengetahui perkara ini, kata CNN.

Ketika berusia 3 tahun dia hilang pada 2007 ketika percutian keluarga di resort Portugis di bandar Praia da Luz. Kehilangannya menjadi perhatian luas media seluruh dunia dan kekal misteri selama 7 tahun.

Sejak itu juga timbul kisah kelibat McCann selepas diculik. Mereka menerima pelbagai janji. Namun Madeline masih tidak ditemui.

4. Pembayaran insurans besar-besaran

Masih belum diketahui jumlah pembayaran insurans yang akan dibayar Malaysia Airlines kepada waris penumpang, namun sudah pasti ia jumlah yang besar, kata CNN.

Sebahagian peguam yang berpengalaman menguruskan perkara seperti ini berkata jumlah setiap penumpang berkemungkinan US$400,000 (sekitar RM1.3 juta) hingga US$10 juta (RM33 juta).

Jumlah insurans yang diambil syarikat adalah antara US$2.5 bilion dan US$2.5 bilion setiap pesawat, kata CNN memetik Firma Dan Rose of Kreindler & Kreindler.

Jumlahnya sekitar US$10 juta setiap penumpang. Dengan 239 penumpang, ia lebih besar.

Di bawah amalan antarabangsa dikenali sebagai Konvensyen Montreal, syarikat penerbangan perlu membayar keluarga penumpang sejumlah pampasan US$150,000 hingga US$175,000, namun itu hanya permulaan.

Keluarga mangsa boleh membuat tuntutan.Pembuat pesawat Boeing, juga bakal menjadi sasaran.

Namun, sehingga pesawat itu ditemui, keluarga tidak mempunyai banyak kes. Melainkan kematian tanpa mayat.

5. Akan berlaku perubahan polisi

Setiap nahas menyebabkan berlakunya perubahan polisi. Namun bila tidak diketahui puncanya, ia semakin sukar.

Penguatkuasa AS meluluskan 90 hari 'ping' isyarat disertakan dengan perakam data, jadi pasukan pencari mempunyai peluang lebih besar untuk menemui pesawat.

Beacon pengesan seharusnya memindahkan data 90 hari untuk memudahkan misi mencari pesawat di dalam air.

Pesawat MH370 mempunyai ketahanan bateri selama 30 hari. Isyaratnya semakin lemah ketika alat pengesan dilepaskan untuk mengesan kotak hitam.Tambahan 60 hari mungkin akan membantu.

Menjelang 2015, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menetapkan kesemua pesawat baru mempunyai keupayaan 90 hari. Menjelang 2020, setiap pesawat akan memilikinya, kata FAA.

Malaysia sudah menghantar laporan awal pesawat MH370 kepada Badan Penerbangan Awam Antarabangsa, sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk penerbangan. Namun belum didedahkan kepada umum.Namun, terdapat begitu banyak persoalan.

Adakah terdapat cara yang lebih baik untuk mengesan pesawat? Mampukah pesawat diikuti dengan satelit untuk mengesan pergerakan yang tidak boleh dimatikan?

Setiap telefon mempunyai GPS, mampukah kita menemui pesawat bernilai jutaan ringgit?

Agensi penerbangan PBB berkata kepada CNN, Malaysia berkata dunia industri penerbangan perlu melihat pengesan secara langsung pesawat.

Ia cadangan sama dikeluarkan selepas kejadian nahas Air France. Namun "tiada yang berubah".

Buat masa ini, harapan semakin menipis bagi menjumpai pesawat dan merungkai misterinya.

mengesahkan kehilangan pesawat sandiwara kerajaan kuasa besar dan malaysia.....tiga objek tiada kaitan MH370



GAMBAR bertarikh 21 April lalu menunjukkan Kenderaan Dalam Air Autonomi, Bluefin-21 diangkat semula ke atas kapal Ocean Shield milik Australia selepas mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.


PERTH – Pihak berkuasa Australia mengesahkan tiga serpihan yang dijumpai di sebuah pantai di Australia tidak mempunyai kaitan dengan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Tiga objek itu dijumpai oleh seorang lelaki kelmarin yang berjalan di sebuah pantai di barat negara tersebut sebelum menghubungi polis.

Salah satu objek itu adalah sekeping logam sebesar kereta dan mempunyai paku-paku rivet pada birainya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Australia mengambil masa tidak sampai satu hari untuk menganalisis gambar objek tersebut dan menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

“Kami tidak melihat sebarang petunjuk menerusi gambar itu yang boleh kami percaya bahawa ia datangnya dari sebuah pesawat Boeing,” kata seorang Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan.

Pesawat itu hilang daripada radar pada 8 Mac lalu semasa ia sepatutnya menghubungi sebuah menara kawalan di Vietnam semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Seramai 227 penumpang dan 12 kru menaiki pesawat itu yang didapati berpatah balik dan dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.

Dalam pada itu, kapal sokongan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 6 semalam menyertai kapal frigat KD Lekiu dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Ia adalah kapal TLDM kelapan yang menyertai pasukan dari pelbagai negara untuk mencari pesawat malang itu.




19 April 2014

isyarat dan tompokan minyak yang di kesan bukan dari mh 370 mengesahkan bahawa kehilangan pesawat berkenaan adalah satu sandiwara antara kerajaan negara ini dengan negara asing....!!!

bukti bukti jelas  yang menunjukkan  pesawat berkenaan  bukan  di sebabkan  kemalangan  terhempas   di lautan  hindi...( bukan berakhir di lautan hindi seperti  yang di nyatakan oleh pm  tak de telor  1 malaysia )



Isyarat Dikesan Pesawat Australia Khamis Bukan Dari Kotak Hitam Pesawat




PERTH, 11 April (Bernama) -- Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) mengesahkan isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis di kawasan pencarian di Lautan Hindi tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata penilaian awal mengesahkan isyarat itu tidak datang dari alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

"Pusat Analisis Akustik Bersama Australia telah menganalisis data akustik berkenaan dan mengesahkan isyarat dilaporkan dikesan di kawasan Kapal Pertahanan Australia, Ocean Shield kemungkinan tidak ada kaitan dengan kotak hitam pesawat.

"Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Bersama Australia," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata ia bertujuan untuk mendapatkan sebanyak maklumat yang boleh sementara bateri alat pengesan isyarat di bawah permukaan air itu mungkin masih aktif.

"AP-3C Orion akan meneruskan pencarian akustiknya, bekerjasama dengan Ocean Shield, dengan tiga lagi misi dirancang untuk hari ini.

"Keputusan tentang bila untuk mengerahkan kenderaan bawah air automatik akan dibuat atas nasihat pakar dalam kapal Ocean Shield dan mungkin dalam beberapa hari lagi," katanya.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian pesawat MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

BERNAMA




Tompokan minyak bukan dari pesawat MH370




KENDERAAN Dalam Air Automatik yang dikenali Bluefin-21 mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi semalam.

PERTH - Tompokan minyak dikesan pada Ahad lepas oleh kapal pertahanan Australia Ocean Shield di selatan Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang, bukan minyak pesawat atau cecair hidraulik.

Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), yang menyelia operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370, berkata, perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal dilakukan pada sampel diambil di kawasan pencarian yang tiba di Perth pagi semalam.

Pada Isnin lalu, Ketua Penyelaras JACC, Angus Houston berkata pada sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500 meter (meter) dalam kawasan isyarat 'ping' dikesan sebelum itu oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan kapal Ocean Shield.

Dua liter tompokan minyak itu kemudian diambil sebagai sampel.

Dalam perkembangan lain, JACC berkata hasil penilaian oleh pihak Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500m.

"Peluasan parameter operasi itu membolehkan Bluefin-21 melakukan pencarian di dasar laut pada had yang dijangkakan di kawasan pencarian ketika ini," menurut agensi itu dalam kenyataan.

Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics.

JACC turut menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, menegaskan kenyataan itu tidak betul.

Terdapat alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta tiga dimensi pada Bluefin-21 yang digunakan untuk mengimbas kawasan dasar laut.

Ia digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan pada Isnin lepas.

Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui sebarang objek setakat ini.

Ia dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat itu di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat pengesan pinger ditunda sejak 8 April lalu.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas pada 8 Mac lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam dan hilang dari imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Selepas analisis dibuat terhadap data satelit, ia menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu berada di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac lalu bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama


Masih tiada bukti kukuh


PERTH: Masih tiada lagi bukti kukuh tentang pesawat Malaysia Airlines MH370 ditemui daripada empat misi mencari dalam air kenderaan dalam air autonomi (AUV), Bluefin-21, di selatan Lautan Hindi sejak Isnin.

Pusat Penyelerasan Agensi Bersama (JACC) berkata, AUV itu setakat ini telah mencari kira-kira 110 kilometer persegi.


Ia telah dihantar untuk misi kelimanya hari ini, menurut agensi itu dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Bluefin-21 yang dilengkapi sistem pengesan sonar dihantar dengan harapan dapat mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang dalam air memandangkan tiada lagi isyarat yang disahkan dikesan oleh alat pengesan pinger sejak 8 April lalu.

Ia menggunakan bunyi akaustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi dasar laut dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menyiapkan satu-satu misi itu, yang termasuk empat jam untuk memuat turun data yang dikumpulkan. - Bernama






jadi apalagi spekulasi yang boleh di beri...kalau bukan jatuh di laut kemana perginya  hilang pesawat berkenaan .negara kuasa besar amerika syarikat mempunyai kepentingan  dengan kerjasama  negara yahudi untuk mencari alasan mengapa perlu negara umat islam di jajah...jadi kerjasama  menghilangkan  pesawat berkenaan dengan pemimpin  negara ini ada imbalannya..?komisen rm 300 juta  atau apa apa ?

Kembar MH370 Ada Di Israel.

Pesawat MH370 'disorok' Amerika di Diego Garcia

atau  najib  sendiri ingin berunding  dengan  vietnam atas  isu pesawat  berkenaan  telah tertembak  jatuh di perairan  vietnam. isu pampasan yang perlu di bayar kepada  najib dan kroni sendiri  dan bukan atas  kapasiti   kerajaan dan  mereka yang  hilang bersama pesawat berkenaan ....dengan kata lain masuk poket sendiri lah...komisen kapal selam  boleh bikin sampai tak boleh di dakwa inikan  kes seperti ini...hanya sedikit sandiwara di perlukan...kacang ajer buat najib...sebab rakyat  negara ini mudah di perlembukan...!!!

Lawatan rasmi pertama Najib ke Vietnam 

tu pasal cara  najib dan menteri  menteri kangkung  menanggani isu  ini  sangat2  boleh   di persoal  seolah olah melepas batuk di tangga...selain dari menghafal skrip  , bila ada pertanyaan  cepat cepat lari dari wartawan yang menanti .


Najib malukan Malaysia, lari dari jawab isu MH370

15 April 2014

mh 307 satu sandiwara kerajaan malaysia dengan negara kuasa besar ....ping jadi pingai....helah menipu dalam gerakan menyelamat ( SAR )...?




Permainan dalang yang menyebabkan kehilangan MH370 makin hari makin jelas. Dengan meletakkan beberapa kepalsuan melalui penguasaan teknologi, mereka berjaya memperdaya dunia. Mengalih tumpuan daripada realiti dengan maklumat palsu itu dan ini.

Dunia diperbodohkan oleh perampas. Kita imbas kembali berita perang teknologi Amerika dan Russia suatu ketika dahulu.

Amerika mendakwa boleh mengesan sebarang objek sebesar jari kelingking manusia melalui satelitenya manakala Russia mendakwa mampu mengecam setiap orang arab hanya melalui janggut mereka sahaja dengan menggunakan imej satelite.

Tidak terfikirkah dunia mengapa kedua-dua kuasa besar dunia ini tidak menggunakan kecanggihan pengimejan satelite mereka untuk mencari MH370.

Antara kedua-dua negara tersebut siapakah yang berkepentingan terhadap MH370. Negara manakah yang menguasai Australia, United Kingdom, dan India????

Negara manakah yang boleh membuatkan sesebuah kerajaan kecil melutut atas kemahuan mereka demi menjaga ekonomi yang terlalu bergantung kepadanya.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu

14 April 2014

konspirasi MH370 satu sandiwara...ada pihak menyembunyikan maklumat





Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror

11 April 2014

rupanya ada pelajar bawa peluru meriam dalam pesawat mh 370...?



GAMBAR menunjukkan dua peluru meriam yang cuba diseludup oleh dua pelajar sebelum ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare di Chicago.

CHICAGO - Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare di sini gempar selepas dua pelajar sekolah menyeludup dua peluru meriam ketika dalam penerbangan dari London, Britain ke Chicago, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Pelajar sekolah menengah tersebut yang baru pulang dari lawatan sekolah di Eropah dikatakan membawa pulang dua peluru meriam era Perang Dunia Pertama itu sebagai cenderahati.

Peluru meriam itu dikesan dalam satu bagasi milik dua pelajar berusia 16 dan 17 tahun selepas pesawat United Airlines yang dinaiki mereka dari London mendarat di Chicago pada Isnin lalu.

Pihak keselamatan lapangan terbang yang mengesan peluru itu kemudiannya menghubungi unit pemusnah bom dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, siasatan pakar mendapati peluru tersebut sudah dimatikan dan tidak berbahaya.

Pelajar itu memberitahu pihak berkuasa, peluru itu dijumpai di satu lokasi berhampiran sebuah muzium di Perancis sebelum dibawa pulang sebagai cenderahati.

Selepas soal-siasat dua pelajar berkenaan dibebaskan tetapi peluru berkenaan dirampas.

Kejadian itu juga mencetuskan persoalan berhubung tahap kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London.




gimik ajer....ha ha ha ha

ada pulak pesawat hampir hilang menyamai mh 370



NEW DELHI - Komunikasi antara sebuah pesawat Jet Airways dari India dengan menara kawalan trafik udara hilang selama 30 minit ketika berada di ruang udara Jerman pada bulan lalu selepas juruterbang menanggalkan fon kepala mereka, lapor akhbar semalam.

Pesawat itu yang dalam penerbangan dari London, Britain menuju ke Mumbai dilaporkan tidak menjawab panggilan radio dari menara kawalan selama 30 minit ketika terbang di ruang udara Jerman.

Kejadian yang berlaku pada 13 Mac lalu menyebabkan pihak berkuasa Jerman membuat aduan kepada India.

"Kejadian itu mencetuskan panik di menara kawalan trafik udara Jerman kerana situasi itu menyamai tragedi yang berlaku pada pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS)," kata seorang pegawai yang dipetik akhbar Indian Express.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu dipercayai terhempas di Lautan Hindi selepas terputus hubungan dengan menara kawalan pada 8 Mac lalu.

Seorang jurucakap Jet Airways berkata, komunikasi itu terputus selepas kru pesawat Boeing 777-300ER terlupa untuk meningkatkan bunyi pembesar suara selepas membuka fon kepala mereka.

Tambah jurucakap itu lagi, dua juruterbang pesawat berkenaan digantung selama dua minggu akibat insiden berkenaan.

Pihak berkuasa penerbangan awam India juga mengarahkan satu siasatan dijalankan berhubung tindakan juruterbang tersebut