keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label menteri samseng. Show all posts
Showing posts with label menteri samseng. Show all posts

28 June 2014

bila menteri KDN mulut celupar....tak layak jadi menteri yang jaga keselamatan rakyat....baik berhenti jadi menteri....menyusahkan dan perabih duit rakyat dengan tak habis habis tunjuk perangai samsengnya...!!!



celuparnya seekor zahid komedi...tak sepadan dengan jawatan menteri yang menjada KDN

HULU SELANGOR – “Itu harga yang terpaksa dibayar kerana bermulut celupar.”

Itu komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika diminta mengulas mengenai insiden penemuan kepala lembu di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer, pagi tadi.

Katanya, sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan kejadian yang menimpa Rayer itu namun katanya itu harga yang terpaksa dibayar kerana bermulut celupar.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Latihan Certified Security Guards (CSG) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kepala lembu yang sudah bersiat kulit dan berdarah itu ditemui di hadapan pintu pagar pada jam 7 pagi oleh isteri ADUN berkenaan.

Rayer kemudian memuat naik gambar penemuan kepala lembu itu di laman Facebooknya pada jam 8 pagi.

ADUN berkenaan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila melabelkan pemimpin Umno sebagai ‘celaka’ pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 20 Mei lalu. - BH Online


keceluparan  si zahid celaka ini di tentang juga oleh  rakan BN nya...

Gerakan kecam kenyataan ‘mulut celupar’ Zahid



Pemimpin Gerakan yang marah memberikan ingatan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa peranannya adalah untuk menjaga keselamatan rakyat negara ini, bukan mempemainkan mereka yang terancam nyawanya.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow (gambar) berkata, menteri dalam negeri itu harus ingat bahawa kepala lembu yang ditinggalkan di depan rumah R.S.N. Rayer itu bukan perkara main-main.

"Menteri dalam negeri harus ingat bahawa peranannya adalah untuk menjaga keselamatan bukan untuk membuat kenyataan yang bukan-bukan terhadap kejadian yang mengancam nyawa dan keselamatan wakil rakyat," katanya dalam sidang media di pejabat Gerakan negeri.

Teng mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan kejadian itu berlaku kerana "mulut celupar" wakil rakyat DAP itu merujuk kepada kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebelum ini.

"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid selepas majlis penutup pengiktirafan pengawal keselamatan di Kuala Kubu Baru, hari ini.

Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini.

"Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan telah disiat kulitnya," kata Adun dua penggal itu kepada The Malaysian Insider.

Teng juga mengutuk pihak yang meletak kepala lembu di depan rumah Rayer itu.

"Jika ada yang anda ingin katakan kepada Rayer, jumpalah dia secara berdepan. Jangan buat perkara sebegini yang tidak boleh diterima sama sekali dalam negara pelbagai kaum ini," katanya.

Beliau juga meminta polis membuat siasatan dengan cepat kejadian yang sudah dua kali berulang itu.

Pada tahun 2010 lalu, sekumpulan ahli Umno dan NGO membawa kepala lembu ke depan pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor ketika kecoh isu pembinaan kuil Hindu di negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Hindu Pulau Pinang P Murugiah terkejut dengan apa yang berlaku.

"Jangan buat apa yang anda tidak suka orang lain buat kepada anda," katanya.



28 May 2014

wa kasi lu ingat lu masuk itu teluk intan lu langsi wa kasi lu mati...ini amaran pondan menteri samseng zahid komedi



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) memberi amaran keras kepada kumpulan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Zahid berkata beliau mendapat maklumat ada pihak yang antara lain cuba mengaut keuntungan melalui PRK itu yang akan diadakan Sabtu ini.

"Jangan ugut orang, jangan cuba campur tangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya tahu mereka duduk di mana dan lari ke mana.

"Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31 hari bulan ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk di Teluk Intan malam ini.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata pilihan raya kecil itu bukanlah soal perjudian politik, dan menggesa agar urusan memilih diserahkan kepada pengundi di kawasan Parlimen Teluk Intan.

Dalam pada itu, Zahid sekali lagi menyelar segelintir wakil media yang terus memutarbelitkan kenyataannya berhubung sumbangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau mengingatkan masyarakat Teluk Intan agar tidak terperdaya dengan propaganda pihak pembangkang khususnya dalam tempoh kempen yang berbaki tiga hari lagi.

PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

menteri samseng beri rasuah uniform kepada RELA...SPR jadi pondan sokmo...agaknya ini negara mak bapak depa...langgar peraturan pilihanraya pun tak apa...!!!

Zahid janji uniform baru untuk Rela jika Gerakan menang PRK Teluk Intan




ahli RELA yang cuba di perbodohkan oleh  menteri samseng



awas anggota RELA yang tak mengundi BN...aku tau siapa kau...!!!


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar bawah) kelmarin  berkata beliau akan menaja uniform baru bagi 8,639 anggota Rela yang layak mengundi di Teluk Intan bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong memenangi pilihan raya kecil pada 31 Mei ini.

Menteri Dalam Negeri itu menyatakan bukan semua anggota Rela yang hadir di program petang kelmarin di Kampung Selaba, Teluk Intan memakai uniform baru yang berwarna hijau muda.

"Saya menyedari terdapat perbezaan dalam uniform  – ada yang memakai hijau gelap, yang lain hijau muda – Saya berjanji  kepada pengundi di Teluk Intan, jika Mah menang, saya akan segera membelikan anda uniform  baru " katanya yang mendapat sorakan 4,000 orang yang hadir.

"Jika dia tidak menang, anda mesti membeli sendiri. Tetapi saya yakin dengan kerjasama kita, kerja keras dan komitmen yang tinggi, kita akan memastikan Mah Siew Keong memenangi kembali kerusi Parlimen Teluk Intan, " kata Zahid.

Beliau menambah sementara lebih 8,000 anggota Rela di Teluk Intan layak mengundi, beliau memberi amaran kepada mereka bahawa beliau sedar siapa yang tidak mengundi dalam  pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.

"Pada pilihan raya umum ke-13, seramai 2,019 anggota Rela tidak mengundi. Saya periksa satu demi satu, dan saya tahu siapa yang tidak keluar mengundi.

"Jangan bimbang, mereka tidak berada di sini pada majlis ini. Tetapi kita mesti memastikan mereka mengundi kali ini," kata Zahid.

Walaupun identiti pengundi sepatutnya rahsia, Zahid, yang juga naib presiden Umno memberitahu orang ramai beliau mampu memeriksa peti undi untuk melihat siapa yang mengundi.

Mah, presiden Gerakan, dikalahkan dalam pilihan raya umum 2013 oleh calon DAP Seah Leong Peng dengan margin sebanyak 7,313 undi.

Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi, termasuk 410 pengundi awal dan pengundi tidak hadir 12.

Kawasan itu mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 Cina (41.9 %) dan 11,468 India (19%).

Kali pertama DAP memenangi kerusi persekutuan, kemudian dikenali sebagai Teluk Anson, dalam pilihan raya 1969, apabila Chan Fu King menewaskan calon MCA Dr Ng Kam Poh.

Bagaimanapun, sejak persempadanan semula pada 1974, 1984 dan 1993, kawasan pilihan raya itu berubah dari segi komposisi dan watak, yang membolehkan calon Gerakan memenangi kerusi itu dari 1974 sehingga pilihan raya umum 1995 apabila M. Kula Segaran dari DAP memenangi kerusi tersebut

zahid komedi restui perang sabil pemuda samseng , bangsat dan bacul UMNO terhadap DAP...inilah akibatnya bila samseng jadi menteri dia buat ikut suka hati dia ...!!!

Ancaman bakar Pemuda Umno satu balasan buat DAP, kata Zahid Hamidi





kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...mana tidaknya pemuda UMNO semakin galak lagak samsengnya kalau tak mengikut perangai menterinya...tengok muka dia berselfie pon dah tau perangai samsengnya...!!!

Ancaman yang dibuat Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP pada Khamis lalu adalah satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membernarkan ahlinya mengeluarkan perkataan menghina, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Tindakan Pemuda Umno itu mencerminkan kemarahan pemimpin mereka. Mereka sakit hati, itu tak dapat nak elak," kata Zahid yang juga naib presiden Umno kepada pemberita di Teluk Intan kelmarin.

"Saya nak beri amaran kepada semua parti sila hormati parti lain dan jangan guna perkataan yang boleh menyakitkan perasaan orang lain.


"Saya bimbang harga balasan yang perlu dibayar jika kamu salah guna perkataan seperti YB Rayes.

Kira-kira 50 Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan protes di hadapan bangunan DAP di Jalan Yew, Kuala Lumpur pada Khamis lalu sebelum menyerahkan memorandum kepada Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming.

Selain memegang sepanduk, mereka juga mengugut membakar bangunan DAP selain merosakkan papan tanda parti.

Protes itu diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer kerana mengeluarkan perkataan “Umno celaka” semasa sidang Dewan Pulau Pinang Selasa lalu.

"Bila kita naik marah, inilah harganya yang perlu dibayar jika kamu salah guna ayat.

"Bila (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin mencabar Rayer supaya mengulangi kenyataannya di luar Dewan, dia tak berani.

"Rayer guna kuasa imunitinya dalam Dewan untuk menghentam apa sahaja dan ini mengecawakan," kata Zahid.

Katanya, imuniti yang diperoleh wakil rakyat sepatutnya digunakan dengan hormat, bukan untuk disalahgunakan.

Zahid turut menggesa semua wakil rakyat lain kekal rasional dengan mengatakan "mereka boleh berbeza pendapat tetapi gunalah perkataan yang elok supaya tiada pihak yang tersinggung.

"Bagaimana kita mahu hormat orang jika mereka tak nak belajar hormat orang lain," soalnya