keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label kebesaran Allah SWT. Show all posts
Showing posts with label kebesaran Allah SWT. Show all posts

04 March 2014

pokok tercabut tegak semula



Kent – Misteri menyelubunyi penduduk di Chiddingstone selepas sebatang pokok yang telah tumbang dan tercabut dari tanah akibat ribut, kembali berdiri tegak.

Namun dengan kuasa Allah, pokok setinggi 40 kaki dan seberat 10 tan itu kini hidup subur.

Ia tumbang pada 23 Disember lalu dan banjir yang melanda menyebabkan bahagian akarnya juga tercabut dari tanah

Keadaan itu disedari oleh pemilik ladang, Donna Bruxner-Randall, yang menyedari pokok itu hidup semula selepas dia melakukan beberapa pemeriksaan di kawasan berkenaan.

“Seluruh bahagian akarnya telah tercabut namun selepas bulan Februari lalu, saya lihat ia kembali tegak. Keadaan ini adalah pelik namun ia adalah benar,’’ katanya.

Pada mulanya Donna dan keluarganya mahu memotong pokok berkenaan kerana ia terletak berhampiran dengan pintu ladangnya.

“Selepas ribut melanda, pokok itu tumbang.

“Ribut kali kedua pula menyaksikan pokok itu berdiri tegak semula.

Tiada tanda menunjukkan ia ditanam semula,” katanya.

25 February 2014

masyaalah...serban dan kopiah di tanam selama 22 tahun masih elok



SUNGAI PETANI – Kerja penggalian 11 kubur di pekarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, dekat sini, semalam, menemui serban dan kopiah putih dalam keadaan masih elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu.

Kecuali kopiah yang hanya terkoyak sedikit di bahagian atas, serban itu masih tidak terjejas dan melilit dalam bentuk asal.

Penemuan itu terhasil apabila Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib memantau kerja penggalian semula kubur berkenaan untuk dikebumikan di tanah perkuburan lain di dalam masjid berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pembesarannya.

Serban dan kopiah itu milik Allahyarham Shamsudin Abas yang meninggal dunia ketika berusia lebih 80 tahun pada 1992 dan dikebumikan di masjid itu yang dibina pada 1942.

Cucu ketujuhnya, Rohana Shamsudin, 48, berkata, arwah datuknya dikebumikan bersama serban dan kopiah selepas sakit tua selama dua bulan.