keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label lenovo. Show all posts
Showing posts with label lenovo. Show all posts

15 June 2014

Lenovo K920 hadir tidak lama lagi dengan skrin QHD, Snapdragon 801










Seperti Lenovo Vibe Z yang mula di edarkan pada  tahun lepas ia telah  mendapatkan susulan yang lebih  baik tidak lama lagi. Ini kerana sebuah Lenovo K920 telah dikesan di gerai China Mobile di Mobile Asia Expo.

Sejak Vibe Z memakai  nombor model K910, tujuan peranti baru yang bakal di pasarkan menjadi serta-merta jelas.

Lenovo K920 mempunyai reka bentuk yang unibody yang kelihatan sperti bentuk logam tetapi mungkin tidak. Dari segi ciri-ciri komputer ia akan menjadi semakin ganas dengan 2560x1440 piksel skrin sentuh 6 inci, yang sebenarnya adalah Lenovo yang pertama  bersaiz 6 inchi mempunyai resolusi yang tinggi. Dengan kamera 16MP di bahagian belakang dan satu kamera bahagian hadapan  5MP khasnya untuk  selfies.

Telefon ini  dikuasakan oleh quad-core Snapdragon chipset Qualcomm 801, dengan CPU yang mencatatkan pada 2.5 GHz, dan di sesuaikan dengan  3 GB RAM. Storan dalaman ditetapkan pada 32GB, dan anda boleh mengharapkan Android 4.4 KitKat platform operasinya.

Lenovo K920 mempunyai sokongan LTE itu , lengkap dengan fungsi dwi-SIM. Tidak jelas sama ada  versi telefon pintar  ini akan di keluarkan dengan sokongan LTE di pasaran luar pada ketika ini, seperti ia  dikeluarkan di China (atau secara rasmi mengumumkan).

Rumours mengatakan terdapat Anti-Shake sebelah sensor kamera di belakang K920 ini. Ini seolah-olah sebagai ciri penstabilan optik yang kita tahu serupa dengan telefon pintar yang dibuat oleh syarikat-syarikat lain.

16 March 2014

Lenovo Vibe Z



Lenovo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar terbaru daripada mereka dengan sokongan spesifikasi tinggi, dinamakan sebagai Lenovo Vibe Z untuk pasaran tempatan. Peranti ini menjadi salah satu fokus utama Lenovo memandangkan ia merupakan telefon pintar dengan sokongan LTE daripada mereka.

Lenovo Vibe Z membawakan rekaan dan binaan badan yang tidak boleh dibuka ruang baterinya. Menurut Lenovo perkara ini membolehkan mereka mengekalkan rekaan peranti yang nipis berbanding sekiranya mereka membolehkan pengguna untuk membuka ruangan bateri tersebut.

Disamping itu, pada bahagian belakang, ia membawakan rekaan polikarbonat yang sedikit berbeza dan dilihat amat selesa apabila dipegang dan digunakan di tangan.

Kedudukan butang kawalan audio dilihat diletakkan di bahagian kiri peranti, dan butang kuasa di bahagian atas peranti – dimana kedua-duanya dilihat agak janggal untuk kami, terutamanya agak sukar untuk mencapai butang kuasa apabila digunakan pada hanya sebelah tangan.

Dari segi skrin, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh. Ia membawakan skrin yang amat terang berbanding beberapa peranti Lenovo yang lain.

Secara keseluruhan, walaupun ia membawakan rekaan yang menarik, namun kami masih tertarik kepada rekaan Lenovo K900 sebelum ini berbanding peranti ini – dari perspektif mata.















Lenovo Vibe Z dilengkapi dengan Android 4.3 Jelly Bean, serta pihak Lenovo menggunakan antaramuka mereka tersendiri pada peranti berkenaan.Beberapa pilihan tema disediakan untuk membolehkan pengguna memilih apa yang digemari mereka.

Berbeza dengan beberapa telefon pintar Android, pihak Lenovo turut dilihat tidak menyertakan bahagian aplikasi khusus mereka, sebaliknya memperlihatkan aplikasi pada skrin utama sahaja – lebih kurang seperti peranti Huawei, ataupun lebih kurang menyerupai susunan di iPhone. Namun, pengguna masih dapat menambah bilangan homescreen mereka, disamping menambah widget dan sebagainya.

Pihak Lenovo juga turut menambah beberapa fungsi tambahan, termasuk beberapa perkara berkaitan dengan gesture. Pengguna boleh mengaktifkan beberapa fungsi seperti goncangkan peranti untuk lock, Pocket Mode untuk bunyi yang lebih kuat, sokongan multi-windows, dan beberapa yang lain.






Lenovo Vibe Z menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dengan sokongan auto-fokus dan pilihan beberapa filter pada aplikasi kamera mereka. Disamping itu, ia turut menyertakan dwi-LED pada bahagian belakang untuk menawarkan pencahayaan yang lebih terang berbanding kebiasaan.

Menariknya, selain kamera belakang dengan sensor besar, pihak Lenovo turut menyertakan sensor 5-megapixel pada bahagian hadapan. Pihak Lenovo mengatakan ia menawarkan sokongan rakaman selfie pada kualiti lebih baik menggunakannya – salah satu fenomena yang popular akhir-akhir ini.

Kami hanya sekadar dapat menggunakan peranti ini untuk beberapa minit sahaja, dan secara kasarnya ia berfungsi tanpa sebarang masalah. Terdapat beberapa fungsi yang kami lihat mengalami sedikit lengah masa ketika menggunakannya, dan mungkin kami tidak boleh memberikan komen keseluruhan mengenainya tanpa mencubanya secara penuh.

Bilangan aplikasi yang hadir daripada Lenovo pada peranti ini juga agak banyak, dimana kami kurang pasti adakah semuanya berguna ataupun sebaliknya.

Satu lagi kekurangan yang kami lihat adalah ketiadaan sokongan kad mikro-SD pada peranti ini, yang akan menyukarkan pengguna untuk menambah ruangan storan dan sebagainya.

Apa pun, sekiranya anda meminati Lenovo, dan inginkan sebuah peranti dengan sokongan rangkaian LTE dan pelbagai spesifikasi terkini termasuk fungsi-fungsi tambahan daripada Lenovo, mungkin ini adalah peranti untuk anda. Lenovo Vibe Z dijual di Malaysia pada harga RM1799.


detail

02 March 2014

Lenovo Yoga 2 Laptop Boleh Pusing




Laptop Lenovo Yoga 2 bakal dikeluarkan tidak lama lagi dengan rekaan hibrid yang ditawarkan pada saiz 11 dan 13 inci dengan keunikan monitor boleh dipusingkan sehingga 360 darjah.

Ia membolehkan Yoga 2 berfungsi sebagai laptop, tablet atau TV dengan kelebihan aplikasi sendiri seperti Phone Companion, Camera Man, Photo Touch dan Chef yang memberikan pelbagai pengalaman menjangkaui fungsi perkomputeran.
Lenovo menawarkan paparan beresolusi tinggi Quad HD 3200 x 1800 piksel bersama format 10 titik sentuh yang cukup sensitif.

Mesin ini akan menggunakan pemprosesan Intel Core generasi keempat yang sempurna bagi hiburan dan kerja.

Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan, Lenovo masih mengekalkan tahap kenipisan 0.61 inci bersama jangka hayat bateri sehingga sembilan jam.
SPESIFIKASI LENOVO YOGA 2:

Harga: Anggaran RM3,500
Pemprosesan: Intel Core i5-i76
OS: Windows 8.1
Memori: sehingga 8GB DDR3L 1600 MHz
Paparan: 11 dan 13.3 inci QHD+ (3200 x 1800)
Dimensi: 12.99 x 8.66 x 0.61 inci
Setoran: 128GB / 256GB / 512GB SSD
Grafik: Intel HD graphics 4400
Bateri: 9 jam



selanjutnya