keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label macam macam. Show all posts
Showing posts with label macam macam. Show all posts

14 June 2014

kereta dicat dengan warna bendera




SEORANG peminat yang memakai jersi skuad bola sepak Brazil berada di tepi keretanya di sebuah stesen minyak di Manus kelmarin.

RIO DE JANEIRO, Brazil - Beberapa buah kereta dicat dengan warna bendera negara ini yang bertanding pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014.

Sebuah kereta Volkswagen Beetle yang dikenali dengan nama tempatan sebagai fusca turut dicat dengan warna kuning dan hijau di kawasan perumahan Praca 14 de Janeiro, Manus kelmarin.

Warna itu terdapat pada bendera Brazil.

Sebuah lagi kereta turut dicat dengan warna bendera Brazil itu dapat dilihat di sebuah stesen minyak di Manus kelmarin.

Seorang peminat turut memakai jersi bola sepak skuad Brazil semasa dia menaiki kereta tersebut.

Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 berlangsung di 12 bandar raya Brazil bermula semalam dan berakhir pada 13 Julai depan

04 May 2014

makan kereta tuan...anjing kena jual




Tak cukup dengan tulang, seekor anjing memamah kereta Aston Martin milik tuannya yang berharga £80,000 (lebih RM430,000).

Akibatnya, anjing berusia empat tahun tersebut bakal memiliki tuan baru tidak lama lagi

Royston Grimstead, 42, dari Chedzoy, Somerset, England berkata dia pulang dari kerja pada satu hari lalu mendapati mulut anjingnya mempunyai sesuatu berwarna putih.

Dia menyangka bulu burung namun selepas diperiksa, rupa-rupanya ia adalah serpihan gelas fiber dari kereta Aston Martin DB9 Volante yang baru dibelinya 15 bulan lalu.

Selain disebabkan insiden ini, Grimstead mendakwa mahu menjual anjingnya kerana didapati tidak ngam dengan seekor lagi anjing peliharaannya.

Apa pun tak payah nak selindunglah Grimstead, kami pasti ini adalah sebab musabab utama anjing itu nak dijual kan?

Berlaku jujurlah, harap-harap beritahu awal-awal tuan baru anjing tersebut tentang tabiat makan anjing ini.

19 April 2014

impian gila...rindu kena penjara



Illinois: Seorang warga emas yang juga bekas banduan yang menghabiskan kebanyakan usia dewasanya di dalam penjara akhirnya mendapat apa dikehendakinya selepas merompak sebuah bank untuk kembali ke penjara yang dianggap ‘rumahnya.’

Walter Unbehaun, 74, menakutkan seorang pekerja bank apabila menunjukkan pistol yang diselitkan di seluarnya dalam kejadian 9 Februari tahun lalu.

Dia dilaporkan berkata kepada wanita terbabit: “Saya tidak mahu mencederakan kamu” sebelum melarikan AS$4,178 (RM13,528) dan pergi ke sebuah motel di mana dia menunggu polis datang untuk menahannya.

Malah, Unbehaun nampak gembira ketika melihat polis datang.

Sehubungan itu, Hakim Sharon Johnson Coleman memerintahkannya dipenjara tiga bulan setengah.

“Ini bukan kali pertama awak menakut-nakutkan orang,” katanya.

Unbehaun yang memakai tongkat untuk berjalan mengulangi permintaannya supaya dipenjara namun mengakui dia tidak mahu meninggal dunia di situ.

“Saya akui, kesalahan dilakukan memang teruk,” katanya.

Menurut peguamnya Richard McLeese, Unbehaun melakukan kesalahan itu kerana terlalu bosan dan sunyi hidup di luar sehingga menganggap kehidupan dalam tahanan lebih baik.

Malah, tiada anggota keluarga atau rakannya menghadiri prosiding itu.

McLeese mengakui terkejut apabila Unbehaun memberitahunya dia mahu pulang ke ‘rumahnya’ iaitu penjara.

“Pada mulanya saya sangkakan dia mahu diikat jamin, rupanya dia maksudkan penjara.

“Pada saya ini memang kes paling memilukan yang pernah saya wakili,” katanya

binaan mirip buah-buahan



GAMBAR menunjukkan Ruiz duduk di depan binaan yang dihasilkannya itu.

TANARANDY, San Ignacio - Seorang artis seni Paraguay, Koki Ruiz menghasilkan satu binaan mirip sebuah bangunan yang dihasilkan daripada susunan buah labu, jagung dan kelapa.

Ruiz menggunakan 7,000 buah tersebut sepanjang dia menjadi artis seni bagi menghasilkan binaan itu pada 17 April lalu.

Binaan unik itu akan menjadi tumpuan pelancong yang melawat bandar ini.




17 April 2014

lelaki jadi `anjing’ kejutkan ramai



London – Sanggup menjadi anjing. Itu yang berlaku kepada lelaki ini yang diheret oleh seorang wanita di tengah kota London dengan rantai diikat di leher.

Lelaki ini pula merangkak seperti anjing. Entah apa yang mereka fikirkan namun ia mengejutkan orang ramai.

Ia menyebabkan imej berkenaan dirakamkan dan dimuatnaik dalam media sosial.

Tidak diketahui sama ada ia adalah satu aksi untuk promosi sesuatu produk atau untuk dijadikan bahan jenaka semata-mata.

Namun wanita yang mengheret `anjing’ ini menunjukkan wajah bersahaja tanpa sebarang reaksi meskipun aksinya jadi tumpuan.

11 April 2014

bisnes ‘menangis’ waktu pengkebumian



CHINA – Penduduk di China kini menggunakan pelakon yang diupah bagi menangis pada upacara pengebumian, bagi mengambil alih tugas ahli keluarga yang sibuk untuk menghadiri upacara tersebut.

Dengan bayaran sebanyak £300, tujuh pelakon profesional akan menangis dengan kuat, seperti yang diamalkan dalam ritual pengebumian dan turut menggalakkan orang ramai menyertainya.

Jika tiada tangisan kedengaran, maka ia menunjukkan bahawa si mati tidak disayangi oleh anggota keluarga.

Menurut salah seorang pelakon terbabit, Chen Shuqiang, 35, perniagaan berkenaan semakin berkembang dengan pelakon wanita menjadi pilihan berbanding dengan lelaki.

“Mereka minta kita meraung dan bersedih dengan kematian anggota keluarga mereka.

“Aksi menangis sambil merebahkan badan di hadapan keranda lebih popular, terutama ketika keranda itu akan dibawa pergi untuk pengebumian,’’ katanya.

Pelanggan akan membayar sebanyak £300 untuk pakej asas termasuk tujuh pelakon.

“Saya pernah menjadi penyanyi untuk kumpulan opera namun sukar untuk mendapatkan wang dengan menyanyi. Akhirnya saya menukar kerjaya dan menggunakan suara untuk menangis,’’ kata Chen

05 April 2014

lelaki tanam kamera di kepala



Lelaki Iraq bernama Wafaa Bilal yang juga profesor fotografi di New York University’s Tisch School of Arts, ini ingin merakam kehidupannya dari dua sisi sekaligus dan munculah idea tak masuk akal, menempatkan dan melekatkan kamera pada tengkorak kepala??

Tapak kamera dipasang menggunakan bahan diperbuat dari titanium di belakang kepalanya. Dengan itu, ia dapat merekam gambar video secara ‘real time’ semua perkara dan visualiti yang berada di sekelilingnya.
Kamera yang terpasang melalui operasi pada Desember 2010 itu, mampu mengambil sebuah gambar dalam satu minit. Kamera yang sama juga berfungsi sebagai penanda GPS.

Menurut Wafaa, hal ini tetap dilakukan demi kecintaannya terhadap seni. Semua gambarnya akan dijadikan sebuah persembahan berupa seni kontenporeri di Muzium Seni Doha, Qatar.

Walaupun mengakui operasi pemasangan di sebuah salon body piercing sangat menyakitkan, Wafaa gembira kerana dapat merakam visual kehidupan sehariannya.

“Bila mengingat peristiwa yang terjadi di kota Najaf yang penuh bom ketika kami menyelamatkan diri, saya sangat teringin untuk merakamnya,” katanya dipetik BBC News.”

Namun kaedah lelaki Iraq ini terhenti setelah sebulan lebih menjalankan misinya. Tubuhnya tidak boleh menerima alat kamera tersebut. Pada 3 Februari 2011, doktor melakukan operasi membuang set kamera tersebut kerana menimbulkan risiko kesihatan.

Menurut doktor lagi, pemasangan kamera tersebut menyebabkan gangguan dan rasa sakit walaupun diubati dengan antibiotik dan steroid.

Wafaa tidak menyerah kalah, dia menyatakan di laman webnya WafaaBilal.com bahawa akan segera menggunakan kamera lain setelah sihat semula. Namun kali ini dia akan menggantungkan kamera bertali pada lehernya yang mana fungsinya tetap sama, boleh mengambil gambar dan merakam video.

03 April 2014

memang betul betul gila...kerana rindukan soekarno, lelaki ini minum air kaki anaknya, megawati





Gambar yang tersebar menunjukkan seorang lelaki tua meminum air basuhan kaki bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri pertengahan bulan lepas mendapat reaksi yang negatif di negara tersebut.

Rata-rata tidak faham mengapa Cecep Ondon Iskandar, 68, tergamak bertindak demikian.

Difahamkan, lelaki kelahiran Tomo, Sumedang Jawa Barat itu bukan sahaja tidak rasa jijik malah bangga kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk meminum dan mencuci mukanya dengan air basuhan kaki Megawati sebelum dia meninggal dunia.

Malah Cecep mengaku, dia pernah terfikir mahu ke Jakarta bertemu Megawati di rumahnya bagi menunaikan hasrat itu tapi dibatalkan kerana masalah biaya.

Kata Cecep yang merupakan ahli Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang diketuai Megawati, perkara itu juga dilakukannya bagi mengubat kerinduan terhadap bapa Megawati, Soekarno.

Impiannya kini kesampaian namun ia rupa-rupanya mengundang komen negatif orang ramai dan menjadi trending di media sosial.

Di Twitter, ramai yang mengeluarkan komen berasa jijik dengan perbuatan itu dan tidak menyangka masih ada orang yang taksub dengan pemimpin hingga sanggup berbuat begitu.

27 March 2014

oksigen untuk di jual



SEORANG wanita menunjukkan dua botol berisi udara segar yang akan dikeluarkan secara komersial pada Jun depan.

BEIJING - Pencemaran udara yang teruk di sini mendorong pemerintah China mengambil langkah drastik untuk menjual kandungan oksigen bersih di dalam botol-botol kaca.

Udara bersih dan segar itu akan dijual kepada orang-ramai dengan pelancong asing dijangka menjadi pelanggan utama.

Rancangan tersebut antara lain, diatur bagi menangani tahap jerebu yang serius di beberapa kota raya negara itu yang disifatkan mengalami krisis alam sekitar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kebanyakan udara bersih itu yang diambil di sekitar kawasan pergununganTianmu dan Leigong akan dibotolkan oleh pihak berkuasa wilayah Guizhou, barat daya China.

Udara bersih itu akan mula dijual pada Jun depan dan dijangka menjadi antara produk tarikan pelancong di negara itu




24 March 2014

kubur di tengah restoran



India – Sebuah restoran di Ahmadabad terus menarik perhatian ramai meskipun di dalam restoran itu terdapat sebuah makam purba dipercayai milik seorang ahli sufi berpengaruh.

Restoran yang dinamakan sebagai New Lucky Restaurant itu menjadi tarikan bagi golongan tua serta muda.

Menurut pemiliknya, Krishnan Kutti, kubur berkenaan memberikan tuah kepada restorannya disebabkan keunikannya tersendiri selain memberikan pengalaman baru kepada pelanggan.

“Kami mengekalkan kubur ini di sini malah pelanggan juga tidak kisah dengannya,’’ katanya.

Setiap pagi Kutti bersama pekerjanya akan membersihkan kubur berkenaan dan meletakkan bunga sebagai tanda penghormatan.

“Kami memulakan operasi dengan memberikan penghormatan. Kami bersihkan kubur ini. Adalah penting untuk menghormati orang yang sudah meninggal dunia,’’ katanya.

Bagaimanapun Kutti tidak mengetahui pemilik kubur berkenaan manakala sesetengah penduduk pula mendakwa ia adalah kubur kepada pengikut ahli sufi berkenaan.

22 March 2014

budak seberang sungai dalam beg plastik


















Sebuah kampung di Vietnam yang daif dikesan terpaksa menggunakan beg plastik untuk membawa kanak-kanak melintasi sungai yang arusnya sangat deras terutamanya ketika musim banjir.

Kanak-kanak itu biasanya akan dibawa menyeberangi sungai berkenaan di dalam plastik kerana seorang lelaki yang dilihat menjadi tukang pengangkut mereka menyeberang sungai berkenaan.

Sebaik selamat menyeberangi sungai yang dilihat dalam kerana lelaki itu terpaksa berenang kanak-kanak itu akan merangkak keluar dari beg plastik besar itu dalam keadaan kering dan tidak basah.

Cara melintasi sungai yang berbahaya itu bukan sahaja dilakukan kepada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Satu video yang memperlihatkan perbuatan ngeri itu dimuatnaik di laman YouTube pada 16 Mac lepas menunjukkan bagaimana mereka melakukannya untuk melintasi sungai Nam Po yang terletak di timur laut Vietnam.

Perbuatan berkenaan mendapat kritikan dari pihak antarabangsa kerana kanak-kanak yang dibawa di dalam beg plastik berkenaan boleh lemas kerana kekurangan oksigen ketika dibawa berenang melintasi sungai berkenaan

21 March 2014

keanehan burung kakak tua ini

Artis dari Itali Johannes Stoetter yang berusia 35 tahun. Johannes seorang pemenang (juara) dunia kerana lukisannya yang unik dan pelik.

Nak tahu kenapa unik…jom tengok lukisannya…











pegawai tentera gaduh bawa stereng lock



















Sebuah video memaparkan seorang pegawai tentera bertekak dengan orang awam kini tersebar di laman siber.

Dalam video tersebut pegawai tentera terlibat yang lengkap memakai uniform dilihat keluar dari kereta sambil membawa pengunci stereng bagi bertemu pemilik kereta di belakangnya.

Bagaimanapun awal-awal lagi dia kedengaran menjelaskan, pengunci stereng itu dibawa bukan untuk memukul tetapi bagi tujuan keselamatan.

Namun pihak yang merakamkan video ini nyata tidak berpuas hati dan mula memprovok pegawai tentera tersebut yang kelihatan menahan sabar sebelum beredar ke keretanya semula.

Tak pasti siapa sebenarnya bersalah dalam hal ini tapi satu yang pasti, kesabaran pegawai tentera ini menangani keadaan wajar dipuji.

Apa pun kalaulah semua orang mengamalkan sikap bertimbangrasa di jalanraya tentu insiden seperti ini tidak berlaku bukan?

20 March 2014

bom dalam dubur...ingat sexfool liwat ajer yang suka buat lawak bodoh...!!!



Beijing: Seorang penumpang yang ‘mengejar masa’ di lapangan terbang antarabangsa di sini ditahan selama lima hari selepas dia memberitahu pegawai dia mempunyai bom di di dalam duburnya.

Lelaki itu merungut apabila pemeriksaan keselamatan yang dijalankan ke atasnya memakan masa yang lama sebelum berkata: “Nak saya buka seluar juga? Saya ada bom dalam dubur saya.” Seorang pegawai keselamatan meminta lelaki itu mengulangi apa yang dikatakannya dan apabila dia melakukan demikian, semua yang berada di situ cemas. Ia mungkin menggelikan hati, tetapi dengan situasi pesawat Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan masih belum ditemui hingga ke hari ini, perbuatan lelaki terbabit dianggap serius.


Perbuatannya itu mencetuskan kekecohan apabila orang ramai diminta mengosongkan kawasan berkenaan dan menyebabkan dia ditahan di pusat tahanan lapangan terbang berkenaan. Pemeriksaan teliti dijalankan ke atasnya sebelum pihak berkuasa mengesahkan dia bukan pengganas tetapi penumpang yang “cerewet” Menurut laporan media tempatan, lelaki itu memberitahu dia marah kerana menganggap pemeriksaan keselamatan hanya membuang masa dan tidak menyangka perbuatannya boleh mencetuskan kekecohan

bangkai kambing pun boleh jadi buat aktiviti sukan



DUA orang pemain berebut untuk mendapatkan bangkai kambing dalam sukan tradisi Kok-boru.

BISHKEK, Kyrgyzstan - Sekumpulan penduduk menyertai pertandingan merebut bangkai seekor kambing biri-biri yang dijadikan sebagai bola untuk mendapatkan pungutan mata di sini kelmarin.

Pertandingan yang disertai dua kumpulan yang masing-masing memiliki 10 orang pemain akan menunggang kuda dan mengejar pihak lawan untuk mendapatkan bangkai kambing biri-biri itu.

Namun, hanya empat orang pemain sahaja dibenarkan untuk berada di gelanggang dan setiap pemain memerlukan pengalaman selain kecekapan serta latihan yang cukup untuk menyertainya.

Menurut lagenda, pertandingan yang dikenali sebagai Kok-boru itu dijadikan penentu bagi memutuskan keputusan pemilik sesebuah kampung yang dijumpai oleh beberapa pemburu nomad.

Ia juga diadakan seperti satu sambutan perayaan tradisional, Navruz di mana penduduk tempatan perlu menunjukkan kekuatan dan semangat mereka.

Sukan itu menjadi semakin meluas ke beberapa negara yang lain termasuk Kazakhstan dan Uzbekistan manakala di Afghanistan sukan tersebut dikenali sebagai Buzkashi.

09 March 2014

berdiri atas busur Queen Mary II



Imej menunjukkan Kapten Kevin Oprey berdiri di atas busur kapal persiaran Queen Mary II.

BALI - Seorang jurugambar mengambil masa sebulan untuk merancang merakam gambar nakhoda kapal persiaran terbesar di dunia, Queen Mary II berdiri di atas busur kapal berkenaan lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Gambar luar biasa itu dirakam sempena ulang tahun ke-10 kapal tersebut pada Mei depan.

Jurugambar berkenaan, James Morgan berkata, beberapa faktor keselamatan termasuk kestabilan, penyeragaman kapal tersebut dan arus air telah diambil untuk merakam gambar nakhoda berkenaan, Kapten Kevin Oprey.

Morgan yang telah mengambil gambar kapal milik Cunard Line itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia mahu merakam gambar yang menunjukkan kecantikan kapal tersebut sempena ulang kesepuluhnya.

"Pada saya, garisan, bentuk dan lengkungan kapal itu membuatkan ia kelihatan kapal laut yang paling hebat di dunia," katanya.

Queen Mary II yang seberat 151, 200 tan boleh memuatkan 2,620 penumpang dan 1,253 anak kapal.

Dia merakam gambar itu dari sebuah bot yang berlabuh di hadapan kapal berkenaan



06 March 2014

menaip guna hidung



Seorang lelaki dari India mencipta rekod dunia baru sebagai manusia terpantas yang menaip menggunakan hidung.

Mohammed Khurshid Hussain berjaya menaip ayat ‘Guinness World Records have challenged me to type this sentence using my nose in the fastest time’ menggunakan hidungnya dalam masa 47.44 saat, Khamis lepas.

Rekod baru Khurshid ini memadamkan rekod lama satu minit 33 saat yang dibuat seorang wanita India dikenali sebagai Neeta di Dubai pada 16 November 2008.

Ini merupakan cubaan kedua Khurshid untuk mencipta rekod baru selepas melakukannya dalam masa 54 saat beberapa bulan lalu.

Khurshid juga adalah pemegang rekod dunia bagi kategori menaip huruf A hingga Z paling pantas dengan catatan masa 3.43 saat pada 2 Februari 2012

ibu askar terima cek bernilai satu sen



Montreal: Menteri Pertahanan Kanada semalam memohon maaf kepada ibu seorang askar yang menerima cek bernilai satu sen sebagai ‘bayaran pelepasan’ tiga tahun selepas anaknya membunuh diri.

Rob Nicholson menyalahkan kesilapan birokratik yang tidak sensitif mengakibatkan bayaran tidak munasabah itu dibuat kepada keluarga Justin Stark, 22.

Stark membunuh diri pada 2011 selepas pulang daripada tugasan selama tujuh bulan di Afghanistan.

“Saya akan mengambil langkah segera untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Perkara itu turut dikutuk ahli parlimen pembangkang, Wayne Marston.

“Cukuplah apa dilalui ibu Stark, memang kejadian ini tidak masuk akal langsung,” katanya.

04 March 2014

pakai topeng untuk takutkan roh jahat



SEJUMLAH penduduk memakai topeng kepala haiwan yang bertanduk berarak di Marcelji kelmarin.

MARCELJI, Croatia - Sejumlah penduduk di sini memakai topeng muka haiwan bertanduk berarak di beberapa buah kampung di wilayah Kastay, barat laut negara ini kelmarin.

Kumpulan penduduk itu akan membuat bising bagi menakutkan roh jahat dalam musim sejuk dan menyambut kedatangan musim bunga yang merupakan amalan tradisi di kampung-kampung terpencil di Croatia.

Penduduk yang menyertai perarakan itu akan turut memakai seluar panjang berwarna putih dan baju berjalur-jalur serta kulit kambing di bahu semasa mereka berarak.


ular sawa telan buaya





GAMBAR dari jarak dekat menunjukkan buaya itu dibelit  dan kemudian di telan oleh ular tersebut.

SYDNEY - Seekor ular menelan seekor buaya selepas membelitnya dalam satu pertarungan di Tasik Moondarra, Queensland, Australia kelmarin.

Detitk-detik pertarungan itu disaksikan oleh seorang lelaki, Travis Corlis dan isterinya, Tiffany Corlis.

Menurut Travis, ular sawa itu sepanjang 3.04 meter manakala buaya tersebut sepanjang 0.91 meter.

"Kedua-dua haiwan itu bertarung di dalam tasik. Kami berdiri sambil menyaksikan (pertarungan itu) dengan penuh kekaguman," kata Travis.

Menurutnya, beberapa jam kemudian, dia mendapati ular berkenaan membelit badan buaya tersebut dan menarik haiwan berkenaan ke tepi tebing.

Travis berkata, ular tersebut melepaskan belitan pada buaya berkenaan di tepi tasik tersebut.

Dia berkata, ketika belitan itu dilepaskan, buaya tersebut telah mati.

"Kira-kira 10 minit kemudian, buaya itu telah ditelan ular berkenaan," katanya.

Tiffany berkata, pertarungan tersebut dianggapnya seperti satu kejadian yang tidak dapat dipercayainya tetapi pernah berlaku di depan matanya.

"Namun, kejadian itu benar-benar berlaku. Ular tersebut telah menelan buaya itu," katanya.

Menurut Tiffany, ketika bertarung, buaya berkenaan bergelut untuk memastikan kepalanya berada di atas permukaan air.

“Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. “Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya,” katanya.