keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label pembunuh altantuya. Show all posts
Showing posts with label pembunuh altantuya. Show all posts

20 June 2014

bekas polis komando yang di bebaskan dari tuduhan bunuh altantuya kantoi dengan bini orang...apa lah nak jadi dengan kerajaan najib altantuya nie...tak habis habis dengan bala yang datang menimpa..itu pun masih ada rakyat bodoh masih mempercayai skrip drama mahkamah kes altantuya dan kununnya najib dan rosmah tidak terlibat....!!!



Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu. Gambar fail.





Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Azilah Hadri ditahan kelmarin  selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.

Azilah yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.

Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.

 Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.

Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.

Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.

Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan

14 June 2014

Allah SWT bayar cash di dunia lagi...najib panda -kutty di timpa bala lagi...Keluarga PI Bala saman Najib dan lain-lain lagi kerana terpaksa hidup dalam buangan di India ..!!!



dari panda kutty...najib cuba tukar imej



najib cuba tukar imej jadi panda kutty yang kunun kununnya  ingin menambat  hati orang cina dan rakyat dengan menghabiskan  hak orang miskin RM 70 juta  selama 10 tahun  kerana menyewa panda...!!!




akhirnya najib di timpa musibah lagi...allah swt  bayar cash di dunia lagi....!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan lapan lagi tidak boleh melarikan diri dari bayangan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, apabila balu dan keluarga mendiang P. Balasubramaniam mengemukakan saman sivil kerana terpaksa hidup dalam buangan di India yang menurut mereka memakan belanja RM840,000.

Bala, penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya, meninggalkan Malaysia secara tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 2008 untuk menafikan penglibatan Najib dalam kes tersebut.

Saman difailkan minggu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh balu Balasubramaniam, A. Santamil Selvi dan anak-anaknya terhadap sembilan orang.

Mereka termasuk Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adiknya Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah, Zainal Abidin Muhayat, peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dan peguam M. Arunapalam.

Peguam mewakili keluarga sedang dalam proses menyerahkan surat mahkamah kepada defendan, termasuk Cecil yang sedang berdepan prosiding tatatertib oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara (JDPP) kerana peranannya dalam SD kedua Bala.

Selvi dan anaknya sedang menuntut gantirugi terhadap kerugian ditanggung semasa hidup dalam buangan di antara Julai 2008 dan awal tahun lepas. Bala meninggal dunia pada 15 Mac lalu selepas serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang dari India.

Menurut saman itu, pihak keluarga berkata para defendan menyebabkan SD kedua Bala "didraf " tanpa arahan si mati dan menyebabkan si mati menandatanganinya dengan ancaman dan paksaan.

Keluarga menuntut sejumlah RM840,000 untuk 56 bulan hidup dalam buangan dari Malaysia. Jumlah itu termasuk menyewa pangsapuri di India, yuran sekolah, kehilangan pendapatan balu Bala sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan dan kerugian am dan khas lain.

Saman itu difailkan oleh peguam Bala, Americk Singh Sidhu.

Bala menjadi terkenal selepas bekerja untuk penganalisis politik terkemuka, Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya. Beliau menarik kembali SD pertamanya mengenai perkara itu pada 4 Julai 2008.

Dalam SD keduanya, Bala mendedahkan beliau mahu “menarik kembali keseluruhan kandangan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai, 2008".

"Saya dipaksa mengeluarkan akuan bersumpah tersebut dalam keadaan terpaksa,” katanya.

SD kedua itu juga menyatakan semua kenyataan dibuat sebelumnya tidak tepat dan tidak benar.

Semasa sidang media mengumumkan SD kedua itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Bala mendiamkan diri manakala peguam barunya, Arulampalam, yang menjawab soalan wartawan.

Mereka meninggalkan sidang media selepas mengedarkan SD kedua. Arulampalam mengatakan anak guamnya sedang tertekan dan sedih.

Sehari sebelum itu, pada 3 Julai, 2008 Bala memberitahu sidang media dipenuhi wartawan anjuran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai kandungan SD pertama tentang penglibatan Najib dan beberapa yang lain dalam pembunuhan Altantuya pada 2006.

Americk merupakan peguam Bala. Abraham berdepan dengan tindakan Majlis Peguam kerana beliau mendraf SD kedua penyiasat persendirian itu.

Majlis Peguam mengemukakan aduan terhadap Abraham kepada jabatan disiplin tahun lalu dan pengerusinya, Christopher Leong hadir pada Mac di depan jawatankuasa itu memberi keterangan dalam sesi tertutup.

Deepak sebelum itu mengaku membantu Bala untuk menarik SD pertama dan mencarikan peguam untuk mendraf SD kedua.

Americk mendedahkan mengenai perbalahan SD apabila beliau membaca kenyataan disediakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-67 Majlis Peguam Malaysia tahun lalu, di mana beliau berkata, "Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya dia adalah orang yang menggubal akuan bersumpah kedua".

Americk kemudian memberitahu pemberita di luar AGM arahan kepada Abraham datang daripada Najib, ketika itu timbalan perdana menteri.

Dalam kes pembunuhan Altantuya, dua bekas komando polis, Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dituduh membunuh Altantuya didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sabitan mereka bagaimanapun dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun lalu, dan keputusan itu dirayu Putrajaya. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan mereka, dilepaskan pada 2008