keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label anak derhaka. Show all posts
Showing posts with label anak derhaka. Show all posts

20 June 2014

wanita ini dilayan seperti haiwan oleh anaknya




BEIJING – Seorang wanita berusia 90 tahun dikurung di dalam sebuah bilik tidur dengan harapan dia akan mati kebuluran oleh anaknya sendiri, lapor akhbar MailOnline semalam.

Wanita malang itu, Xiaoming Tsui bagaimanapun terselamat selepas hampir sebulan cuma bergantung kepada air minuman dan bubur bijirin yang dibaling melalui tingkap oleh jiran-jiran ketika anak-anaknya keluar.

Tidak tahan melihat nasib warga emas di kampung Yangjuan di Hunan itu, salah seorang jirannya yang tidak menyatakan namanya menghantar mesej kepada pasukan polis melalui internet.

Sebaik menerima laporan itu, pihak polis melakukan serbuan di rumah berkenaan.

Perkataan pertama yang diluahkan oleh wanita itu ialah: “Tolong beri saya makan.”

Berikutan serbuan itu, seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki wanita itu kini berhadapan dengan tuduhan cubaan membunuh.


“Wanita itu sakit dan bagi menghilangkan masalah mereka untuk menjaga, anak-anaknya cuba mengurungnya di dalam sebuah bilik dengan harapan dia akan mati kelaparan.

“Mereka tidak memberikan makanan dan mereka memberitahu dia tidak memerlukan bilik mandi, malah tidak sesiapa dibenarkan untuk berjumpanya,” kata seorang jurucakap polis.

25 April 2014

anak derhaka yang melampau...ibu mati dah 8 bulan pun masih tak tau



Kuwait. Satu peristiwa  aneh  berlaku . Seperti sebuah cerita rekaan, tapi benar-benar terjadi.

Dua orang anak perempuan tidak mengetahui bahawa ibu mereka telah meninggal dunia 8 bulan yang lalu. Padahal mereka hidup dalam flat yang sama.

Akhbar Kuwait, Al-Wathan, Rabu (23/4/2014) mengkhabarkan bahawa hasil bedah siasat menunjukkan ibu tua itu meninggal 8 bulan yang lalu. Sedangkan perisikan menyatakan tidak ada unsur jenayah pembunuhan dilakukan oleh kedua-dua anak perempuannya.

Kedua anak telah disiasat dan terbukti tidak mengetahui perihal kesihatan ibu mereka sejak beberapa bulan sebelumnya, walaupun mereka berdua tinggal bersama ibu mereka. Hal itu menurut pengakuan mereka, kerana mereka sibuk dengan pekerjaan harian memandangkan mereka termasuk keluarga yang kurang mampu.

Hal itu membuat mereka tidak terfikir untuk mengetahui keadaan ibunya yang terbaring di bilik sebelah. Mereka biasa keluar rumah di pagi hari, dan pulang di malam hari.

Mereka kira ibu mereka keluar bilik setiap hari untuk makan, minum dan sebagainya selepas pemergian mereka. Lalu masuk ke bilik lagi untuk kembali tidur seperti biasanya.

Terbongkar peristiwa tragis ini berawal dari salah seorang anaknya yang lain dan telah lama terbaring di rumah sakit, ingin dan meminta bertemu dengan ibunya.

Oleh kerana itu, dia dibawa ke rumahnya. Setelah masuk bilik barulah diketahui bahawa ibunya sudah meninggal dan hanya tinggal tulang yang tertutup bajunya.

03 April 2014

melampau....tumbuk ibu kerana pisang goreng



tertuduh



hanya kerana mu pisang goreng.....!!!

Kota Bharu: Hanya kerana tersilap membeli pisang goreng dan keropok seperti dipesan, seorang penganggur sanggup mencederakan dua adik serta menumbuk ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Nilam Puri, di sini, Februari lalu.

Akibat perbuatan itu, Mohd Hafizi Baharuddin, 26, terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, atas empat pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Keputusan dibuat oleh Majistret Nik Habri Muhamad selepas tertuduh membuat pengakuan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengangkat sebilah parang hingga mendatangkan cedera kepada adik perempuannya, Rofizah, 24, di Lot 1147, Kampung Nilam Puri, Jalan Kuala Krai, di sini, pada jam 2.30 petang, 5 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Untuk pertuduhan itu, dia dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh di tempat, tarikh dan waktu sama turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Rofizah apabila melempar piring kaca dan terkena di belakangnya manakala pertuduhan ketiga, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada ibunya, Sharifah Mamat, 48, dengan menumbuk paha kiri dan berlaku pergelutan.

Mengikut pertuduhan keempat, tertuduh di tempat, tarikh dan waktu sama didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada adik lelakinya, Mohamad Hafizul, 17, dengan menumbuk di belakang leher dan berlaku pergelutan.

Pertuduhan kedua hingga keempat itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Nik Habri menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan kedua hingga keempat dan mengarahkannya berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada hari kejadian.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Liyana Md Zukri mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.