keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label altantuya. Show all posts
Showing posts with label altantuya. Show all posts

20 June 2014

bekas polis komando yang di bebaskan dari tuduhan bunuh altantuya kantoi dengan bini orang...apa lah nak jadi dengan kerajaan najib altantuya nie...tak habis habis dengan bala yang datang menimpa..itu pun masih ada rakyat bodoh masih mempercayai skrip drama mahkamah kes altantuya dan kununnya najib dan rosmah tidak terlibat....!!!



Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu. Gambar fail.





Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Azilah Hadri ditahan kelmarin  selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.

Azilah yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.

Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.

 Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.

Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.

Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.

Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan

28 May 2014

i help u...u help me...sahabat panda- kutty rosmah...Deepak tidak akan beri keterangan dalam kes salah laku peguam...!!!



Pengusaha permaidani, Deepak Jaikishan yang dikatakan mendapat kemudahan pembayaran pinjaman daripada Bank Rakyat tidak akan menghadirkan diri sebagai saksi terhadap peguam korporat Tan Sri Cecil Abraham kerana salah laku guaman seperti kebiasaan untuk menyelamatkan kroni.

Abraham didakwa menyediakan akuan berkanun (SD) kedua untuk P Balasubramaniam walaupun beliau bukan peguam kepada penyiasat persendirian itu dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Dengan memetik kenyataan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang berkata seorang VIP menggunakan hubungan politiknya untuk menyelesaikan pinjaman bernilai RM32 juta tanpa sebarang faedah dengan campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Difahamkan VIP berkenaan adalah Deepak, pemilik sebuah firma permaidani di Kuala Lumpur yang menjadi tajuk berita hangat pada 2012 selepas didakwa menjadi orang tengah kepada individu berpengaruh ( pandakutty rosmah dan najib ).

Majlis Peguam, yang membuat aduan terhadap Abraham, tidak mampu memujuk Deepak untuk memberikan bukti kerana prosiding berkenaan adalah inkuiri dalaman.

Pada peringkat ini, majlis mempunyai tugas sukar untuk membuktikan kes terhadap Abraham.

Majlis Peguam kini hanya bergantung kepada bukti peguam Balasubramaniam, Amerik Singh Sidhu.

Pada 25 Januari 2013, Deepak memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap penukaran akuan berkanun Bala berkenaan kematian wanita Mongolia itu.

Deepak bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh mendedahkan perbincangan tersebut kerana tertakluk kepada Seksyen 29 (4) Akta SPRM 2009.

"Saya menceritakan semuanya. Jadi saya berikan lebih banyak maklumat kepada mereka. Semua soalan tentang SD2," katanya.

Najib juga tampil kepada umum menafikan dakwaan Deepak, dan berkata ahli perniagaan itu tidak mempunyai kredibiliti.

Sementara itu, Majlis Peguam melantik peguam kanan, Datuk Bastian Pius Vendargon sebagai peguam untuk mengemukakan bukti dan menyoal balas Abraham.

Ia berikutan keengganan seorang lagi peguam kanan Lambert Rasaratnam untuk meneruskan kes kerana menurutnya tidak selesa dengan "perkembangan terbaru" yang tidak dinyatakan.

Berikutan itu, tidak diketahui tarikh perbicaraan selanjutnya kerana Majlis Peguam meminta penangguhan untuk memberikan masa kepada Vendargon.

Prosiding disiplin terhadap Abraham bermula pada Mac.

Abraham disiasat oleh jawatankuasa ASDB atas kesalahan salah laku professional kerana didakwa menyediakan akuan bersumpah untuk melawan SD pertama Balasubramaniam, yang menyatakan Najib dan beberapa personaliti mempunyai kaitan terhadap pembunuhan Altantuya.

ASDB membuat keputusan untuk menangguhkan prosiding selepas mendapati terdapatnya prima facie terhadap peguam itu.

Jawatankuasa yang melibatkan dua peguam itu melihat kepada kesalahan salah laku mengikut seksyen 94 Akta Profesyen Guaman 1976.

"Salah laku ini berkaitan Abraham, yang didakwa mendraf SD untuk Balasubramaniam, ketika penyiasat persendirian itu bukanlah kliennya.

"Ketika itu, Amerik adalah peguam untuk Balasubramaniam," kata sumber itu.

Majlis itu kemudiannya membuat aduan terhadap Abraham kepada ASDB tahun lalu dan Pengerusi Majlis Peguam, Christopher Leong pada Mac tampil memberikan bukti dalam sesi tertutup.

ASDB merupakan badan bebas untuk Majlis Peguam yang ditugaskan menyiasat salah laku profesional.

Deepak sebelum itu mengakui beliau membantu Balasubramaniam mengeluarkan SD pertamanya dengan menemui dua peguam untuk mendraf kenyataan baru.

Americk menarik perhatian berkenaan kandungan SD ketika membacakan kenyataan ketika mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam ke-67 apabila berkata:"Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya beliau adalah individu yang mendraf skuan bersumpah kedua."

Americk kemudian berkata kepada pemberita arahan kepada  Abraham datang daripada Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Saya tidak berminat untuk membuat aduan. Itu bukan agenda saya. Agenda saya adalah untuk mencari siapa yang mengarahkannya," katanya.

Leong, turut mencadangkan Pejabat Peguam Negara melihat semula kes Altantuya berdasarkan bukti daripada pendedahan Americk termasuk pengakuan Deepak terhadap penglibatan kes itu.

Dua bekas komando polis - Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri – didakwa membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Keputusan itu bagaimanapun diketepikan oleh Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Putrajaya membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang didakwa bersubahat, turut didapati bersalah pada 2008.

Balasubramaniam atau "PI Bala" menuduh beberapa pemimpin tertinggi negara terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dalam SD pertamanya, pada 2008, dua tahun selepas wanita itu dibunuh.

Beliau kemudiannya menarik balik SD berkenaan dan mengeluarkan nama Najib.

Balasubramaniam meninggal dunia akibat sakit jantung pada 15 Mac tahun lalu