keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

29 June 2014

bukan makan muntah hantu punya....badang dari sarawak boleh angkat motorsikal



BADANG Sarawak mengangkat motosikal daripada bot untuk dibawa ke jeti.

Kapit: Jika menjejakkan kaki ke Terminal Penumpang Kapit, jangan terkejut jika terlihat orang mengangkat motosikal ataupun barangan seberat 100 kilogram di situ.

Bagi mereka yang pertama kali melihatnya, pasti kagum dengan kekuatan fizikal pengangkat barang itu, lebih-lebih lagi jika melihat susuk fizikal mereka seperti orang biasa.

Di terminal pengangkutan sungai itu, mereka bersedia menerima khidmat mengangkat apa saja jenis barang daripada pengguna bot ekspres sehingga ramai yang menggelar mereka sebagai ‘Badang Sarawak’.

Lazimnya, khidmat mereka itu diperlukan penumpang untuk memuatkan barang atau kargo ke dalam bot ekspres yang berulang dari Sibu dan Kapit.

Dalam kalangan penduduk tempatan, sudah menjadi pemandangan biasa sekitar terminal berkenaan apabila melihat mereka ini memikul longgokan besi yang berat, motosikal, mesin basuh, seguni beras atau apa saja jenis barang berat.

Bagi Rantai Ija (gambar), 25, kerja mengangkat barang ini sebenarnya mudah sekiranya tahu cara dan teknik betul mengangkatnya walaupun berat barang berkenaan melebihi separuh berat badannya.

Dia yang bekerja sebagai pengangkut barang di Terminal Penumpang Kapit sejak berusia 18 tahun berkata, teknik yang sering digunakannya ialah memikul barang di atas bahu kerana selain dapat menampung berat, ia juga memudahkannya melangkah, terutama ketika menaiki dan menuruni tangga di jeti berkenaan.

14 June 2014

ada berani ke lantak sup buaya atau buaya masak kicap.....?




SUP ekor buaya dijual dengan harga RM10 semangkuk di Taman Buaya Miri.

Miri: Kejadian manusia dibaham buaya di negeri ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun tidak ramai yang tahu reptilia ganas itu juga sering menjadi santapan segelintir penggemar makanan eksotik di bandar raya ini.

Siapa sangka Taman Buaya Miri, di sini, bukan saja memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat haiwan berkenaan, malah sebuah restoran di situ turut menghidangkan daging buaya untuk dinikmati pengunjungnya terutama kepada pelancong asing.

Selain hidangan sup ekor buaya, pengunjung boleh menempah masakan daging buaya masak kicap dan juga sate buaya.

Tukang masak, Sunani Sulong, 55, berkata, hidangan daging buaya itu sangat digemari pelancong dari China, selain penduduk tempatan dalam kalangan kaum Iban.

Katanya, hidangan istimewa yang paling digemari adalah sup ekor buaya kerana kononnya hidangan eksotik itu berkhasiat untuk kesihatan terutama penghidap penyakit asma.