keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label imuniti. Show all posts
Showing posts with label imuniti. Show all posts

03 July 2014

setelah putar belit dan main wayang isu diplomat malaysia jadi perogol gagal untuk coverline...akhirnya kerajaan terpaksa buat keputusan hantar suspek perogol tersebut pulang ke New Zealand




Putrajaya hari ini memutuskan untuk menghantar suspek penyerang seks pulang ke New Zealand (NZ) bagi membantu siasatan membabitkan kes rogol dan rompak di Wellington.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra mengatakan Muhammad Rizalman Ismail, 38, akan dihantar ke NZ dengan ditemani pegawai atasan Kementerian Pertahanan (Mindef).

"Kerajaan Malaysia memutuskan menghantar balik Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, bekas Pembantu Staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk membantu siasatan dalam pendakwaan rompakan dan rogol," kata kenyataan Putrajaya hari ini.

Keputusan menghantar tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar NZ, Murray McCully.
Menurut kenyataan itu, tindakan menghantar ke NZ itu diharap dapat membantu siasatan ke atas tuduhan yang dihadapi beliau.

Kerajaan Malaysia juga akan menyediakan bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman.

Semalam, media mendedahkan diplomat negara, Muhammad Rizalman terlibat dalam jenayah rogol dan rompak di NZ tetapi dihantar pulang ke Malaysia kerana memiliki imuniti diplomatik.

Isu tersebut menimbulkan kontroversi di NZ, terutamanya kegagalan mendakwa tertuduh penyerang seks tersebut.

Pentadbiran Perdana Menteri NZ John Key juga dikritik hebat, terutamanya kerana lambat bertindak selepas hampir sebulan kes tersebut berjalan.

Diplomat tersebut didakwa mengikuti wanita 21 tahun ke rumah dan kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa melakukan rompakan dalam insiden yang sama.

Bagaimanapun, beliau “lari” dari NZ dan pulang ke Malaysia apabila menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei

01 July 2014

pecah lobang...inilah dia diplomat yang cuba kerajaan kekalkan imuniti walaupun di sabitkan kes jadi perogol di new zealand





Media New Zealand telah menamakan diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam satu kes kesalahan seksual selepas mahkamah tinggi di sana menarik balik perintah melarang identitinya didedahkan.

Portal berita stuff.co.nz menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.

Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Portal berita itu berkata Robert Stewart, peguam bagi Fairfax Media, yang merayu perintah larangan itu ditarik balik, berkata Kementerian Luar Malaysia dijadual membuat kenyataan mengenai perkara itu hari ini.
Oleh itu, katanya, media New Zealand akan berada dalam kedudukan tidak adil jika ia tidak dapat mendedahkan nama seorang lelaki yang mungkin didedahkan di luar negara.

Muhammad Rizalman, yang berusia dalam lingkungan 30-an, tidak diwakili peguam di pendengaran itu tetapi peguam Barbara Hunt telah dilantik oleh mahkamah untuk membantu jika perlu.

Muhammad Rizalman pertama kali muncul di mahkamah daerah pada 10 Mei di mana dua Hakim membenarkan perintah larangan tersebut. Seorang pendaftar mahkamah meneruskan perintah tersebut pada 15 Mei apabila polis berkata isu imuniti diplomatik sedang diteliti.

Kes itu didengar Hakim Mahkamah Daerah Bruce Davidson pada 30 Mei apabila perintah larangan itu diteruskan.

Sementara itu, polis New Zealand tidak menentang rayuan itu kerana tidak ada hubungan antara defendan dan mangsa yang dikatakan itu, jadi tiada risiko jika dia dikenal pasti jika defendan dinamakan.

perdana menteri pun kerajaan BN bagi imuniti kes scorpene dan altantuya....inikan macai macai picisan belaaannya...tahniahlah..diplomat Malaysia jadi perogol di New Zealand dapat imuniti dari kerajaan malaysia....!!!



bikin malu ...diplomat  malaysia jadi perogol dapat imuniti...agaknya inilah gambaran diplomat  malaysia yg dapat imuniti tu ya..kalau sokong pembangkang  rase 1000 % kena telanjangkan oleh puak puak ni...!!!



yang ini dapat imuniti di negara ini...di luar belum tentu   lagi selagi pegang passport  perdana menteri....




ingat tak nak mengaku....ha sekarang bagi lah nama...salah faham emel boleh dapat imuniti...lu gila ka...lu nak bodohkan siapa agaknya ...rakyat bukan bodoh macam lu...!!!

Wisma Putra mengesahkan seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks di New Zealand, mengatakan beliau akan berdepan dengan perbicaraan jika diberikan jaminan keadilan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman  ( gambar bawah sekali ) memberitahu The Star semalam, tertuduh adalah diplomat Malaysia dan beliau sudah dihantar pulang.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat imuniti diplomatik dan sudah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan semalam bahawa kerajaannya sudah menuntut imuniti diplomatik lelaki yang dituduh melakukan "pencabulan seks dengan niat merogol" di Wellington bulan lepas agar dibatalkan, tetapi ditolak.

Apabila ditanya tentang sebab mengapa diplomat tersebut dipanggil kembali, Anifah memberitahu The Star mungkin terdapat salah faham emel yang dihantar ke Wisma Putra oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan New Zealand.

Anifah yang akan mengadakan sidang media tentang isu tersebut pada hari ini berkata diplomat tersebut akan dikembalikan ke Wellington hanya jika dijanjikan perbicaraan yang adil dan nyawanya tidak terancam di sana.

New Zealand (NZ) mendedahkan bahawa ia sedang mengejar pemindahan diplomat tersebut yang dituduh 'memecah rumah dengan tujuan merogol' di Wellington bulan lepas.

Diplomat tersebut yang dalam linkungan 30-an ditahan kerana didakwa mengikuti wanita 21 tahun ke rumahnya kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa dengan rompakan dalam insiden yang sama.

Bagaimanapun, beliau 'lari' daripada New Zealand dan pulang ke negaranya apabila menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei.

Identiti serta kewarganegaraan diplomat tersebut masih belum didedahkan media di New Zealand selepas hakim di sana mengeluarkan arahan sekatan atas butir-butir dirinya.

Perdana Menteri NZ John Key memberitahu media pagi semalam bahawa pentadbiran beliau menuntut supaya imuniti diplomatik lelaki tersebut dibatalkan, namun ditolak.

"Adalah keutamaan bagi kami untuk orang ini bertanggungjawab di New Zealand, namun ini ditolak pihak negara lain," Keys dipetik dari media, menambah – beliau diberi jaminan diplomat tersebut akan bertanggungjawab dalam negaranya sendiri.

Sementara itu, Menteri Luar NZ Murray McCully hari ini memberi amaran sekiranya diplomat tersebut tidak didakwa di mahkamah, ia akan memburukkan perhubungan negara yang terlibat dengan New Zealand.

"Ia akan menjejaskan cara kita mengendalikan negara yang terlibat," kata McCulluy kepada akhbar harian New Zealand, The Dominion Post.

Beliau juga dipetik berkata pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) berkata dengan jelasnya New Zealand mahukan diplomat tersebut, yang kini sudah berada di negara asalnya, akan menghadapi keadilan