keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 June 2014

bior betol pakai helmet dengan visor gelap pun boleh kena saman



Sejak akhir-akhir ini semakin banyak sekatan jalan dilakukan pihak berkuasa terutama sempena Ops Warta bagi mengesan pesalah jalan raya yang liat membayar saman.

Sebelum Ops Warta lagi, terdapat juga ura-ura operasi besar-besaran polis bakal dilakukan untuk menyaman pengguna kenderaan bercermin gelap bermula 16 Jun lalu namun disebabkan bantahan ramai, operasi ini ditangguhkan.

Hal ini kerana isu cermin gelap kenderaan kini dikaji semula Kementerian Pengangkutan setelah mendapat banyak rungutan orang awam yang berasakan ia tidak lagi relevan.

Itu hal cermin kenderaan. Bagaimana pula dengan visor topi keledar (helmet), adakah visor helmet yang gelap juga melanggar undang-undang?

Bagi yang tidak tahu (termasuk kami) rupa-rupanya ia memang melanggar kesalahan trafik!

Biasa yang kita dengar penunggang motosikal kena saman disebabkan memakai helmet yang tidak mempunyai cop Sirim tapi dalam kes saman ini, alasan dikemukakan anggota trafik yang menyaman adalah ‘Guna helmet visor gelap’.

Harap-harap tak ada kes penunggang motosikal yang memakai cermin mata gelap pula disaman selepas ini ya.

2 comments :

  1. Berapa harga saman ini? Adakah kena naik makhamah juga?

    ReplyDelete
  2. Berapa harga saman ini? Adakah kena naik makhamah juga?

    ReplyDelete